|
Satu persembahan orkestra oleh Orkestra Remaja Istana Budaya akan di adakan pada 14 Mac 2008 (jumaat) di Pusat Belia Antarabangsa Cheras bermula jam 8.30 malam. Kepada semua peminat muzik tanahair dijemput berama-ramai menonton konsert ini yang diadakan secara percuma dan dibuka kepada orang ramai.
Lihatlah betapa hebatnya mereka mempersembahkan rangkaian lagu-lagu klasik dan pop semasa. Orkestra terdiri dari remaja yang berusia antara 10 hingga 21 tahun. Anda pasti akan terhibur dan mengkagumi dedekasi dan semangat mereka ini dalam memertabatkan seni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|