CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3270|Reply: 5

AL-FATIHAH BUAT ARWAH ALMARHUM TN. GURU DATO' ISHAK BAHAROM.

[Copy link]
Post time 2-2-2008 10:18 AM | Show all posts |Read mode

                                
                                 Hidup wartawanmendatangkan kesukaan dalam hidup. Saya tergolong dalam kalangan yangbertuah kerana dapat menemu bual dua agamawan ketika mereka masihhidup. Mereka adalah bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom dan arwahUstaz Wan Soghir yang banyak menulis mengenai ulamak-ulamak Nusantara.
Baru-baru ini kita kehilangan Dato' Ishak. Pemergiannya adalah tandabahawa kita telah kehilangan seorang mufti yang tenang perawakannya,lemah lembut dan berpendirian tegas. Berbekal ilmu di dada, beliauberani menyatakan kebenaran di depan pemerintah.
Kekuatan seperti ini jarang ada pada diri seorang mufti. Jika adaagamawan politik yang menegur pemerintah dan pemerintahan, nescaya halteguran itu dihubungkaitkan dengan politik kepartiannya. Demikian jugacendekiawan parti yang menegur penguasa.
Tuduhan yang sama kerap dilemparkan oleh pemerintah. Mana-mana agamawanatau pun cendekiawan universiti akan terpaksa atau mungkin dipaksamenunjukkan sikap yang tak memihak demi mempertahankan jawatan. Tapi,hal itu tidak ada pada sosok ini. Beliau memihak hanya kepadakebenaran.
Dato' Ishak membimbing rakyat dengan cermat sekali gus menegurpemerintah dengan istiqamah. Saya masih ingat cara beliau menjawabsoalan seorang penonton televisyen secara langsung tentang isu wanitamemakai seluar panjang.
Bijaksana menjawab soalan
Penonton itu bertanya adakah wanita yang memakai seluar panjang itusudah menunjukkan hal itu menyerupai lelaki? Dengan bijaksana, beliauberkata hal itu tidak menyerupai lelaki.
"Ini kerana, seluar itu bukan lagi dirujuk kepada kaum lelaki. Apabilakita melihat wanita yang memakai seluar panjang, maka tidak menimbulkankekeliruan ke atas status jantina dan hal itu diperbolehkanmamakainya," demikianlah lebih kurang jawapan beliau.
Pada mulanya, saya mengagak beliau akan menjawab tak boleh memakainya.Ini kerana, telah wujud semacam suatu kelaziman pemikiran dalammasyarakat yang menafikan pemakaian seluar panjang bagi wanita denganalasan pendedahan aurat.
Tapi, sikap lemah-lembut, cermat dan bijaksana beliau terserlah apabilabeliau menjawab soalan itu dengan baik. Beliau tidak pula mengulaslanjut dan membahaskan masalah itu seputar hukum aurat. Jadi, timbulsatu persoalan lain, apakah beliau tidak peka hal aurat ketika menjawabpertanyaan tadi?
Saya kira, sudah jelas bahawa beliau juga mempunyai nawaitu yangtinggidalam hal itu. Jika beliau tidak peduli dan ambil pusing halaurat,agak-agaknya kenapakah beliau telah dipecat daripada jawatanmuftihanya kerana teguran dalam isu ratu cantik?
Saya tidak perlu mengulangi kisah Dato' Ishak dengan kes ratu cantik.Hal itu sudah pun diulas dengan panjang lebar. Saya suka menelitikisah-kisah yang jarang diungkap orang sebagai pengajaran bersama.
Sebelum melanjutkan lagi bualan ini, ada suatu sikap lain yang menuruthemat saya telah melengkapkan kewibawaan sekali gus menyempurnakankedudukannya sebagai mufti. Di sinilah yang membezakan beliau denganorang lain.
Iaitu, dengan izin Allah, beliau dapat menyampaikan teguran kepadarakyat dan penguasa di negara ini. Dan sikap luar biasa inijarang-jarang ada pada agamawan lain. Yang dapat menegur rakyat bawahanitu memang ramai. Tapi, yang menegur penguasa boleh dikira dengan jari.
Sikap ini menyebabkan beliau terbuang dengan penuh kemuliaan. Beliaujuga menegur rakyat dengan lembut kerana rakyat tiada kuasa. Tapi,dengan si angkuh yang bersilang dan bersimpang-siur kuasa, disanggahnyatanpa berselindung lagi.
Bersikap lembut terhadap pendokong al-Arqam
Saya masih teringat dalam isu pengharaman al-Arqam. Ketika ustaz-ustazUmno tersengih kesukaan di atas deraian esak tangis pimpinan al-Arqamdalam suatu program rakaman mengenai pengakuan tokoh pimpinan al-Arqam,Dato' Ishak menunjukkan sikap serius, tidak berjenaka sebagaiustaz-ustaz Umno.
Raut wajahnya yang tenang itu menceritakan segalanya. Beliau seoranglahbenar-benar tersentuh hatinya ketika mendengarkan rintihan pimpinanal-Arqam yang bertaubat dan kembali ke jalan yang sebenar.
Walhal ketika pimpinan al-Arqam menangis dalam rakaman itu, para ustazUmno tampak tersenyum bangga, puas dan bongkak kerana musuh mereka(atau musuh Umno telah pun menyerah kalah). Sakit hati juga melihatrakaman itu.
Walhal, ustaz-ustaz Umno ini, untuk menegur 'bos' mereka supaya tidakdigunakan ISA pun belum tentu mampu menegurnya. Dato' Ishak sungguhfokus, tumpuannya amat mendalam ketika mendengar sepatah demi sepatahisi butiran percakapan tanpa mencelah.
Ustaz Umnolah yang paling banyak bertanyakan soalan kepada wakilal-Arqam dengan tujuan agar wakil jemaah itu menjawab dengan menyatakankekesalan mereka. Dan, Dato' Ishak cuma mendengar, tanpa bertanyasepatah apa pun jika tak silap saya.
Kalau RTM boleh putarkan semula rakaman itu, dan kalau ada soalandaripada Dato' Ishak sekalipun, pada hemat saya soalan itu bukanlahseperti soalan agamawan Umno yang seperti soalan SB untuk mencederakanperasaan dan mendera batin tahanan politik (tapol). Soalan-soalan Dato'Ishak, (jika ada) adalah berawal daripada keikhlasan beliau untukbertanya.
Jika tak percaya sikap Dato' Ishak ini, boleh cuba dapatkan salinan RTMberhubung rakaman itu jika RTM enggan memutarkan semula kisah lama ataumereka lebih sibuk menumpukan usaha menyiarkan bahan kempen BNmenjelang pilihan raya kini.
Sejak menonton rakaman dialog itulah, datang rasa hormat saya yangbertambah kepada mufti seorang ini. Bermodalkan ilmu di dada itulahbeliau terus berusaha menyampaikan kebenaran tanpa takut, khuatir, dangentar kepada apa saja.
Akhirnya di sinilah kemuncak kepada falsafah hidup yang beliau binaitu.Saya cuma agak saja. Betul atau tidak saya tidak pasti. Sayacubamenulis seikhlasnya.
Falsafah hidup beliau
Setelah lama daripada mengerutkan dahinya, Dato' Ishak berkata: "Sayateringat pesanan arwah guru saya yang berkata, Ishak, jangan bimbangdengan pekerjaan apa esok apabila dewasa nanti. Tugas awak belajarsaja. Rezeki Tuhan dah jamin. Kerja awak belajar."
Kata Dato' Ishak, hal itulah yang menjadi pegangan dan falsafahhidupnyayang dia bawa sehingga tua. Dan pesan-pesan itu telahmenimbulkan kesanbuat dirinya apabila dilantik sebagai mufti diakhir-akhir hidupnya;sesuatu yang tidak terjangkau dalam fikirannya.
Sejak itu, saya rasakan itulah benih pesan yang menumbuhkan kesan danmenjadi pegangan hidup saya. Walaupun hidup terasa bergelombang denganbadai ujian, tapi rezeki tidak pernah putus. Ini yang Tuhan jamin. Kitatak perlu bimbang lagi. Teruskanlah kehidupan dan perjuangan, bertindakmengikut gerak hati dan panduan ilham, demikian kalbu bergetar.
Saya belajar daripada beliau tentang falsafah rezeki hari itu danselebihnya kita serahkan kepada Allah. Dato' Ishak belajar, bekerja danberdakwah dengan tidak pernah pedulikan hal jawatan. Baginya, jawatanadalah suatu penilaian sejauhmana insan itu menjalankan urusan agamadan dakwahnya.
Pulang dari rumahnya hari itu, saya termenung dalam perjalanan pulang.Wartawan tidak akan kaya, demikianlah guru wartawan seringmengingatkan. Tetapi, jangan pernah hidup meminta-minta sehinggamenjatuhkan maruah. Berjuanglah sehingga terbuang, janganlah mengampu,membodek dan hidup sebagai insan yang tidak jujur dan tidak bermaruah.
Kita orang miskin, tiada harta benda. Kalau maruah dan harga diri sudahdijual, apa lagi yang tinggal? Segala impian yang dicita-citakanwartawan menerusi penulisannya semasa hidup, mungkin terjelma melaluitangan orang lain selepas kematiannya.
Manusia mati meninggalkan nama, hulubalang mati meninggalkan kerisnya,ulamak mati meninggalkan pengetahuan, hikmah dan falsafahnya, Firaunmati meninggalkan jasadnya dan pemimpin zalim mati mengusung dosapentadbirannya, wartawan, penulis, pujangga mati meninggalkanpesan-pesan yang akan menatijahkan kesan-kesan terhadap pemikiranrakyat dan negara selepas hayatnya.
Sultan Selangor tidak setuju Dato' Ishak dipecat
Dalam wawancara itu, Dato' Ishak berkata bahawa Sultan Selangor sendiri pernah merungut berhubung pemecatannya dahulu.
"Mereka ambil kesempatan di atas keuzuran sultan pada ketika itu danpada waktu itulah saya dipecat," kata Dato' Ishak. "Sultan sendiri katakepada saya, sepatut mereka tidak pecat Dato' kerana beta sendiri yanglantik Dato' ke jawatan mufti."
Daripada jawapan sultan itu, dapat diketahui kenapa arwah Dato' Ishakdiberikan penghormatan untuk dikebumikan di Makam Diraja, Seksyen 9berhampiran Masjid Negeri. Mungkin inilah salah satu penghormatanterakhir sultan kepada beliau. Ertinya, beliau meninggal dunia dalamkeadaan yang dihormati oleh pemerintah negeri.
Beliau adalah pejuang yang terbilang walaupun terbuang. Kepada parapengunjung Harakah Daily yang terbaca atau membaca coretan ini, marilahkita sedekahkan sejambak wangian al-Fatihah kepada arwah almarhum ...al-Fatihah ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2008 10:41 AM | Show all posts
al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 10:47 AM | Show all posts

Reply #1 adly26's post

alfatihah....
semoga roh nya di cucuri rahmat
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 11:04 AM | Show all posts
al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 11:20 PM | Show all posts
AL FATIHAH..........
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 11:26 PM | Show all posts
innalillah, wa inna ilaihi raaji'uun.

al fatihah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.142036 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list