CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8256|Reply: 68

adab2 pergaulan dan persahabatan diantara kita dan allah

[Copy link]
Post time 6-2-2008 11:20 PM | Show all posts |Read mode
ketahuilah bahawasanya sahabatmu yang tak pernah bercerai daripadamu, di waktu tidur dan jagamu bahkan dialah penolong dan pencipta mu.
firmannya 1 "aku sekedudukkan bersama siapa yang mengigatiku"
                    2 " aku disisi mereka yang hancur hatinya kerana mengigatiku"


jikalau kau makrifat akan tuhanmu dengan sebenar makrifat pasti engkau akan menjadikannya sebagai sahabat dan engkau meninggalkan yang lain daripadanya.oleh itu maka sudah menjadi kewajipan supaya mengetahui adab2 persahabatan mu dengan nya:

adab-adab itu ialah:
1. Menundukkan kepala di hadapannya.
2. merendahkan pandangan di hadapan nya.
3. menumpukan perhatian kepadanya
4. mendiamkan segala anggota badan.
5. bersegera mengikuti perintahnya
6. menjauhi larangannya
7. tidak menyangkal perbuatannya
8. mengakali zikir(ingat) kepadanya
9. melazimi fikir tentang qudratnya
10. mengambil yang hak dan meninggalkan yang batil
11. putus harapan daripada makhluk
12. tunduk kerana kehebatannya
13. pecah hati kerana malu daripadanya
14.merasa tenang dalam kehidupan kerana percaya dengan jaminannya
15. Bertawakal (berserah diri) kepada kelebihannya kerana percaya dengan pilihannya.

maka inilah sekalian adab yang patut menjadi pakaianmu di waktu siang dan waktu malam bersama dengan sahabatmu yang tidak pernah bercerai daripadamu.... (Permulaan jalan Hidayah....... Imam Ghazali)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2008 11:34 PM | Show all posts
tenkiu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2008 12:35 AM | Show all posts
putus harapan dari makhluk?  tolong jelaskan sebab saya kurang faham?? ni konteks apa ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2008 12:40 AM | Show all posts
tidak mengharapkan sesiapa didunia ini selain allah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2008 09:34 AM | Show all posts
mmg seronok baca ajaran tasauf oleh imam al ghazali tapi sukar untuk melaksanakannya. putus harapan dari mkhluk maknanya tidak mengharapkan apa2 daripada makhluk..

[ Last edited by  Bruxelle at 7-2-2008 09:40 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 11:54 AM | Show all posts
salam

tersengih saya barang seketika
pasal ada yg mahu berSAHABAT DENGAN PENCIPTANYA
atau pun LEBIH RAPAT LAGI

seronok tuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2008 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by HazelNut at 6-2-2008 11:20 PM

jikalau kau makrifat akan tuhanmu dengan sebenar makrifat pasti engkau akan menjadikannya sebagai sahabat dan engkau meninggalkan yang lain daripadanya.oleh itu maka sudah menjadi kewajipan supaya mengetahui adab2 persahabatan mu dengan nya: ...



Assalammualaikum Hazel,

Bior betul...!  kalu dah makrifat mana datang sahabat or bergaul lagi dah!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 10:46 AM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 9-2-2008 11:54 AM
salam

tersengih saya barang seketika
pasal ada yg mahu berSAHABAT DENGAN PENCIPTANYA
atau pun LEBIH RAPAT LAGI

seronok tuuuuuuuuuu






Wa'alaikummussalam,

heheheeee....
rapat, jangan x rapat!


(harap meka2 yg lum arif or lum ijazah or lum khatam, jgn le rajin bangat citer pasal 'makrifat'.  
takut tersalah tafsif.  maaf jika terasa...  saya ini miskin ilmu, orangnya.)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2008 10:54 AM | Show all posts
tugas seorang hamba.......taat, patuh, hormat dan akur dgn apa jua perintah / arahan tuannya...menjauhi apa2 jua yg dilarang.....dia akan rasa bersalah jika tidak dapat memenuhi permintaan tuanya..........nampak tak....buat sesuatu semata2 krn tuannya.... .
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 10:58 AM | Show all posts
haku cukup heran dgn sikap manusia kini........bila menghadap pemimpin / raja....pakaian mereka amatlah cantik , bersih dan wangi......ttp bila menhadap raja dr sekelian raja ( Allah swt ) dlm solat........baju pon tak pakai ( lelaki shj ni.. )....jd cam ner tuh.....adakah kita termasuk dlm kategori hamba disisi Allah swt...... .
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 03:08 PM | Show all posts
iye le cam tu
maklumleh MAHARAJA
tapi depa kata
jangankan masa solat
setiap saat depa tu dok MENGADAP DIA

bukannya DIA mengadap mike
(tak tau lah pulak cam tuuuu)
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 03:34 PM | Show all posts
Originally posted by Kerengge at 10-2-2008 10:58 AM
haku cukup heran dgn sikap manusia kini........bila menghadap pemimpin / raja....pakaian mereka amatlah cantik , bersih dan wangi......ttp bila menhadap raja dr sekelian raja ( Allah swt ) dlm so ...


sy kdg2 terkilan(cewah terkilan konon)....

kdg2 bila tgk sikap selamber setengah manusia, kdg2 kita terperasan...bila berdiri tu, selamber je gayenye....

pastu kalau menguap tu, besarnya mulut.....pastu bunyik2 cit3...mulut tu....

sy terpikir la , kalau la duduk depan menteri besar ke, perdana menteri ke, agong ke , ade ke dia menguap luas2 camtu depan agong....

bukan nya apa, sepatutnya kena lah rasa segan dengan Yang Maha Besar tu kan.....kurang2 bila nguap, tutup mulut....atau tahan jgn nganga luas sgt....hormat...

tahu Tuhan tu Maha Pengampun, tp sampai hati ka nak nguap depan Tuhan atau nak berdiri dgn gaya selamber....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2008 08:53 PM | Show all posts
Originally posted by Marr at 10-2-2008 10:42 AM



Assalammualaikum Hazel,

Bior betul...!  kalu dah makrifat mana datang sahabat or bergaul lagi dah!!!!





waalaikumsalam marr...
sumber tu saya ambil dari kitab karangan imam ghazali ra.. saya rasa takda masalah, sebab dalam karangannya "Jika engkau Ma'rifat akan tuhanmu dengan sebenar ma'rifat pasti engkau akan menjadikanNya sebagai sahabat dan engkau meninggalkan yang lain daripadanya".
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 08:59 PM | Show all posts
Iye..orang2 pilihan Allah lebih suka menghabiskan masa dgn beribadat kpd Allah daripada duduk2 bergaul dgn manusia lainnya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 12:06 AM | Show all posts
ada satu sheikh kat Islam Channel baru ni kata...   kalau ler dikatakan manusia boleh mendengar kata-kata Allah (dengan telinga) pada sekian waktu dan tempat.  berpusu-pusu manusia akan berebut nak pergi dengar.  tapi manusia ni ramai yang lupa bahawa kata-kata Allah tu sebenarnya sentiasa ada dengan kita iaitu al-quran.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by HazelNut at 10-2-2008 08:53 PM





waalaikumsalam marr...
sumber tu saya ambil dari kitab karangan imam ghazali ra.. saya rasa takda masalah, sebab dalam karangannya "Jika engkau Ma'rifat akan tuhanmu dengan sebenar ma'rifat pasti engkau akan menjadikanNya sebagai sahabat dan engkau meninggalkan yang lain daripadanya".


takat amik sumber dari kitab lum cukup, dear...
org berguru nak faham 'makrifat'...  mana cukup dengan karangan imam ghazali je!
apa jadi, bila Tuhan kita jadikan 'sahabat'?  sama ke level kita dengan Dia?
masalah akan timbul x?

ada sumber bila dibaca, hanya utk diri sendiri or bila berguru.  x boleh share dgn org lain.  takut salah tafsir je..
org lain, sapa suruh depa x baca, x berguru, x cari ilmu, x rajin, dll...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2008 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 10-2-2008 03:34 PM


sy kdg2 terkilan(cewah terkilan konon)....

kdg2 bila tgk sikap selamber setengah manusia, kdg2 kita terperasan...bila berdiri tu, selamber je gayenye....

pastu kalau menguap tu, besarny ...





Assalammualaikum... (bagi salam lu!  kene penuh..! kot x mcm yahudi kata depa..!!!)

quote mu kat atas nun, kelakor ler ussopp...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 10:30 AM | Show all posts
Imam Al Ghazali menulis ajaran tasauf pada tahap yg basic, jadi org2 awam macam kita boleh membacanya. Bukan tulisan tahap tinggi macam Ibnu Arabi. Kekadang apabila sudah di terjemahkan dari bahasa arab kepada BM perkataannya sudah jadi lain. mungkin yg dimaksudkan adalah 'teman' instead of sahabat. makrifat pula dalam bahasa melayu bermaksud 'pengetahuan/mengenali.' 'Persahabatan kita dgn Allah itu', anggaplah sebagai 'perhubungan kita dgn Allah.'

[ Last edited by  Bruxelle at 11-2-2008 10:58 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2008 12:10 PM | Show all posts

Reply #18 Bruxelle's post

betul tu...aku rasa takde salah tafsir kot sebab mmg ajaran tasauf imam al ghazali mmg terang tak de yang tersirat. senang nak faham cuma boleh ikut ngan tak jer.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 12:58 PM | Show all posts
memang le senang nak faham sbb ilmu tasauf itu, ilmu akal & fikir.
ilmu tauhid, bukan dengan buku je... buat syariat, amalan tarikat, faham hakikat, kenal makrifat jadinya.

wallahhu'alam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.126287 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list