|
Apa yang dapat dilihat, masih banyak kelemahan perlu dibaiki padapenganjuran APM 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malamkelmarin.
Apa tidaknya, belum pun acara bermula, kekecohan sudah berlaku di kaunter media.
Ramaiwartawan dan jurugambar tempatan yang membuat liputan pada malam itutidak dapat masuk kerana tiada pas. Malah hampir saja kumpulan mediatempatan sepakat memboikot acara berkenaan.
Selepas berjayamendapat pas, sekali lagi pihak media bertugas ditahan petugas di pintumasuk kerana pas mereka tidak ada nombor tempat duduk.
Tidakcukup setakat itu, selepas APM 2008 berakhir, sekali lagi pihak mediabermasalah untuk menemu bual barisan artis yang menang pula.
Apabila ditanya kepada beberapa petugas di pintu masuk, semuanyamengambil jalan mudah dan memberitahu tidak tahu saja. Langsung merekatidak ada inisiatif membantu kami yang tercegat berdiri di pintu masuk.
Akhirnya, selepas bertanya ke sana ke mari dan wartawan sudah mulacuak, barulah muncul seorang petugas yang memberitahu artis yang menangboleh ditemu bual di `post party' di belakang pentas.
Ketikapihak media sampai di `post party' itu hanya beberapa kelibat artistempatan masih ada seperti Faizal Tahir, Anuar Zain, Estranged danFarah Asyikin. Artis Singapura dan Indonesia bayang mereka pun tidaknampak.
Takkanlah penganjur tidak tahu wartawan dan jurugambarbertugas ada `deadline' untuk menghantar berita dan gambar pada malamitu juga?.
Sepatutnya, lapan tahun menganjurkan acara hiburan ini, penganjursudah matang dan peka dengan tugas wakil media yang membuat liputan.
Ini tidak, masalah ini masih berulang, seolah-olah penganjurmemperlekehkan dan tidak menghormati tugas media yang membuat liputanpada acara mereka?
Janganlah fikir, sekadar meminta maaf padawakil media untuk meredakan kekecohan sebelum acara bermula itu sudahcukup mengembalikan maruah acara yang dianggap berprestij ini.
Sebagai penganjur berpengalaman, mereka seharusnya tidak terlalumemberi tumpuan terhadap aspek persembahan hingga terlepas pandangkeselesaan wakil media bertugas?
Hakikatnya, penganjur perlumelihat segala kritikan dan teguran ini, sekali gus memperbaikikelemahan sedia ada bagi menjadikan acara hiburan ini benar-benar layakuntuk memartabatkan karyawan seni tiga negara serantau.
Bagaimanapun, persembahan artis pada malam itu nampak variasi dan tidakmenghampakan penonton yang membanjiri dewan di Pusat Konvensyen KualaLumpur pada malam itu.
Persembahan pembukaan dimulakan bandtempatan, Meet Uncle Hussain dengan lagu rancak, La la la kerjala danband Singapura, Ahli Fiqir dengan lagunya 2x5 menghangatkan malam yangbaru bermula.
Tanpa membuka baju pun, persembahan Faizal tetapmantap dan bertenaga dengan lagunya Mahakarya Cinta. Faizal turutberduet dengan bintang dari Indonesia, Bunga Citra Lestari.
Persembahan paling dinantikan sudah pasti Siti Nurhaliza yangmenyampaikan lagu Fantasia Bulan Madu yang ditujukan khas kepadakumpulan Search.
Sudah namanya penghibur nombor satu, masalahteknikal tidak menghalang Siti menampilkan yang terbaik pada malam itu.
Begitu juga dengan Dayang Nurfaizah yang mendapat gelaranBeyonce Malaysia, cukup menyerlah menyampaikan lagu Menanti Pasti (laguSiti) dan Dewi yang dipopularkan Dewa 19 dengan versinya sendiri.
Artis tempatan lain yang membuat persembahan, Sofaz (lagu Bukan DiSini), Ferhad (Satu), Elyana (Kalis Rindu), Mila dan Farah Asyikin yangmempunyai kelebihan dari aspek vokal.
Artis Singapura danIndonesia turut tampil dengan persembahan tidak kurang menariknyaseperti Kris Dayanti yang membawa pulang trofi Artis Wanita Terbaikturut menarik perhatian penonton dengan lagunya Semua Jadi Satu.
Kumpulan Matta (Ketahuan), Ihsan, Aliff Aziz (Sayang Sayang), Judika, Hady Mirza (kekasih Gelapku) danTaufik Batisah.
Manakala, persembahan penutup pula menampilkan bintang akademi fantasia3, Mawi dan Ajai pula bergabung menyampaikan lagu Cinta Itu Syurga yangjuga lirik teraklhir dihasilkan Allahyarham Loloq (Rosli Khamis).
Apapun kelemahan APM 2008, acara hiburan ini tetap melakar sejarahcukup bermakna buat karyawan Malaysia kerana mencatat kejayaan palingmembanggakan setakat ini dengan mendominasi lapan daripada 12 kategoriutama dipertandingkan.
Antaranya, kejayaan bintang kontroversi,Faizal Tahir (kategori Artis Lelaki Paling Popular dan Artis LelakiBaru Terbaik) dan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang mempertahankangelaran Artis Wanita Paling Popular selama lapan tahun berturut-turut.
Selain itu, Anuar Zain (Artis Lelaki Terbaik), kumpulan Estranged(Kumpulan Paling Popular dan Lagu Paling Popular (Itu Kamu), Meet UncleHussain (Kumpulan Baru Terbaik) dan Farah Asyikin (Artis Wanita BaruTerbaik).
Tidak ketinggalan, APM 2008 turut memberipengiktirafan kepada dua nama besar dalam industri muzik tempatan,kumpulan KRU (Anugerah Cinta Planet Muzik) dan kumpulan Search(Anugerah Khas Planet Muzik 2008)
APM 2008 dianjurkan MediacorpRadio (Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM) dengan kerjasama Beyond DBB SdnBhd. Ini kali kedua APM dianjurkan di Kuala Lumpur selepas kali pertamapada 2003.
[ Last edited by abgboroi at 23-4-2008 10:12 AM ] |
|