View: 4937|Reply: 5
|
Kenal siapa kawan, lawan - Catriona Ross
[Copy link]
|
|
Oleh Ramlah Zainal
[email protected]
SIAPA menduga, selepas terbabit dalam kemalangan ngeri 14 April tahun lalu, pelakon Catriona Ross boleh pulih sepenuhya dan kini menjalani kehidupan seperti biasa.
Malah Catriona, 28, sendiri menganggap apa yang berlaku adalah keajaiban daripada Tuhan.
Katanya, dia berasa bagaikan mati hidup semula dan pada masa sama seperti dilahirkan kali kedua di dunia ini. “Sebenarnya ada beberapa rakan yang terbabit dalam ke malangan ngeri seperti saya tapi tidak dapat pulih sepenuhnya sampai hari ini.
“Apapun, saya bersyukur kerana Tuhan makbulkan doa ibu bapa untuk melihat saya seperti dulu. Sampai hari ini pun, emak selalu berpesan supaya saya banyak bersyukur kepada Tuhan kerana mengembalikan diri saya yang dulu.
“Begitu juga dengan bapa saudara, Razzi Rahman yang paling rapat dengan saya tidak percaya melihat keadaan saya sekarang,” katanya.
Katanya, hidupnya juga jauh lebih bermakna berbanding sebelum kemalangan dulu kerana banyak perubahan berlaku dalam hidupnya selepas kemalangan.
“Kini ke mana saja saya pergi, ramai orang menyanjungi saya. Kadang-kadang saya berasa tidak selesa apabila orang melihat saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
“Rata-rata peminat berasa terkejut apabila melihat saya hari ini. Maklumlah, mereka melihat sendiri keadaan saya yang parah ketika kemalangan dulu menerusi berita yang di paparkan dalam akhbar.
“Saya masih ingat lagi seorang mak cik turut menegur saya dengan air matanya bergenang dan memberitahu betapa kuatnya semangat saya untuk terus hidup.
“Dia juga mengikuti perkembangan saya sejak dimasukan dalam wad lagi dan dia juga tidak sangka saya boleh pulih seperti dulu,” katanya.
Catriona berkata, dia juga mempunyai semangat yang begitu kuat berbanding dulu. Katanya, dia seperti sudah kalis kalau ada pandangan negatif dilemparkan kepada dirinya.
“Saya anggap ia ibarat mencurah air di daun keladi saja. Saya juga sudah kenal siapa kawan dan siapa lawan sekarang ini. Pada masa sama, saya juga dapat merasai kasih sayang keluarga yang tidak bertepi selama ini.
“Kalau dulu saya sudah cukup menderita apabila terbabit dalam kemalangan, justeru kalau sekadar cakap-cakap orang atau gosip tidak berasas apalah sangat.
“Apa yang penting, saya ingin menjadi insan yang lebih baik daripada dahulu dan tak mahu ada masalah dengan orang lain,” katanya.
Bagaimanapun, kata Catriona dia juga berhadapan dengan cabaran besar untuk pulih sebelum ini. Senjata kekuatannya selama ini ialah kuatkan tekad dan semangat hingga pulih dalam tempoh 10 bulan.
“Sebenarnya sepanjang proses pemulihan itu, banyak sangat orang yang cuba patahkan semangat saya dengan kata hanya boleh pulih dalam tempoh lebih lama atau lebih setahun baru boleh berjalan semula.
“Saya lawan balik kata-kata mereka itu dan banyak ber selawat dalam hati. Ibulah sumber kekuatan saya untuk pulih sepenuhnya.
“Saya berusaha gigih untuk pulih kerana memang tidak sabar untuk berjalan semula. Semangat saya datang daripada emak saya, Siti Zawiyah Abdul Rahman, 57. Maklumlah sepanjang dirawat di hospital, saya kena buat lima hingga enam pembedahan dan saya juga bimbang jika tak sempat minta maaf kepada Mak ketika itu,” katanya.
Bagi Catriona, kasih sayang ibunya memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dia juga tidak tahu ba gaimana hendak membalas jasanya.
“Mak adalah wajah terawal yang saya lihat apabila sedar dari pembedahan. Justeru, saya memang tidak ingin pergi dulu kalau tidak sempat minta maaf daripadanya kerana dia segalanya dalam hidup.
“Kini setiap kali habis projek drama, saya akan pulang ke Kota Bharu, Kelantan untuk bersama ibu. Kalau dulu saya jumpa Mak hanya pada hari raya, kini tidak lagi.
“Saya tidak akan tunggu lama untuk sentiasa berada di sisinya. Saya juga ingin tumpukan perhatian kepada orang yang buat saya bahagia. Merekalah sumber semangat dan kebahagiaan saya,” katanya.
Catriona yang dikenali menerusi drama Sephia berpasangan dengan Ako Mustafa melalui slot Samarinda di TV3, baru saja tamat penggambaran telefilem Anjung Sofea arahan Rosli Mohd Bidin. Telefilem yang turut dibintangi Norkhiriah dan Sahronizam ini akan disiarkan menerusi RTM.
“Banyak tawaran berlakon yang saya terima termasuk beberapa drama bersiri sehingga Mei ini tapi saya masih mempertimbangkannya lagi. Insya-Allah saya juga dijangka boleh berlari semula hujung tahun ini. Jika semuanya berjalan lancar, saya bercadang kembali beraksi di layar perak pula,” katanya.
Lebih bermakna, kekosongan hati Catriona selama ini juga sudah terisi. Jejaka bertuah itu bukanlah golongan artis, ahli perniagaan ataupun kerabat, sebaliknya orang biasa. Mereka juga baru berkawan selama beberapa bulan.
“Saya ibaratkan ia cinta pandang pertama. Kami baru saja beberapa bulan berkawan dan bertemu selepas saya pulih dari kemalangan dulu. Saya yakin ada keserasian dalam hubungan kami.
“Keluarga juga merestui hubungan kami. Kalau tiada aral, kami merancang berkahwin awal tahun depan. Usianya awal 30-an dan saya suka dia kerana hormatkan wanita dan pandai menghormati orang tua.
“Terus terang, saya juga sudah bersedia bergelar isteri dan memulakan kehidupan berkeluarga. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana belum boleh mengumumkan siapakah gerangan jejaka bertuah itu kerana belum masanya lagi,” katanya.
PROFIL
NAMA SEBENAR: Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross
NAMA KOMERsiol: Catriona Ross
TARIKH LAHIR: 2 September 1980
ASAL: Kota Bharu, Kelantan.
STATUS: Bujang
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada tiga beradik (dua perempuan satu lelaki)
PROFESION: pelakon, pengacara dan model iklan ko mersiol
PENDIDIKAN: Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran)
DRAMA/TELEFILEM: Sephia, Mek Salmah Dari Scotland, Kartina(RTM), drama bersiri 26 episod, Datin Diaries, For mula Luar Biasa, Lagu Cinta Kita, Kalis Cinta
Korban Kala, Atas Nama Cinta, Rafflesia 2, Mengapa Harus Ada Cinta, Hijriatul Sofia
Kasih Shafiqa Berbisiklah, Rohaya Roy, Salina, Banglo Nombor Satu, Bagasi Biru
Komplikasi Camelia dan Formula Luar Biasa
FILEM: Mistik, Chermin dan Qabil Kusry Qabil Igam
PAKAIAN: Calvin Thoo
SOLEKAN: Rizza Amour 0123208530
LOKASI: Lot 10, Jalan Bukit Bintang |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulilah..dah sihat....... |
|
|
|
|
|
|
|
kehidupan mesti diteruskan walau apa pun dugaan yg dtggg... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah cat dah sihat |
|
|
|
|
|
|
|
jadi, amcam ngan gigi die yang patah tu? dia buat implan tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|