|
Bas mini pernah bawa 1,000 penumpang sehari
Oleh AMREE AHMAD
dan MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
BAS mini kini lebih selesa dan masih dapat dilihat di
beberapa tempat di sekitar Lembah Klang.
TENTU ramai yang meminati kartun Bas Mini disiarkan dalam majalahhumor Gila-Gila satu ketika dahulu. Ia banyak menggambarkan senariopekerjaan pemandu bas mini bersama konduktornya.
Kisah yang digarap kartunis itu menceritakan realiti warga kota yangmengharungi hiruk-pikuk kesesakan lalu lintas di metropolitan bersamakerenah bas kecil ini.
Menariknya, ia menjelaskan pentingnya sistem pengangkutan itu dalam kehidupan orang kota.
Kini peranan bas mini kian dilupakan dengan kehadiran 'rakan baru'lebih berwibawa. Malah warga kota selesa menggunakan kereta sendiriatau perkhidmatan transit aliran ringan yang lebih cekap.
"Zaman kegemilangan waktu itu cukup indah, bahkan ada 1,200 bas minidi Lembah Klang, lebih 300 orang pengusaha dan mampu menggaji 7,000pekerja ketika era emas pada awal 1980-an.
"Namun ia telah berakhir dan bilangan penumpang sendiri makinkurang," jelas Nordin Ibrahim, 40, yang bertugas sebagai inspektor disyarikat bas mini Seramas Sdn. Bhd yang beroperasi di Shah Alam danKlang, Selangor.
Beliau berkata, ramai menyalahkan keadaan uzur bas mini dan rekod kemalangannya.
Namun jelas Nordin, keadaan kini agak sukar kerana mereka cumamengenakan tambang 50 sen bagi pelajar dan kanak-kanak serta 80 senbagi orang dewasa. Walhal ada syarikat bas lain menawarkan kadar yanglebih murah.
"Kami perlu berbuat demikian untuk kekal bertahan tetapi kami cumasyarikat kecil walhal mereka syarikat besar yang ada banyak modal danmampu beroperasi pada skala kawasan yang lebih luas.
"Dulu pemandu bas mini mampu tersenyum kerana pendapatan boleh cecahhingga RM4,000 sebulan namun kini untuk mendapat RM2,000 pun sangatsukar," kata Nordin.
Malah ujarnya, penumpang pernah mencapai 1,000 orang sehari tetapikini dalam lingkungan 400 sahaja dengan pengguna setia hanya terdiridari kalangan pelajar sekolah dan penuntut universiti.
Untuk bersaing, pengusaha bas mini perlu mengikuti perkembangansemasa bagi menjamin kelangsungannya seperti memasang pendingin hawa,mesin tiket dan bas baru yang selesa untuk menarik penumpang.
"Kami juga membuat jadual perjalanan bas setiap 15 minit bagimemastikan pengunjung yakin dengan perkhidmatan kami. Jadi mereka tidakperlu menunggu lama walaupun bas belum penuh lagi," tambah beliau.
Mengimbau pengalaman dalam sektor itu, Nordin memberitahu, dramapergaduhan dan orang mabuk di dalam bas sudah menjadi lumrah bagimereka sehingga ada orang mengajak bergaduh di luar.
Pandangan beliau turut dipersetujui oleh pemandu bas, Mohd.Saiyuddin Majid dengan mengatakan golongan muda sendiri kurang berminatuntuk menjadi pemandu bas mini yang tidak glamor.
"Jika tiada pelapis, mungkin 20 tahun lagi bas mini hanya ditatap di muzium sebagai bahan sejarah," luah Saiyuddin.
Ketika itu ujarnya berseloroh, nostalgia bas mini akan diimbasribuan bekas penumpangnya yang mungkin pernah menemui cinta sejatiketika bersama pasangan mereka di dalam bas mini.
Tingat zaman 80an masa aku kecik2 naik mini bus ni. Penuh selalu sampai ada yang naik ikut tingkap kaki terjulur keluar, aku ingat lagi tee hee Tapi drebar bas mini bawak ligat dgn konar macam nak terbalik dan memang ada satu bas mini yang terbalik pun sebab kona baring sangat. Sib baik tak de penumpang masa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
A Brief History of the 揃as Mini |
|
|
|
|
|
|
|
Once upon a time, there lived terror on the busy streets of Kuala Lumpur. Overpacking with passangers and a brave conductor clinging on to the side door, this bus speeds and curves through the streets with the devil's roar.
These beasts are now rendered as endangered species among the streets of the cities, you'd be lucky to spot one - let alone survive the encounter. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amazed at 17-2-2008 06:41 AM
http://re3.mm-a11.yimg.com/image/182467409
Once upon a time, there lived terror on the busy streets of Kuala Lumpur. Overpacking with passangers and a brave conductor clinging on to the side d ...
nampak macam kepala naga dari mulut gua... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by revolusi_30 at 18-2-2008 08:51 PM
pemandu bas mini kl(warna pink) adalah pemandu kenderaan paling cekap sekali kat KL ni..dalam jammed pun diorang leh cilok2 gak...hurm..sekejap je sampai kalau naik bas mini ni...ahaksz..:lovelin ...
yg nie aku setuju ngan ko dempol :victory: :victory: :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 revolusi_30's post
betoll!!laju banget bas mini..kejap jek sampai |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 miftahuljamilah's post
LMFAO.. yang aku ingat masa aku kecik2 bila orang naik aje dia akan cakap, 'belakang, belakang lagi belakang sikit..." ada sekali tu bas mini sampai nak terjongkit cepat cepat dia cakap, " depan sikit depan sikit..." hampeh |
|
|
|
|
|
|
| |
|