View: 3851|Reply: 11
|
pompuan jadi hero selamatkan lelaki dari jerung!!
[Copy link]
|
|
Wanita jadi hero
SYDNEY - Seorang wanita Australia bergegas berenang dan berjaya menyelamatkan seorang lelaki, Jason Cull yang diserang oleh seekor ikan jerung yang besar, lapor akhbar The Sunday Telegraph semalam.
Wanita itu, Joanne Lucas mendengar Cull meminta tolong ketika dia tiba di pantai Middleton, barat Australia awal kelmarin.
Dia kemudiannya bergegas berenang untuk membantu lelaki tersebut dan berjaya menyelamatkan mangsa dengan kembali semula ke pantai sejauh 80 meter. - AFP
"Saya mendekatinya dan dia menyatakan terima kasih. Seekor ikan jerung menyerang kaki saya," kata Joanne.
Dia yang merupakan seorang guru sekolah berumur 37 tahun berkata, Cull cedera di peha, lutut dan kaki.
Lelaki itu kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Albany selepas menjalani pembedahan di kaki kiri. - AFP
malu lak aku baca ni.. tapi kalu aku kena kejar jerung dan tak boleh buat apa2.. pompuan ke pondan ke.. aku tak kira asalkan tulun ler selamat kan aku... dah nak kena makan jerung ni apa aku kira sapa yg nak selamatkan aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
WoW...Best gak...pompuan jadi hero... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
ekekek...
tapi kalau aku pandai berenangkan...
ko lemas, then kucen ko lemas, aku selamatkan kucen kot, sbb kiut |
|
|
|
|
|
|
|
kalo pompuan bukan heroin ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Perenang cucuk mata jerung terselamat
SYDNEY: Seorang perenang terselamat dari menjadi mangsa jerung dengan mencucuk mata pemangsa laut itu ketika ia mengheretnya mengharungi air selepas mencederakan dengan teruk kaki kiri mangsa.
Jason Cull berenang di pantai barat daya Australia kelmarin apabila diserang haiwan sepanjang empat meter itu.
"Pada awalnya saya menyangka ia ikan lumba-lumba. Saya cuma ingat diheret.
"Saya cuba mencapai insang tetapi terjumpa matanya dan mencucuk dengan jari yang membuatkan ia melepaskan saya," kata Cull kepada akhbar The Australian, semalam.
Jerung berkenaan menggigit kaki kiri Cull dan mengoyakkan separuh betisnya dan menyebabkan luka pada kepala lutut dan pahanya.
Seorang penyelamat mendengar jeritan Cull, 37, dan segera membantunya.
Pihak berkuasa menutup pantai selepas serangan terhadap Cull.
Ikan jerung dilindungi di Australia dan serangan ke atas manusia jarang berlaku.
Kira-kira 42 peratus daripada serangan membabitkan peluncur air atau peluncur angin, menurut Fail Serangan Jerung Antarabangsa beribu pejabat di Amerika.
Australia mencatatkan 12 serangan jerung pada 2007, tetapi tidak membabitkan kematian, di kalangan 71 serangan jerung di seluruh dunia pada tahun itu.
Kadar serangan itu adalah antara yang tertinggi di dunia.
Jurucakap anggota penyelamat pantai, Tom Marron berkata, orang ramai melihat tiga ikan jerung di pantai itu yang sebesar lima meter.
Bulan lalu, seorang remaja diserang jerung di perairan timur dan meninggal dunia. � Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 amazed's post
eleh...
majuk pulak...
main2 je la... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 amazed's post
adehhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|