|
harian metro 10/4
Oleh Elrafaei Sapi
Rap
PESONA penyanyi hitam manis, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 27, tidak pernah hilang daripada tumpuan peminat. Setiap kali Dayang muncul sama ada dalam persembahan pentas atau acara hiburan, peminat setia menanti kehadirannya.
Dayang sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat. Hakikatnya penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta, masih kekal bertahan dalam persada muzik tanah air.
Selama sembilan tahun berjuang dalam bidang seni, penyanyi berusia 27 tahun ini tidak pernah patah semangat walaupun pernah kecewa selepas kecundang bertanding dalam program realiti One In A Million, dua tahun lalu.
Selepas hadir dengan enam album dan terdahulu album Dayang 2007, dia masih meletakkan semangat tinggi dalam menghasilkan album baru pada masa akan datang.
Penyanyi Dayang Sayang Kamu ini mengakui kehadiran album baru amat penting bukan hanya hadiah buat peminat tetapi menjadi satu pencapaian peribadi buatnya.
揚eminat sentiasa mengharapkan album yang dihasilkan seorang penyanyi itu bertambah baik daripada album sebelumnya. Ini penting sebagai tanda kepuasan peminat terhadap kualiti dan minat terhadap muzik yang dipersembahkan.
揝ebagaimana harapan peminat yang tinggi, itu menandakan saya perlu bekerja lebih keras dalam memberikan hasil yang terbaik buat diri sendiri dan juga peminat. Bagi saya, setiap album memberi kepuasan berbeza dan saya juga mahukan yang terbaik untuk album baru yang dihasilkan, |
|
|
|
|
|
|
|
:pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom:
pray for her for coming AIM~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|