CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3044|Reply: 9

pres Iran ragui september 11, 2001

[Copy link]
Post time 17-4-2008 06:25 AM | Show all posts |Read mode
Presiden Iran ragui kejadian 11 September 2001



TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad (gambar) semalam sekali lagi menegaskan keraguannya berhubung versi serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 (9/11).

Beliau juga menggambarkan serangan pengganas terhadap bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York tersebut sebagai satu kejadian yang meragukan.

"Empat atau lima tahun yang lalu satu kejadian yang meragukan berlaku di New York," kata beliau dalam satu perhimpunan di bandar Qom.

"Kejadian itu mengakibatkan sebuah bangunan runtuh dan mereka AS mendakwa 3,000 orang yang nama mereka tidak pernah disiarkan, terbunuh.

"AS kemudiannya menjadikan kejadian itu sebagai alasan untuk menyerang Afghanistan dan Iraq serta mengakibatkan berjuta-juta nyawa terkorban," katanya.

Ini merupakan kali ketiga dalam tempoh seminggu Mahmoud secara terbuka menyatakan kesangsiannya terhadap kejadian serangan terhadap New York dan Washington oleh Al-Qaeda itu.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana perampas pesawat itu boleh mengelakkan diri daripada pengawasan ketat ruangan udara di AS sebelum melanggar bangunan WTC. - AFP


nama2 tu mmg tak pernah disiarkan...   yg aku tahu kawan aku kerja  fdny  dia pun ada masa nak padamkan api tu... 10 funeral dia pergi .. kawan2 dia mati dalam bangunan tu..   
aku mmg suka dgn pres iran mahmoud ahmadinejad ni.. sbb dia ni berani dan tak takut cakap apa kat fikirannya... menasabah argument dia tu.. kira mcm aku ler jugak..   tee hee     kalu beskot tau ni  mampos aku     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2008 07:44 AM | Show all posts
dok cakap banyak tak guna... baek lawan yerk senang.....................
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 08:34 AM | Show all posts
bukan ade ke name di siarkan.. aku pernh bace dalam tenet name2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:19 AM | Show all posts
Iran ni sume benda dier nk ragui
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:40 AM | Show all posts
Pres Iran ni berani sebab dorng ade nuclear power kot. US nk serang pon kene pk 18x dulu...

Originally posted by amazed at 17-4-2008 06:25 AM
pres iran mahmoud ahmadinejad ni.. sbb dia ni berani dan tak takutcakap apa kat fikirannya... menasabah argument dia tu.. kira mcm akuler jugak..   tee hee     kalu beskot tau ni  mampos aku     


off-topic :
Mahmoud ahmadinejad kire mcm ko???  Mcm langit ngan bumi, mcm soyuz  ngn basikal,  mcm cinderella ngn labu...

Btw, rajin tol ko bukak benang byk2 subuh2 nih...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 10:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-4-2008 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by BeskotCekelat at 17-4-2008 09:40 AM
Pres Iran ni berani sebab dorng ade nuclear power kot. US nk serang pon kene pk 18x dulu...



off-topic :
Mahmoud ahmadinejad kire mcm ko???  Mcm langit ngan bumi, mcm soyuz  ngn basikal, ...



laaaaaaaaaaaa ada pulak org tu pagi2 duk mentekedarah beskot pagi2 ek...  well mmg ye dia mcm aku.. hensem, bijak.. rendah diri, hidung mancung, mata bundar...    naper  ko jeles ke.. sbb ko pun nak macam aku... sabar beskot sabar... ko kena baca lagi wirid2 dan hafal doa2 makan dan masuk keluar jamban..  banyak bertasbih sumer  wokey...

aku bangun pagi bulan2 april ni... weyyyyyyy ko luper ke  kan ni bulan religious agama2.. banyak tahajjud  tasbih kifarah doa2  ke hulu ke hilir... tu yang aku sempat TERpost tu.... .
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 03:16 PM | Show all posts
.... pantang nau sebut nama beskot... msti dia muncul... de aura la korang berdua nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2008 04:35 PM | Show all posts
Negara Iran juga meragui kejadian 'Holocaust' orang2 Yahudi semasa perand donia ke-2. Mereka tak percaya sangat dengan teori-teori dan penterjemahan sejarah dan politik orang barat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 09:33 AM | Show all posts
Kejadian 9/11 amat kabur

TEHERAN: Kementerian luar Iran semalam menyokong keraguan yang disuarakan Presiden Mahmoud Ahmadinejad terhadap versi rasmi berhubung serangan 11 September 2001 sambil mengatakan terdapat "banyak kekaburan."

Minggu lalu Ahmadinejad mencetuskan kontroversi apabila beliau menggambarkan serangan udara ke atas New York dan Washington oleh militan Al-Qaeda sebagai 慳cara mencurigakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.056248 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list