View: 4338|Reply: 33
|
Yusni Jaafar Kembali Kerahmatullah : Al-Fatihah
[Copy link]
|
|
Buka Hati, Buka Minda
SELANGOR, 12 FEB 2008 : Pelakon dan pelawak veteran, Yusni Jaafar, 62, atau lebih dikenali dengan panggilan Ibu kini berada dalam keadaan kritikal akibat kerosakaan pada hati yang dikesan sejak 3 bulan lalu.
Ketika ditemui di Hospital Selayang pagi tadi, Yusni kelihatan begitu lemah dan tidak bermaya. Pelawak yang popular sejak penghujung tahun 1970-an itu hanya mampu melontarkan senyuman kecil kepada tetamu yang melawatnya. Dia juga sering mengalir air mata terutama ketika dikucup sayu oleh anggota keluarga dan sahabat handai.
Lebih menyedihkan, seluruh badan Yusni kini semakin membengkak kerana dipenuhi air terutama pada bahagian perut. Leher dan perutnya terpaksa ditebuk bagi menyalurkan air dan ubat.
Anak bongsu Yusni, Raja Irna Raja Ibrahim, 23, berkata air dan darah yang dimasukkan ke tubuh beliau tidak sampai kepada tempat yang sepatutnya kerana berkumpul pada anggota badan. Tubuhnya kini semakin membengkak.
"Kata doktor, hati ibu sudah rosak teruk dan tidak dapat berfungsi lagi sehinggakan menjejaskan fungsi buah pinggang. Air yang dimasukkan ke dalam badan ibu berkumpul juga pada bahagian anggota tubuh. Doktor memberitahu kandungan darah ibu juga tidak mencukupi walaupun sudah dimasukkan dengan banyak," katanya ketika ditemui di wad terbabit.
Raja Irna, anak yang paling akrab dengan Yusni, dilihat kerap berusaha mengubah suasana pilu dalam wad seperti bergurau kecil dengan ibunya. Malah pada ketika wartawan menghala lensa kamera untuk merakam gambar mereka, lantas Irna mengangkat tangan Yusni dan menyuruh ibunya membuat tanda peace dan melontarkan senyuman.
Saat menyentuh hati, ketika berjabat tangan perpisahan dengan wartawan, Yusni sempat mengirimkan salamnya kepada para peminat dan meminta untuk mendoakannya agar cepat pulih.
"Sampaikan salam saya kepada peminat dan mintalah mereka semua berdoa supaya saya sembuh," katanya dengan nada yang terlalu lemah.
Orang yang paling dekat dengan Yusni iaitu adiknya, pelakon Sukarni Jaafar, 55, atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Nani, turut ditemui bersama di wad itu. Dialah antara orang yang berusaha keras memberi semangat kepada Yusni untuk terus berjuang. Difahamkan, anak-anak Yusni yang lain termasuk Raja Ema juga datang menjaga Yusni secara bergilir-gilir di hospital berkenaan.
"Sebelum ini, dia pernah dimasukkan ke hospital ini beberapa kali, bagaimanapun kali ini dia ditahan paling lama apabila doktor mengesahkan keadaannya berada pada tahap paling kritikal. Sudah seminggu lalu dia dimasukkan ke wad ini," kata Sukarni dalam nada sedih.
Sementara itu, ramai rakan artis tempatan yang mula melawat Yusni, antara mereka ialah Aida Rahim, Era Fazira, Hans Issac, Liza Abdullah, Uji Rashid dan Datuk Mustapha Maarof.
[ Last edited by jac_diehard_fan at 3-4-2008 12:56 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
mudah2an cepat sembuh...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 ummihafiy's post
harap macam tu la jg....
sedih bila baca berita tu... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat aku lakonan dia masa tertelan tongkol jagung sampai sore pompuan jadi lelaki....... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga anak-anak dia bergilir jaga..masa ini yang paling kritikal.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha.....
mmg kelakar cerita tu....
aku selalu jg tgk cerita tu dulu-dulu...... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh...anak-anak yusni..sila la menjaga ibu mu..jgn bila ibu dh tade baru nak sebak-sebak nangis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 lipans's post
terang nyer bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 mekma's post
bulan menerangi kegelapan |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada dengar yg yusni jaafar dh tak duduk dgn anak-anak dia....
rasanya tahun lepas anak-anak dia tak beraya dengan dia...
ada la wartawan interview dia bertanyakan tentang mcm mana sambutan hari raya nnt...dia ckp, dia mengharapkan kepulangan anak2 dia beraya dengan dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
harap anak-anak dia ingat ni "syurga di bawah tapak kaki ibu"..... |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba dgr dah kritikal..tp korg psan tak skg ramai artis yg bila sakit tetiba dah kritikal? |
|
|
|
|
|
|
|
sob3x.. sedih bace brite ni..
well.. doa2kan laa IBU sembuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon Yusni Jaafar Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pelakon terkenal Yusni Jaafar meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Selayang akibat kegagalan hati.
Yusni, 63, menghembuskan nafasnya pada kira-kira pukul 2.30 pagi.
Menurut anak keduanya Raja Ema kepada Radio24 Bernama di sini hari ini, ibunya dimasukkan ke hospital itu pada 31 Jan lepas.
Katanya jenazah ibunya dibawa balik ke rumah keluarga di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ 15 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.
Yusni, anak kelahiran Tumpat, Kelantan meninggalkan lima cahaya mata.
Antara pencapaian Allahyarham sepanjang bergelar anak seni ialah memenangi Pelakon Komedi Wanita Terbaik pada Pesta Filem Malaysia ke-8 pada 1989.
Lakonan terakhir Allahyaram ialah dalam filem Cuci pada tahun lepas.
Filem pertama lakonannya ialah filem Panglima Badol pada 1978 dan sepanjang hayatnya telah berlakon dalam kira-kira 20 filem tempatan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|