CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6261|Reply: 0

legasi kain tenun

[Copy link]
Post time 4-2-2008 05:15 AM | Show all posts |Read mode
Legasi kain tenun

Perkembangan tekstil turut membuka jalan kepada para pereka fesyen untuk berkarya. Apakah yang berlaku enam dekad lalu?


Pakaian tradisional Melayu yangdahulunya kelihatan
labuh dan gelobos diubahsuai mengikut perubahan
zaman iaitu pakaian yang lebih ringkas dan mengikut susuk tubuh

DALAM mengkaji perihal pemakaian tekstil masyarakat Melayu, kitatidak perlu menjangkau jauh ke zaman silam, memadai menoleh kembalikira-kira enam dekad lalu semasa zaman pemerintahan British sebelumtercetusnya Perang Dunia Ke-2.

Orang Melayu pada masa itu telah menikmati pemakaian pelbagai jenistekstil, sama ada buatan tempatan mahupun yang datang dari luar negaraseperti dari negara China, India dan Eropah.

Ketika itu kain-kain tenun dan kain batik merupakan tekstil yang paling popular.

Tekstil yang diimport dari negara-negara tersebut termasuklah kain baldu, kain sutera satin, kain bawal atau kain kasa (voile) dan kain jacquard China.

Perkembangan tekstil turut membuka jalan kepada para pereka fesyenuntuk berkarya. Ketika itu fesyen pakaian Melayu mengalami perubahan.

Pakaian tradisional Melayu yang dahulunya kelihatan labuh dangelobos diubahsuai mengikut perubahan zaman iaitu pakaian yang lebihringkas, mengikut susuk tubuh dan kelihatan seksi.

Pakaian asal orang Melayu dahulu sebelum adanya jarum atau mesin jahit adalah 'kain lepas' yang ditenun dan dililitkan di badan.

Kain hasil daripada tenunan ini merupakan kain yang ditenunsepanjang lebih kurang dua hingga tiga meter, berbentuk empat segitepat dan asalnya tidak berjahit serta kedua punca hujung kaindilepaskan.

Bagi sesetengah masyarakat Kelantan, kain itu juga dikenali sebagai 'kain punca potong'.

Golongan lelaki memakai kain tersebut dengan melilit pada bahagian pinggang hingga ke bawah lutut.

Sementara bagi kaum wanita pakaian lazimnya terdapat tiga carapemakaian kain tenun, iaitu kain lepas yang dililitkan di pingganghingga ke buku lali, kain kemban yang menutup dada dan kain selendangbagi menutup kepala termasuk bahu.
Kain sarung hanya muncul kemudian setelah orang Melayu pandai menjahit.

Kain sarung orang Melayu biasanya mengandungi struktur kepala kain, badan kain dan kaki kain.

Corak yang banyak kelihatan pada kain sarung adalah di bahagianbadan kain. Kepala kain yang berukuran kecil berada di bahagian tengahatau sedikit tepi dalam kain sarung.

Kaki kain pula berada di kedua belah tepi kain sarung.

Corak yang biasa ada pada badan kain sarung tenun adalah seperticorak tenun kosong, corak jalur berdiri, corak jalur melintang dancorak petak-petak atau petak catur.


TENUN biasa kain bercorak jalur melintang dan menegak.

Kain Tenun

Menenun merupakan kerja tangan yang paling penting bagi manusia menjadikan pakaian harian pada awal tamadun.
Asal permulaan corak dimulakan dengan corak jalur melintang, jalur menegak dan corak berpetak-petak.

Permulaan kain tenun tidak bercorak. Corak timbul apabila penenun mula pandai mewarnakan benang loseng dan benang pakan.

Untuk memahami teknik menenun, kita perlu mengetahui beberapa istilah tenunan yang lazim diguna dalam tenunan.
Benang loseng: Ia adalah benang yang memanjang dan dimasukkan ke dalam alat tenun yang dipanggil 'kek'.

Benang pakan: Ia adalah benang yang disusuli ke dalam benang loseng dari kiri atau kanan penenun.

Untuk menghasilkan corak jalur melintang penenun perlu menyusun benang loseng yang telah diwarnakan.
Benang-benang ini disusun berselang seli antara warna-warna yangtelah dipilih mengikut reka cipta penenun. Hanya satu warna benangpakan yang digunakan.

Bagi corak jalur menegak pula benang pakan perlu disusunberselang-seli antara warna-warna yang dipilih mengikut kreativitipenenun ke dalam benang loseng yang mempunyai satu warna sahaja.

Biasanya kain bercorak jalur ini digemari oleh kaum lelaki untuk dijadikan baju Melayu.

Kelihatan segak bila kaum lelaki memakai baju Melayu menggunakan kain-kain tenun Pahang bercorak jalur.
Pada masa kini, kain tenun corak jalur dijadikan kain samping, yang dipakai oleh kaum lelaki.

Kaum wanita juga turut membuat baju tradisional dengan menggunakan kain bercorak jalur.

Kain ini kebanyakannya terdapat dalam tenunan Pahang yang diusahakan di Pekan, Pahang.
Corak berpetak terhasil apabila benang pakan selang-seli berwarnaditenun ke dalam benang loseng yang disusun berselang seli warna.

Corak berpetak ini terdapat beberapa saiz petak iaitu petak besar, sederhana dan kecil.
Jika petaknya kecil dan mempunyai garisan-garisan halus biasanyadipanggil kain corak Bugis. Bagi corak berpetak sederhana atau besarbiasanya di panggil dengan nama corak petak catur atau tapak catur.

Tenunan ini juga dikenali dengan nama corak beragi dan kain ini biasanya terdapat di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Sementara itu, kain yang diimport dari India dikenali sebagai kainpelikat. Kain ini dipanggil daripada nama tempat tekstil itudieksportkan, iaitu bandar Pulicat di Tamil Nadu, India.

Kebanyakan kain pelikat bercorak petak-petak kecil dan mempunyaiwarna-warna seperti biru tua, kelabu, hitam, coklat tua dan putih.

Ada juga kain pelikat yang bercorak jalur melintang dan jalur menegak.

Pada masa kini, kain pelekat juga terdapat di pasar-pasar raya yangditenun dan dibawa masuk dari Indonesia. Kain ini sangat populardipakai oleh kaum lelaki untuk pakaian harian di rumah dan kegunaansemasa solat.

Kini, kain tenun yang bercorak jalur dan berpetak kembali mendapat perhatian.

Kain-kain ini digunakan sebagai baju kurung dan kebaya dengandilihat baju di bahagian atas dipadankan dengan kain tenun berpetak.

Tidak pelik melihat baju kebaya yang dijahit dengan kain tenun corak jalur dan dipadankan dengan kain tenun berpetak.
Kain-kain ini kelihatan lebih kasual dan ia boleh dijadikan pakaian untuk ke pejabat mahupun ke majlis-majlis keraian.

Perkembangan corak pada kain tenun tidak berhenti setakatcorak-corak jalur dan berpetak sahaja tetapi ia dikembangkan setelahpenenun mendapat kemahiran teknik-teknik seperti ikat dan benang pakantambahan.

Teknik-teknik ini dapat mencorakkan kain tenun dengan motif-motifyang lebih berbagai seperti bentuk-bentuk flora, fauna dan geometrik.




seriously aku mmg minat kain tenun ni.. tiap kali raya, sampeng aku musti dari kain tenun... dah biasa dari dulu lagi.. aku kumpul sampeng kain tenun..  yg best aku dah cadang dgn gf aku bila (errr dan jika) kami kawen.. nak pakai kain tenun.. sbg pakaian pengantin.. !! aku ada pergi tempat orang buat kain tenun ni few years ago kat terengganu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.046488 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list