View: 4871|Reply: 5
|
dunia hadapi krisis makanan yang serius
[Copy link]
|
|
datuk k baru g dubai tak cakap apa pon..he he he |
|
|
|
|
|
|
|
nanti jadi macam Singapore lah nanti..
tak bleh beli brg byk2 |
|
|
|
|
|
|
|
Krisis makanan global
MERUSUH: Penduduk Mogadishu, Somalia termasuk wanita dan kanak-kanak menyertai tunjuk perasaan membantah harga makanan yang mahal, semalam.
|
Agensi dunia ramal lebih 100 juta penduduk jadi miskin
WASHINGTON: Krisis kekurangan bekalan dan peningkatan mendadak harga makanan utama dunia termasuk beras dan gandum terus meruncing dan mencetuskan inflasi ketika Bank Dunia memberi amaran masalah itu boleh menyebabkan 100 juta penduduk menjadi lebih miskin.
Amaran itu disuarakan ketika sekurang-kurangnya 33 negara di benua Arab, Afrika, Amerika Latin dan Asia seperti di Mesir, Haiti, Indonesia, Zimbabwe, Bangladesh, Filipina, Burkina Faso, Mauritania dan Peru berdepan kesukaran memperoleh makanan akibat harganya yang terlalu mahal sehingga mencetuskan rusuhan ganas yang meragut nyawa.
"Kita sedang berdepan krisis makanan sedunia," tegas Timbalan Presiden Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kevin Cleaver yang mengadakan pertemuan dengan Presiden Filipina, Gloria Arroyo di Manila semalam.
Pegawai kanan Bank Dunia pula menegaskan peningkatan harga makanan yang meningkat dua kali ganda sejak tiga tahun lalu diramal meningkatkan kadar kemiskinan global sebanyak tiga hingga lima peratus. Bagi tempoh 2005 - 2007, harga gandum dunia meningkat 70 peratus, jagung 80 peratus dan produk tenusu, naik dua kali ganda sebanyak 90 peratus.
Agensi lain PBB turut menyalahkan pihak pelabur global dan nilai mata wang dolar Amerika Syarikat yang lemah, sebagai punca utama peningkatan harga makanan dunia.
Lebih membimbangkan, Bank Dunia dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO) menegaskan krisis makanan itu akan berlanjutan. Selasa lalu, FAO menggesa pemimpin dunia menghadiri satu sidang kemuncak awal Jun depan bagi membincangkan krisis kekurangan bekalan makanan yang disifatkan sebagai satu keadaan yang 'darurat'.
| KAWAL KETAT: Seorang pengawal keselamatan Filipina mengawal penduduk yang beratur bagi membeli beras murah di sebuah gudang, di Manila, semalam.
|
"Kejadian rusuhan akibat kekurangan dan peningkatan harga makanan di negara seperti Afrika dan Haiti hanya membuktikan yang kita sememangnya berdepan kekurangan yang amat mendadak," tegas Ketua Pengarah FAO, Jacques Diouf.
Diouf berkata tindakan ramai penduduk berhijrah ke kawasan bandar menyebabkan pengeluaran makanan terjejas, harganya meningkat dan bekalan yang ada pula berada di tahap terendah sejak 1980.
"Kajian Bank Dunia mendapati 100 juta penduduk dunia bakal menjadi mangsa dan menjadi lebih miskin," kata Pengarah Pengurusan Pengurangan Kemiskinan dan Ekonomi Bank Dunia bagi Rantau Amerika Latin dan Caribbean, Marcelo Giugale.
Beliau mendakwa lima faktor menjadi punca ledakan harga makanan termasuk tumpuan kepada usaha penghasilan sumber tenaga biofuel yang berasaskan bijirin, peningkatan kos bahan api, baja serta cuaca buruk di negara pengeluar termasuk Australia yang berdepan kemarau terburuk dalam tempoh 100 tahun.
"Faktor lain peralihan 'selera' masyarakat Asia kepada makanan berasaskan protein daripada sumber daging merah dan ayam yang menyebabkan permintaan bijirin meningkat mendadak".
Sementara itu krisis makanan itu terus mencetuskan masalah di beberapa negara sehingga semalam.
Di Haiti, negara yang mempunyai kira-kira sembilan juta penduduk itu menyaksikan rusuhan yang meragut sekurang-kurangnya lima nyawa sejak minggu lalu.
Rusuhan tiga hari yang menyebabkan penduduk bertindak ganas merompak kedai, juga disambut kecaman 17 daripada 27 Senator Haiti yang menggesa Perdana Menteri Jacques Edouard Alexis, meletak jawatan.
Di Bangladesh, kerajaan negara itu akan mewujudkan bekalan makanan kecemasan menerusi import dan pengeluaran tempatan.
"Kita sememangnya berharap dapat mewujudkan bekalan itu di akhir musim menuai tidak lama lagi," kata pemimpin kerajaan junta, Fakhruddin Ahmed kepada media.
Di Indonesia, ramai penduduknya berpusu-pusu membeli minyak masak pada harga diskaun di Jakarta semalam bagi merebut peluang membeli barangan keperluan berkenaan berikutan peningkatan harganya di pasaran.
Di Zimbabwe, beratus-ratus penduduk Harare, beratur panjang bagi membeli makanan.
Di Mogadishu, lebih 100 penduduk, termasuk wanita dan kanak-kanak menyertai tunjuk perasaan kelmarin, membantah harga makanan yang meningkat. � AFP/AP/Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Agensi lain PBB turut menyalahkan pihak pelabur global dan nilai mata wang dolar Amerika Syarikat yang lemah, sebagai punca utama peningkatan harga makanan dunia.
Nak tanya para forumers, macam mana matawang dollar yang lemah dan para pelabur/kapitalis menyebabkan krisis makanan?
Please dont mention all those craps bahawa penggantian tanaman makanan kepada biofuel menyebabkan kekurangan pengeluaran makanan (yahoo news punyer berita). Thats stupid man!!
Pasal, setiap negara pasti ada mekanisme yang memantau pengeluaran makanan melalui pertanian samada melalui kementerian atau agensi lain.
Adakah semua negara di dunia yang melaksanakan aktiviti pertanian terlalu dungu sehinggakan apabila tanaman untuk biofuel dilaksanakan mereka gagal memantau pengelluaran makanan dari pertanian.!!!Tambbahan krisis ini baru bermula 2005....ikalau tumbuhan biofuel yang ditanam itu adalah tumbuhan jangka pendek logikla...tetapi kebanyakan tumbuhan untuk pengeluaran biofuel seperti Jatropha dan tebu adalah tumbuhan jangka panjang...jatropha adalah sejenis pokok berkayu.
Kalau ada forumers yang ada maklumat mengenai punca krisis makanan sedunia harap kongsikanlah di sini.k |
|
|
|
|
|
|
|
Krisis makanan dunia cemas
NEW YORK 15 April |
|
|
|
|
|
|
| |
|