View: 23302|Reply: 149
|
perihal cermin sakti
[Copy link]
|
|
Dalam thread Hiidup infiniti Wujud ilusi banyak menceritakan tentang objek dan imej dalam cermin atau dlm mimpi/ilusi (alam fana')..iaitu berkenaan AKU..Aku..aku...
Rasanya elok kita bincang sama2 tentang perihal 'Cermin' kerana Aku tak dapat 'ditafsir' tanpa cermin.Lagipun 'imej' dlm cermin selalu menimbul kontroversi kerana tafsiran imej berbeza2..
Jadi tujuan thread ini adalah:
1. Apakah cermin itu?
2. Adakah cermin itu wujud/ilusi
3. Kegunaan cermin
4. Jenis2 cermin
5. Cermin2 yg kotor/tak berkilat dan cermin yg bersih
6. Cara2 membersih cermin
7. adakah Aku sekarang berada dl cermin atau diluar atau kedua2nya
8. Hidup tanpa cermin?
9. Adakah perlu hidup luar cermin atau kedua-duanya
10. Alam zahir/batin/akhirat adakah masih dlm cermin?
11. contoh cermin2 yg terbaik/sempurna
12. Apakah bukti cermin dah berkilau/sempurna?
[ Last edited by highlander07 at 11-2-2008 10:06 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 highlander07\ catat
aku nampak aku lam cermin ... pastu aku suh aku faham surah al-a'la...
ermmm ...... |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
disebabkan HL07 telah edit 1st postingnya. jadi soalan hamba yang asal sudah tak relevant lagi. hamba letak emoticon senyum dulu pengganti posting hamba yang sudah di delete. 
[ Last edited by ketualanun at 11-2-2008 01:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Jika ayatnya "Aku daripada Aku kepada Aku" seperti yang engkau laung2kan tuh, masih perlukah CERMIN tuh?
Mintak penjelasan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau me, sekadar aku kecil nih, memang perlukan cermin. Cuma perlulah ingat, cermin ni ada pelbagai, tak semestinya tepat. Ada cermin "mendistort" kan imej, ada cermin yg menipu. Melihat imej indah sekali, badan elok kurus, selim melim pada hal gedempul. Ada juga cermin memperlihatkan kedempolan dan "kebesaran" imej, pd hal realitinya cekeding. Cuba dok kat kenderaan yg berkilau yg menghasilkan pantulan imej.
Kdg2 cermin berabuk, ku sangka kulit ku putih, mulus, rupanya ada panau. Jd selain cermin, me perlukan juga pencuci cermin.  |
|
|
|
|
|
|
|
cermin akan memaparkan imej yang terbalik .... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saifulms at 11-2-2008 11:53 AM 
Jika ayatnya "Aku daripada Aku kepada Aku" seperti yang engkau laung2kan tuh, masih perlukah CERMIN tuh?
Mintak penjelasan...
InsyaAllah bila cermin dah berkilau dan bersih maka seolah2 memang cermin tu dah 'tak ada'..dan memang tak ada pun (baca kenyataan ini dlm posting terdahulu..) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ketualanun at 11-2-2008 11:46 AM 
salam...
kalau ayatnya "Aku daripada Aku kepada Aku" seperti saudara HL07 tuliskan. apakah perlu lagi di cuci cermin itu. tak suci lagi kah AKU itu? kotor kah aku itu? mintak maaf, saya sekada ...
Aku tu memang suci..tapi bila Aku 'terperangkap' dlm 'dunia ilusi/ fana') ni maka 'cermin' tu 'wujud' tapi dlm mungkinul wujud jugalah..'kotor' tu bukan kpd 'imej' Aku dlm cermin tu cuma imej Aku tu yg 'tak sempurna'..that's why istilah hati kotor tak tepat..'hati' adalah 'kesadaran/conciousness'....'kesadaran' yg belum 'clear' mewujudkan 'cermin kotor' yg wujudkan 'imej tak sempurna'..gitulah
[ Last edited by highlander07 at 11-2-2008 12:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah betul-2 kenal akan cermin tu...........dia tak akan menipu...........kecuali la plastik di sangka cermin................ |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
kalau begitu marilah ramai ramai kita cuci cermin dulu. saya nak tanya satu soalan untuk saudara HL07. Apakah cara terbaik (mengikut pengalaman saudara) untuk mencuci cermin tersebut? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by highlander07 at 11-2-2008 12:23 PM 
InsyaAllah bila cermin dah berkilau dan bersih maka seolah2 memang cermin tu dah 'tak ada'..dan memang tak ada pun (baca kenyataan ini dlm posting terdahulu..)
"dan memang tak adapun..." Adakah bermaksud cermin tu telah disingkirkan? Atau cermin tu tetap ada tapi seolah2 tak kelihatan lagi? Jika begitu apa gunanya cermin tu lagi..
Kerana itulah apabila orang2 Sufi yang telah mencapai 'tahap' yang tinggi maka dia pun menanggalkan 'syariat' dari badannya.. Adakah sama dengan orang2 yang tak memerlukan cermin lagi..?
Maaf yang encik highlander07, aku harus banyak bertanya kat sini kerana aku harus memahami benar2 apa yang hendak engkau sampaikan ini, bukan bermaksud mahu memusuhi sebagaimana yang engkau dan forumer lain sangkakan... kerana aku dan engkau adalah AKU jua...
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by highlander07 at 11-2-2008 12:34 PM 
Haa..klakor betul..cermin tak menipu ..cuma bila kita 'malas' nak cuci sbb itu jadi gitu..kadang2 cermin orang okey je..cuma 'cara melihat' tu tak brapa betul..jadi nampaklah 'hantu' dlm cerm ...
Bukan begitu incik highlander07,
tidakkah engkau pernah mengunjungi pusat2 hiboran?
Ada satu permainan cermin ajaib? Yang mana cermin2 tersebut ada yang tidak rata permukaannya, ada yang cengkong, ada yang bengkok, atas, bawah samada kiri kanan yang tak rata. maka imej yang terhasil adalah diluar jangkaan kita. Ini adalah kerana cahaya terbias mengikut kedudukan permukaan cermin yang tak rata tu.. Maka terhasillah bentuk imej kita yang bermacam ragam, Imej kita boleh jadi gemuk, pendek, panjang, tinggi, herot dan macam2 lagi.. Dalam hal ini, siapa yang tertipu? Cerminkah menipu atau kita yang tertipu?
Cuabalah kita cuci cermin yang camgitu, adakah boleh imej kita tu jadik cam yang kita mahukan?
Cubalah engkau fikir2kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ketualanun at 11-2-2008 12:49 PM 
salam...
kalau begitu marilah ramai ramai kita cuci cermin dulu. saya nak tanya satu soalan untuk saudara HL07. Apakah cara terbaik (mengikut pengalaman saudara) untuk mencuci cermin tersebut?
Ini persoalan yg sama2 kita perlu bincangkan..
Nak off topic jap..Sebenarnya thread 'Cermin' ini berbeza dgn thread "Hidup Infiniti Wujud Illusi..Manusia" kerana dlm thread tsbt banyak diperbincangkan ttg imej dan objek (Aku..Aku..Aku..) tapi dlm thread ini tumpuan adalah tentang cermin iaitu :
1. Apakah cermin itu..wujud atau ilusi
2. Kenapa perlu cermin
3. Apa fungsi cermin
4. Cermin yg berkualiti/x berkualiti
5. Cara nak mmbersih dan mengkilatkan cermin
6. Apa bukti cermin dah berkilau/sempurna
7. Hidup tanpa cermin bagaimana
8. Adakah Aku sekarang dlm atau luar cermin/atau imej yg paling dalam dlm cermin
9. Adakah kita perlu hidup tanpa cermin atau hidup dlm kedua2nya (mana yg lebih baik)
10. Jenis2 cermin yg berkualiti |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah SWT di dalam Al Quran :
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian, kemudian Kami kembalikan mereka kepada serendah-rendah taraf, kecuali orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, mereka mendapat anugerah dari Tuhan tanpa putus-putus." (At Tiin: 4-6)
Menurut ayat Al Quran di atas, Tuhan menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Kejadian manusia tidak sama dengan kejadian makhluk-makhluk yang lain. Kejadian manusia sangat indah dan sangat cantik. Kecantikan dan keindahan di dalam kejadian manusia itu dapat dilihat pada dua aspek:
ASPEK LAHIR
Cuba kita lihat keindahan ciptaan Tuhan pada fizikal manusia, anggota yang sangat penting dan sensitif diletakkan di atas. Contohnya kepala, telinga, mulut dan mata diletakkan di bahagian atas anggota badan. Tidak seperti binatang, contohnya ular, kalau tersentuh najis, sudah tentulah mulut dan hidung yang terkena dahulu. Berbeza dengan manusia, kalau terlanggar atau tersentuh najis, kaki atau tangan manusia yang terkena dahulu. Ia tidak terus ke hidung, mulut atau mata. Begitulah indahnya ciptaan Tuhan pada diri manusia. Banyak lagi keindahan pada fizikal manusia itu kalau kita mahu mengkaji. Dari sudut yang lahir pun kita sudah dapat rasa cantiknya kejadian manusia itu.
ASPEK BATIN
Manusia juga mempunyai satu pakej yang sangat berperanan di dalam dirinya, iaitu akal, roh dan nafsunya. Ini bermaksud, di dalam diri manusia ada unsur malaikat, ada unsur haiwan dan ada unsur manusia. Unsur haiwan di dalam manusia ialah nafsu yang peranannya , adalah berkehendak. Kalau manusia tidak ada sifat berkehendak, manusia tidak akan maju. Umpama malaikat, oleh kerana tidak ada nafsu dan tidak ada kehendak, mereka tidak membangun.
Walaupun akal dan ilmu banyak tetapi sekiranya manusia itu tidak ada sifat kehendak, manusia tidak akan maju dan tidak akan berubah. Sebab itu perlu ada unsur haiwan di dalam diri manusia. Tetapi manusia juga perlu kepada unsur malaikat iaitu akal yang berperanan menerima dan memproses ilmu dan maklumat serta merancang. Setiap kehendak manusia mesti dirancang.
Sekiranya sifat kehendak tidak disertakan dengan ilmu dan perancangan, manusia akan melulu. Maka unsur haiwan dan Unsur malaikat mesti ada bersama demi untuk kebaikan manusia. ,
Ada satu lagi unsur yang tidak boleh diasingkan daripada keduardua unsur di atas, bahkan unsur ini lebih penting dan utama. Itulah dia unsur kemanusiaan iaitu roh. Roh adalah raja di dalam diri manusia.
Roh yang akan mentadbir diri manusia itu sendiri. Ertinya nafsu dan akal mesti ditadbir oleh roh. Apabila manusia berkehendak dia mesti didasarkan oleh akal iaitu ilmu dan perancangan kemudian ditadbir pula oleh roh. Andai roh, akal dan nafsu berjalan seimbang, berjalan secara terdidik, kehidupan manusia akan jadi cantik.
Tanpa roh, ilmu dan kehendak tidak akan berguna kerana tidak ada yang menggerakkan dan mentadbirnya dengan baik. Oleh itu, sebagai pendidik atau murabbi mesti faham hal-hal dan hakikat kejadian manusia.
sambung.....
[ Last edited by intanterpilih at 11-2-2008 01:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by intanterpilih at 11-2-2008 01:26 PM 
Firman Allah SWT di dalam Al Quran :
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian, kemudian Kami kembalikan mereka kepada serendah-rendah taraf, kecuali orang ...
Cermin diri perlu dilihat dalam aspek lahir dan batin... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by intanterpilih at 11-2-2008 01:28 PM 
Cermin diri perlu dilihat dalam aspek lahir dan batin...
Betul...cuba saudari beri sedikit penjelasan |
|
|
|
|
|
|
| |
|