View: 8807|Reply: 44
|
Tunku Pengasas Parti Islam Semalaysia???
[Copy link]
|
|
Tunku Pengasas Parti Islam Semalaysia???
Tahukah anda dalam kehangatan perang pilihanraya diantara parti-parti yang ada di Malaysia ini yang sampai ada yang tidak bertegur sapa,bergaduh hingga ada yang tercedera hanya berapa kerat yang tahu sejarah dan fakta yang sengaja disembunyikan ini.Parti Islam SeMalaysia adalah Idea Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj bapa kemerdekaan Negara.Idea tersebut timbul bila British secara rahsia mensyaratkan bahawa Melayu mesti ada lebih dari satu parti sebagai syarat untuk merdeka.Tunku telah mencadangkan Tuan Guru Ahmad Haji Hussin Pondok Penanti sebagai calon pertama Parti Islam.Tuan Guru Ahmad Haji Hussin adalah salah seorang dari tiga tokoh yang bertanggungjawab menentukan tarikh kemerdekaan Negara.Beliau adalah anak ulama tersohor iaitu Tuan guru haji Hussin.Sebagai seorang ulama yang sangat dihormati oleh masyarakat tiada seorang pun yang mahu bertanding melawannya termasuk dari parti-parti bukan melayu.Maka Tunku yang dipanggil oleh Tuan Guru Haji Ahmad dengan panggilan Man itu mencadangkan nama Haji Sulaiman Palestin sebagai calon untuk melawan Haji Ahmad.Haji Sulaiman pada awalnya menolak kerana cadangan Tunku itu ibarat menderhaka pada Gurunya sendiri.Beliau adalah murid rapat Tuan Guru Haji Ahmad.Setelah diterangkan bahawa semua itu hanyalah helah untuk mengaburi British dan untuk mengelakkan pengaruh parti bukan melayu di Bukit Mertajam barulah Haji Sulaiman bersetuju untuk menjadi calon.Kerusi itu dimenangi oleh Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Guru Haji Hussin Kedah.Beliau memegang kawasan itu selama sepenggal dan pada pilihan raya berikutnya beliau menarik diri dari politik yang bukan kegemarannya.
Itulah hebatnya politik.Jadi orang Pas dan Umno janganlah dok gaduh-gaduh yek.Kaji sejarah balik.Tak semua fakta sejarah masuk dalam buku sekolah atas sebab sebab tertentu.Tanya orang-orang lama yang ada dikawasan anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 sayapghaib's post
oh..gitu ke ceritanya..segala2nya dalam perancangan Allah jua..mesti ada pro dan kontra,kerajaan dan pembangkang,baru wujud perjuangan.disitulah timbul kesedaran dan keinsafan dan kembali pada Allah..jika segalanya baik dan mudah takde lah nikmat hidup..selamat mengundi! |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke PAS asalnya diasaskan Dr Burhanuddin Helmy dengan nama Hizbul Muslimin? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 adi_iskandar's post
saya pun kompius,tapi tuan rumah kata tak semua dinyatakan dalam sejarah..dulu nak merdeka pun Tunku dinasihatkan oleh presiden iran tak silap supaya wujudkan agama Islam sebagai agama rasmi dlm perlembagaan,jika tidak dah lama kita jadi macam Singapore |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 miftahuljamilah's post
Errr...tahun 50-an Iran ada Presiden...bila masa pulak....bukan ke "SHAH" aka "RAJA" ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 tongkatali's post
sebenarnya tak ingat la pemimpin Islam yg mana,harap maaf jika fakta kurang tepat..tapi itulah salah satu yg perkara yg diingatkan oleh pemimpin dari negara Islam itu..thanks sebab prihatin..sesiapa yg pasti fakta yg betul tolong betulkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adi_iskandar at 3-3-2008 12:01 PM
bukan ke PAS asalnya diasaskan Dr Burhanuddin Helmy dengan nama Hizbul Muslimin?
Dr Burhanuddin adalah Pengasas rasmi PAS.Idea dan pengasas asal ialah Tunku.Malah calon pertama parti Islam adalah sahabat Tunku Sendiri bukannya orang-orang Dr Burhanuddin Al Helmi.Idea Tunku ini yang diambil untuk mewujudkan PAS oleh Burhanuddin.Semasa Tunku mewujudkannya namanya ialah PIS namun ada pihak yang membantah kerana boleh menimbulkan kekeliruan. |
|
|
|
|
|
|
|
Idea Tunku untuk mendapatkan Kemerdekaan secara diplomasi di pelecehkan oleh para pemimpin Islam dari Pakistan dan Indonesia.Bagi mereka Malaya pengecut dan anjing British.Tapi sekarang kita semua boleh lihat bagaimana keadaan negara mereka.Ya mereka merdeka tapi mereka yang majoriti Islam itu tidak pernah aman dari kekacauan.Sedangkan Malaysia yang berkongsi kuasa ini aman makmur dan selalu memberi bantuan pada mereka yang menghina cara kita mendapatkan kemerdekaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan menjadi isu siapa yg tubuh PAS...tapi yg paling penting siapa yg memperjuangkan Islam...siapa yg lebih mengajak kita mendekati Allah swt. Siapa yg yg berjuang menegakkan daulah dan keadaan Islam supaya kita tidak lalai dan diredhai Tuhan. Tidak ada yg lebih besar dan utama selain mengingati dan menjalankan syariat Allah. Tidakkah tujuan kita hidup ialah untuk bekalan akhirat. Amalan yg baik akan dibalas baik. Taqwa itu adalah sebahagian dari kalimah laaillaha il lalllah. Tidak berguna berfikiran +ve jika kita tidak mengingati Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
sesat berfikir tentang tuhan LEBIH UTAMA DARI SERIBU SOLAT-hadis saheh bukhari muslim-BAB IMAN |
|
|
|
|
|
|
|
Perancangan halus Tunku dengan penubuhan Parti Islam sangat bijak.Tunku mengharapkan Parti Islam menjadi alternatif atau pilihan lain untuk orang melayu.Ini kerana Tunku menyedari bahawa orang melayu yang tidak suka kepada UMNO akan beralih kepada Parti Islam.Bayangkan jika Parti Islam tidak diwujudkan.Pasti undi melayu yang tidak menyukai UMNO akan diberikan kepada Parti lain yang tidak memperjuangkan nasib Melayu dan Agama Islam.
Atas kenyakinan dan falsafal Melayu akan bersatu jika terdesak ,Tunku secara halus dan penuh rahsia mengusulkan penubuhan Parti Islam SeMalaya.Idea Tunku ini betul-betul menjadi penyelamat Melayu bila UMNO ketandusan kerusi pada 1970an.Pas yang dipimpin oleh Dato,Asri Muda telah bersetuju bersatu bersama UMNO demi melayu yang tercinta.
Kepada forumer sekalian.Saya menulis kembali cerita ini sebagai sejarah di ruangan History.Bukan nak tahu atau nak dengar kempen anda secara terang-terangan atau secara sindir-sindiran.Saya cuma menceritakan sejarah yang tersirat.Walau parti apa yang anda undi jika kedua-duanya Parti melayu anda tidak perlu pening-pening memikirkannya kerana anda telah menyelamatkan melayu.Cuma kalau calon yang diletakkan tu semuanya kureng maka pilihan yg bijak perlu dilakukan samaada nak lepak saja kat umah atau masih pergi mengundi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 sayapghaib's post
benar...sekali..tetap situasi politik masakini sukar untuk kita mencapai kesepaduan,ditambah sikap pemimpin yang berjuang bukan demi agama,bangsa dan negara..tapi sekadar mencari kepentingan peribadi..belajarlah dari sejarah lalu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 miftahuljamilah's post
Ya memang nampak tak ada kesepaduan.Tapi bukan mustahil jika terjadi perkara yang mendesak.Sikap harmoni pemimpin pembangkang melayu dan pemimpin melayu parti kerajaan di kantin Parlimen boleh diterjemahkan di medan penyatuan melayu.Kalau ada masa melawatlah ke Kantin Parlimen. Lihatlah betapa mesranya pemimpin-pemimpin tersebut walaupun berlainan parti. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 sayapghaib's post
ko patut bagitau kat org2 kat bod current issues tu..
org kat sana x habes2 maki hamun sesama melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 kerelovani's post
Tak guna bagitau diorang yang tengah panas hati.Nanti sekali dengan aku diorang maki hamun.Jadi cerita yang aku dapat dari bekas Pelajar Pondok Penanti yang mana gurunya menjadi calon pertama parti Islam aku paparkan kat sini sebagai renungan orang melayu supaya bersatu.Aku sedih bila tiba musim pilihanraya ramai melayu yang tak bertegur sapa sesama melayu,masing-masing menyalahkan sesama sendiri,ada pula yang mengaku lebih pandai dari yg lain,ada mengaku lebih Islam dari yang lain sedangkan berasa diri lebih bagus dari orang lain itu adalah satu sifat ujub yang dilarang didalam Islam.Alangkah lebih bagus bagi mereka untuk membaiki bacaan Al Fatihah didalam Solat dari saling mencaci satu sama lain.undefined |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang yang aku tau, PAS dulu satu Biro bawah UMNO. Atas suatu ketidakpuasan hati, PAS gerak keluar jadi parti politik.
Pasal Tunku pengasas sebenar PAS, aku belum pernah dengar pasal ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang tu sejarah tersurat dan yang ini tersirat.macam pendapat tentang penentuan tarikh kemerdekaanlah.Yang tersurat sekarang penentu tarikh merdeka yang dicanangkan ialah Abdullah Fahim Tok Wan Pak Lah.Kalau ikut kisah yang betul ada tiga org termasuk Tok Wan Pak Lah.Kerana persamaan tarikh yang disebutkan oleh ketiga-tiga tokoh itu maka Tunku dengan yakinnya menentukan tarikh 31 ogos sebagai tarikh merdeka.Aku rasa lama kelamaan sejarah yg tersirat ini akan lupus kerana mereka yg mengehtahui cerita sebenar semakin hari semakin hilang.Banyak rahsia sebenarnya yang golongan marhain tak tahu melainkan peristiwa itu terjadi berdekatan dengan mereka.
[ Last edited by sayapghaib at 6-3-2008 01:51 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 sayapghaib's post
Pasal Abdullah Fahim ni aku pernah dengar...dia asal dari negara arab...kiranya Pak Lah kita ni ada darah arab la...
Aku penah lawat satu balai cerap kat balik pulau (balai cerap Sheikh Tahir kalau aku tak silap). Kat situ, ada satu tulisan tangan perkiraan Abdullah Fahim jarak antara Malaysia dengan Mekah...memang kiraan dia hampir tepat. Dia tak guna sebarang alat moden...cuma ilmu Falak kot.
Orang-orang skang ntah ada ke tak yang boleh kira macam dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 Halilintar's post
SAPA YE..?HEBAT BETUL ILMU MEREKA.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka tu ada ilmu laduni.Tunku dulu selalu merujuk pada mereka tarikh-tarikh yang sesuai untuk perkara-perkara tertentu.Salah satu cara untuk memohon ilmu Laduni adalah dengan membaca Al Fatihah banyak-banyak dan mengelakkan diri dari melakukan larangan agama termasuk mengupat ,menyakiti hati orang dan lain-lain.Tun Dr Mahathir sewaktu menjadi PM selalu merujuk tarikh pilihanraya kepada Tuan Guru Haji Aziz Pendang.Pak Lah pula merujuk kepada adik kepada Haji Aziz iaitu Tuan Guru Haji Razak(Dak) Pendang.Kedua-dua mereka telah pulang kerahmatullah beberapa tahun lepas. |
|
|
|
|
|
|
| |
|