View: 6015|Reply: 3
|
Skuadron Penangkis Periuk Api Ke-29
[Copy link]
|
|
Pada tahun 1980, di bawah Program Pembangunan TLDM, kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk menggantikan kapal-kapal Penyapu Periuk Api Persisiran Pantai (Coastal Mine Sweeper) jenis 揈x British TON Class |
|
|
|
|
|
|
|
SPP Ke 26 terdiri daripada KD MAHAMIRU, KD JERAI, KD LEDANG dan KD KINABALU. Kapal-kapal ini direkabentuk khas untuk mengesan dan memusnahkan periuk api. Misi utamanya ialah mengekalkan keselamatan perairan negara dan mewujudkan laluan yang bebas daripada ancaman periuk api. Untuk mencapai misi tersebut, tugas SPP Ke 26 meliputi mengesan dan mengenal pasti jenis periuk api, lokasi serta tahap keupayaan periuk api, membuat laluan bebas periuk api dan mengetuai kapal-kapal dalam laluan bebas periuk api. Disamping itu, SPP Ke 26 juga bertanggungjawab dalam mengenalpasti objek bawah permukaan dan menghalang segala usaha masuk melalui penyerapan dan penyeludupan. Peperangan periuk api merangkumi aspek penanaman periuk api (mine laying) dan penangkisan periuk api (mine countermeasures). Keupayaan peperangan periuk api SPP Ke 26 banyak bergantung kepada prestasi dan integrasi peralatan-peralatan yang digunakan. Sistem Penangkis Periukapi (IBIS V) yang asal telah diberi nafas baru dan ditingkatkan dengan 慚ine Warfare Tactical Display System (MTDS) |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap kapal dari SPP Ke 26 juga dilengkapi dengan 2 x Mine Disposal Vehicle (MDV) jenis PAP 104 MK IV dari ECA Spa sebagai Original Equipment Manufacturer (OEM). Pada bulan Disember 2003, PAP 104 MK IV di KD KINABALU telah digantikan dengan 2 x MDV jenis OLISTER buatan syarikat yang sama sebagai peningkatan kepada keupayaan peralatan yang sedia ada agar operasi mengesan dan memusnah periuk api dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan berkesan. Salah satu ciri istimewa yang terdapat pada sistem kuasa gerak SPP Ke 26 adalah Auxiliary Propulsion System (APS). Sistem ini terdiri daripada Hydraulic Power Unit (HPU) dan Auxiliary Propulsion Unit (APU) yang dikawal menggunakan sistem kawalan Auxiliary Propulsion Control System (APCS) atau Enhanced Auxiliary Propulsion Control System (E-APCS). HPU merupakan penjana tekanan minyak hidraulik untuk menggerakkan propulsor (APU) semasa operasi mengesan dan menangkis periuk api. EAPCS merupakan alat kawalan yang mengawal dan memantau operasi HPU dan APU berdasarkan arahan yang diberikan. APCS adalah alat kawalan versi lama. E-APCS dipasang di KD MAHAMIRU dan KD JERAI manakala KD KINABALU dan KD LEDANG masih menggunakan APCS dan menunggu proses peningkatan taraf ke E-APCS. SPP Ke 26 juga dilengkapi dengan peralatan dan aksesori peralatan selam yang membolehkan operasi mengesan dan menangkis periuk api dilaksanakan dengan lebih berkesan. Antaranya adalah alat selam gas campuran (MGBA) jenis Carleton, alat komunikasi bawah air jenama SAFARE model Erus 2, Divers Sonar System Hand Held Sonar jenama EDO WESTERN Model 384A dan Pemampat Udara jenama Bauer. SPP Ke 26 berkemampuan mengesan jenis periukapi dasar dan berupaya menyapu jenis periukapi lampung. Hull SPP Ke 26 diperbuat daripada Glass Reinforce Plastic (GRP) dan jangka hayatnya mampu bertahan sehingga 25 ke 30 tahun sekiranya disenggarakan dengan baik. Pembangunan Peperangan Periuk Api hendaklah sentiasa dititikberatkan agar TLDM terus menerajui bidang Peperangan Periuk Api di rantau ini dalam menuju ke arah 揥orld Class |
|
|
|
|
|
|
| |
|