CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2874|Reply: 7

khazanah ADAT

[Copy link]
Post time 20-2-2008 07:35 PM | Show all posts |Read mode
Jendela khazanah adat

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM


Bertepatan dengan lokasinya di Negeri Sembilan yang kaya denganpelbagai adat, Muzium Adat membawa khazanah yang berbeza kepadapengunjungnya.





HIDUP dikandung adat, mati dikandung tanah. Demikian dalamnya maksudperibahasa Melayu tentang kepentingan institusi adat yang semakindilupakan generasi masa kini.

Di Malaysia sahaja, rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum, agamadan bangsa menjadikan adunan kepelbagaian adat sesuatu yang luar biasasehingga negara ini dicemburui dunia.

Bahkan sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbanggadianugerahkan kepelbagaian adat resam sehingga membuatkan negara inibegitu unik.


REPLIKA rumah tradisional Minangkabau turut dipamerkan.




Menyedari kepentingan adat agar ia tidak terhakis dan dilupakankhususnya daripada minda generasi muda, Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan (KeKKWA) melalui cetusan idea menterinya, DatukSeri Dr. Rais Yatim, sebuah Muzium Adat telah didirikan di KualaKlawang, Jelebu, Negeri Sembilan.

Muzium pertama seumpama ini mula dibina pada tahun 2005 memberipenekanan kepada kegiatan menghimpunkan beberapa aspek kehidupanmasyarakat Malaysia.

MUZIUM ADAT terletak diKuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan ini dibuka setiap hari daripukul 9 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah percuma.



Dibina di Negeri Sembilan, ia dilihat paling tepat dengan imej serta identiti negeri itu sebagai Tanah Beradat.

Pengunjung yang berpeluang melangkah masuk ke dalam muzium empattingkat ini pasti teruja melihat khazanah yang dipamerkan di empatgaleri. Ditambah pula dengan teknologi canggih sistem interaktif yangmenyeronokkan, pasti lawatan ke muzium ini lebih mengujakan.

Menyusuri galeri pertama, pengunjung didedahkan dengan segmen yangmenyentuh secara umum tentang pengenalan, definisi dan konsep adat.Selain itu, kategori adat serta masyarakat beradat pelbagai kaum diMalaysia turut diterjemahkan di galeri ini.

Apabila sudah mengenali erti adat, barulah singgah ke galeri keduauntuk mendekati paparan tentang adat-adat yang dikaitkan dengan kitaranhidup manusia seperti kelahiran, perkahwinan, kematian, kegiatanekonomi dan amalan ritual masyarakat di negara ini.

Galeri ketiga pula mendekatkan pengunjung tentang kegiatanintelektual di istana dan rakyat serta institusi kesultanan Raja-RajaMelayu.

Memandangkan muzium ini terletak di Tanah Beradat, galeri keempat menyingkap adat merantau masyarakat Minang dari Tanah


PENGUNJUNG begitu teruja melihat artifak yang dipamerkan di muzium ini.


Minangkabau sehingga bertapak di Negeri Sembilan dan keutuhan Adat Perpatih daripada sudut struktur.

Dr. Rais berkata, Muzium Adat yang mempamerkan pelbagai artifak danreplika berkaitan adat setiap bangsa dan kumpulan etnik di Malaysiaakan disenaraikan dalam kalendar pelancongan negara sebagai produkmesti dilawati.

"Kita juga menyediakan jurupandu di muzium ini supaya pelawat mendapat maklumat yang tepat dan mendalam.




"Teknik pencahayaan di sini juga adalah yang pertama diperkenalkan dan ia akan turut digunakan di Muzium Negara," katanya.

Katanya, antara artifak dipamerkan di muzium berkenaan ialahreplika keris dari Pagar Ruyung, Sumatera yang dipercayai berusiahampir 1,300 tahun, sejarah Kesultanan Melayu serta Adat Perpatih.

Perasmian Muzium Adat berkenaan telah disempurnakan Dr. Rais bersamaUndang Jelebu, Datuk Musa Wahab dan Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Mohamad Hasan. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KeKKWA,Datuk Zakiah Ahmad dan Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Muzium, IbrahimIsmail.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri MohamadHasan berkata, penubuhan muzium ini cukup penting dan memberi imejserta wajah baru kepada daerah Jelebu, sekali gus mewujudkan suasanalebih meriah di pekan itu.

Muzium empat tingkat berkenaan turut menyediakan kedai cenderamatayang menjual barangan kraf tempatan serta buku-buku bersejarah untukdijadikan 'buah tangan'.

Ia dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali HariRaya Puasa serta Hari Raya Haji tanpa mengenakan bayaran masuk. Jadijangan lepaskan peluang untuk mendekati cebisan sejarah adat yangditinggalkan nenek moyang kita.

Bak kata pepatah Melayu biar mati anak, jangan mati adat!






Wahh tak sangka aku ada muzium adat lak!!  Aku mmg minat sejarah2 camni  dan belajar tentang adat adat orang kita... Best la macam ni  banyak gak kita dapat tahu benda2 yg kita sendiri tak tahu exist  tee hee   Aku nak ambik cuti weekend ni nak gi la jelebu nak visit muzium ni !!   Jom  kita gi.. Mana   adiputra    nak gi tak adi?? Free aje  masuk!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2008 08:47 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Menariknya!! Aku tak tau pun adat terbahagi kepada 5 jenis kategori...

p/s: Ko ajak aku ke, amazed?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:55 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Bak kata pepatah Melayu biar mati anak, jangan mati adat!


Ramai orang salah faham dengan pepatah ni..ade ke biar mati anak tapi adat (sesetengah orang sinonimkan dengan adat berkahwin jek) kene jage..  Maksud sebenar adat tu adalah peraturan/undang-undang. Sbb zaman dulu hanya 2 adat sahaja yang diamalkan iaitu adat temenggung dan adat pepatih.. dan kedua-dua ini merupakan undang-undang.. Jadi memang lojik aa, biar mati anak asalkan undang-undang itu dituriti.. sekian..

ade kene ngene tak ngan tajuk ? hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:56 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Bak kata pepatah Melayu biar mati anak, jangan mati adat!


Ramai orang salah faham dengan pepatah ni..ade ke biar mati anak tapi adat (sesetengah orang sinonimkan dengan adat berkahwin jek) kene jage..  Maksud sebenar adat tu adalah peraturan/undang-undang. Sbb zaman dulu hanya 2 adat sahaja yang diamalkan iaitu adat temenggung dan adat pepatih.. dan kedua-dua ini merupakan undang-undang.. Jadi memang lojik aa, biar mati anak asalkan undang-undang itu dituriti.. sekian..

ade kene ngene tak ngan tajuk ? hehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 11:05 PM | Show all posts

Reply #2 ijad_adiputera's post

mmg aku ajak ko  ni...   ko nak gi tak??  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 11:08 PM | Show all posts

Reply #4 dCrook's post

memang ada kena mengena pun     Pada aku  mmg aku suka pepatah tu.. sbb dulu lagi aku berpendapat  yg  biar mati anak jgn mati  adat tu -  maksudnya bila adat tu dijaga  automatically  anak tu  terjaga   tu yang fikiran aku yg cikai  ni  fikirkan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2008 12:24 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 20-2-2008 11:05 PM
mmg aku ajak ko  ni...   ko nak gi tak??  


Ish tak leh la...
aku nak gi tgk teater kt panggung DBKL la...
kwn aku buat show.. dh janji dgn dier..
ahaks.. sori!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2008 01:04 AM | Show all posts

Reply #7 ijad_adiputera's post

tak apa..... hari lain  dan bila2 yang ko boleh...   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.111663 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list