CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9128|Reply: 50

The Original Peninsula Malay

[Copy link]
Post time 20-5-2008 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Nak tanya pendapat korang.. bagi korang, orang negeri manakah yang paling layak dikategorikan sebagai orang melayu asal semenanjung? Apa yang dimaksudkah di sini ialah asal usul mereka dari semenanjung dan bukannya dari indonesia dan pengaruh kebudayaan mereka masih asli semenanjung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2008 10:59 AM | Show all posts

Reply #1 dCrook's post

kalau dari segi pendapat : kelantan & terengganu

kalau dari segi fakta : tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 11:29 AM | Show all posts
terenggaanu kut

orang asli betul juga kut
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 12:01 PM | Show all posts
aku rasa orang utara iaitu perlis dan kedah, orang kelantan dan orang terengganu. kalau dari negeri lain di pantai barat semua ada pengaruh dari indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 12:06 PM | Show all posts
satu lagi kalau orang pahang, terengganu dan kelantan memang susah nak mengaku ada keturunan india, cina, eropah, arab, jawa, bugis, kerinci, batak, minang, banjar dan lain-lain. kalau orang negeri-negeri pantai barat, suka berbangga dengan asal dari jawa, cina, arab, siam, bugis dan lain-lain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 12:11 PM | Show all posts
jarang sangat orang pantai barat yang tak mengaku tak ada kena mengena dari luar tanah melayu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2008 07:41 AM | Show all posts
aku pure bugis

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 10:19 AM | Show all posts
aku rase orang bahagian utara dan pantai timur paling asli sekali.. bahagian utara kawasan kedah dan perlis. Tapi penang ni dia macam bercampur2 sbb tak salah aku dulu ade komuniti aceh dan jawa yang besar dekat situ. kalau bahagian pantai timur tu aku rase masih pure lagi. Tak salah aku orang kelantan zaman-zaman dlu berkahwin dalam komuniti yang sama jek cuma sekarang baru dah terbuka. Tapi kalau mereka kawin ngan orang patani pon, aku still rasa pure sbb kedua-dua komuniti ni mmg related.

Negeri-negeri lain macam perak, selangor, dll negeri ke selatan tuh, masih ade lagi melayu pure semenanjung tapi bilangan mereka kecik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2008 10:58 AM | Show all posts
kalau kat sarawak, pendudukan awal manusia dikesan seawal 40ribu tahun dulu dengan penemuan rangka manusia di gua niah.

di semenanjung pula, dikatakan perdagangan wujud sejak ribuan tahun dulu semasa dalam zaman mesolitik dengan bukti penemuan barangan tembikar yg sama antara pahang dan vietnam.

zaman mesolitik ni wujud tak silap aku antara 4000 ke 1500 S.M.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 11:27 AM | Show all posts

Reply #7 aizverus's post

dia ade beza antara bangsa dan suku. Contohnya bangsa cina ada byk suku di dalamnya seperti hokkien,hakka dll. Begitu juga bangsa melayu, ada suku kelantan,kedah,pattani,aceh dll. Tapi istilah bangsa melayu ni masih diperdebatkan lagi iaitu sama ada Melayu layak digelar sebagai bangsa. Mungkin kat malaysia kita terima istilah ni, even british sendiri pon terima (sbb diorang yang cap kita melayu awal2) tapi kat indonesia, diorang tak terima sangat istilah ni. Diorang lebih tonjolkan suku-suku diorang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 12:16 PM | Show all posts
aku ada ramai member pantai timur, belah utara

yang pantai timur kata ramai dorang keturunan siam, bugis, arab, pattani india...
ada sorang member aku kata moyang dia keturunan kerinci...

yang belah utara ramai keturunan siam n india...

setau aku semua kepulauan melayu ni memang org melayu....termasuklah dari indon, siam, kemboja, etc...

semo owang melayu la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 12:46 PM | Show all posts

Reply #12 namakurahsia's post

kengkadang aku rase orang yang btol2 darah pure pon tak nak mengaku dia pure.. sbb lagik best kalo ade darah campur
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 01:54 PM | Show all posts
..nk mncari perbezaan,bersikap assabiyah,bangga dgn puak&etnik...makin jauh ler,makin luas jurang,makin susah perpaduan serumpun bangsa.  kalau nawaitu nk merapatkan persaudaraan,mncari persamaan....jelas,banyak yg kita kongsi berasal dr satu 'akar'....krn masa,zaman,pengaruh asing,agama,koloni,empayar.....cabang yg tumbuh berbeza namun asal dr pohon yg sama.

*nk cari beza contohnya,Sultan Selangor & Johor jelas org bugis...apsal deme diperakui sbg raja2 MELAYU ?? smua rumpun nusantara asal sama. yg lebih mnyatukan kita adalah agama(majoritinya Islam)...mamak maideen pun bleh mngaku melayu...arab hadhrami pun mngaku melayu...  suka mncari beza kesukuan ni peninggalan jahilliyyah & yahudi utk kita sntiasa rasa curiga sesama sndri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 04:15 PM | Show all posts

Reply #14 kuda-liar's post

yahudi pon suke cari beza kesukuan antara diorang ga ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 08:09 PM | Show all posts
Ini adalah pendapat Graham K. Brown (pakar sejarah politik) dakam bukunya yang membahas perbandingan terbentuknya identitas politik di Indonesia dan Malaysia (The Formation and Management ofPolitical Identities: Indonesia and Malaysia Compared), mengutipcatatan sejarah: pada masa kesultanan Malaka, 擬elayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2008 09:41 AM | Show all posts

Reply #16 jf_pratama's post

Pada abad ke 18 dan awal 19, orang-orang melayu di semenanjung kesemuanya di kelaskan mengikut suku masing-masing oleh inggeris. Tetapi menjelang akhir abad ke 19, kesemua suku-suku ini dipayungkan di bawah satu nama iaitu Melayu. Dari sini semangat kesukuan itu telah hilang, yang timbul adalah semangat survival satu bangsa. Islam dan melayu itu sinonim bagai isi dengan kuku. Penjajah portugis telah memperhambakan orang melayu dan ada yang dikristiankan secara paksa. Kerana tidak mahu perkara ini berulang inilah melayu mesti islam di dalam perlembagaan malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2008 12:18 AM | Show all posts
Originally posted by dCrookat 20-5-2008 10:54 AM
Nak tanya pendapat korang.. bagi korang, orang negeri manakah yang paling layak dikategorikan sebagai orang melayu asal semenanjung? Apa yang dimaksudkah disini ialah asal usul mereka dari semenanjung dan bukannya dari indonesia dan pengaruh kebudayaan mereka masih asli semenanjung.


Penduduk asal Semenanjung dikenali sebagai Orang Jawi. Gelaran 'Orang Jawi' adalah panggilan khusus kepada penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu yang meliputi Semenanjung Malaysia, selatan Thailand dan selatan Myanmar...

Mereka adalah penduduk jati dan pemilik sebenar tanah Semenanjung, dan bukannya pendatang dari Indonesia seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak yang berniat jahat. Orang Jawi telah menetap dan membuat penempatan di hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu....

Selepas kedatangan Islam di Semenanjung Tanah Melayu, Orang Jawi telah terbahagi kepada 2 kumpulan utama iaitu Orang Jawi yang beragama Islam dan Orang Jawi yang berfahaman animisme. Di bawah Perlembagaan Malaysia, Orang Jawi yang beragama Islam kini dikenali sebagai Orang Melayu manakala Orang Jawi yang berfahaman Animisme dikenali sebagai Orang Asli....

Orang Jawi di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis

  • Orang Jawi di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis telah mendirikan Kerajaan Kedah Tua di utara Semenanjung.
  • Keturunan Orang Jawi di tiga buah negeri ini masih wujud. Mereka adalah Orang Asli dan sebahagian besar orang-orang Melayu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis yang wujud sekarang.

Orang Jawi di Kelantan dan Patani

  • Orang Jawi di Kelantan dan Patani pernah mendirikan beberapa buah kerajaan purba seperti Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Pan-Pan dan Kerajaan Chi-Tu.
  • Keturunan Orang Jawi di dua buah negeri ini masih wujud. Mereka adalah Orang Asli dan sebahagian besar orang-orang Melayu Kelantan dan Patani yang wujud sekarang.

Orang Jawi di Terengganu

  • Orang Jawi di Terengganu pernah mendirikan sebuah kerajaan purba di Terengganu yang dikenali sebagai Kerajaan Tan-Tan.
  • Mereka adalah berasal dari keturunan Orang Jawi dari Kelantan-Patani.
  • Keturunan Orang Jawi di negeri Terengganu masih wujud. Mereka adalah Orang Asli dan sebahagian besar orang-orang Melayu Terengganu yang wujud sekarang.

Orang Jawi di Perak

  • Orang Jawi di Perak pernah mendirikan beberapa buah kerajaan purba seperti Kerajaan Gangga Negara (yang kemudiannya dikenali sebagai Kerajaan Beruas), Kerajaan Raja Roman dan Kerajaan Tun Saban.
  • Keturunan Orang Jawi di negeri Perak masih wujud. Mereka adalah Orang Asli dan sebahagian besar orang-orang Melayu Perak yang wujud sekarang.

Orang Jawi di Johor

  • Kisah mengenai Orang Jawi di negeri Johor ada diceritakan di dalam kitab Sejarah Melayu.
  • Orang Jawi di Johor pernah mendirikan sebuah kota purba yang dikenali sebagai Kota Gelanggi atau Kota Linggiu, yang dipercayai sebagai pusat pemerintahan pertama Srivijaya sebelum berpindah ke Palembang.
  • Keturunan Orang Jawi di negeri Johor masih wujud. Mereka adalah Orang Asli dan sebahagian kecil orang-orang Melayu Johor yang wujud sekarang.
  • Walau bagaimanapun, majoriti orang-orang Melayu Johor pada hari ini wujud hasil dari perkahwinan campur di antara Orang Jawi Johor dengan suku-suku dari Indonesia seperti Jawa, Bugis, Minangkabau dan sebagainya.

Orang Jawi di Pahang

  • Orang Jawi di Pahang sebenarnya adalah berasal dari keturunan orang-orang Jawi dari negeri-negeri jiran seperti Kelantan, Terengganu, Perak dan Johor.
  • Kawasan penempatan mereka lebih tertumpu di daerah pedalaman seperti daerah Bentong, Temerloh, Raub, Lipis, Maran dan Jerantut.
  • Sementara itu, kawasan pesisir pantai Pahang pula didiami oleh orang-orang Khmer yang telah berhijrah ke Pahang. Mereka telah mendirikan Kota Pahang atau Kota Biram atau Kota Muang Pahang (ada dicatatkan di dalam kitab Sejarah Melayu), yang kini telah pun tenggelam ke dasar Tasik Chini.
  • Keturunan Orang Jawi di negeri Pahang masih wujud. Mereka adalah Orang Asli dan sebahagian besar orang-orang Melayu Pahang yang wujud sekarang, khususnya yang tinggal di daerah pedalaman.

Orang Jawi di Melaka

  • Sebelum ketibaan Parameswara dan para pengikutnya, negeri Melaka telah pun didiami oleh Orang Jawi yang dikenali sebagai Orang Laut, dari suku Orang Selat.
  • Salah satu faktor yang membuatkan Parameswara dan para pengikutnya mengambil keputusan untuk mendirikan kerajaan baru di Melaka adalah kerana baginda sendiri telah diminta oleh penduduk tempatan (yakni Orang Laut Melaka) untuk menjadi ketua dan pemimpin mereka.
  • Keturunan Orang Jawi di negeri Melaka masih wujud. Mereka adalah Orang Asli dan sebahagian kecil masyarakat Melayu Melaka.
  • Walau bagaimanapun, majoriti orang-orang Melayu Melaka pada hari iniwujud hasil dari perkahwinan campur di antara Orang Jawi Melaka dengansuku-suku dari Indonesia seperti Minangkabau, Bawean (Boyan) dansebagainya.

Orang Jawi di Selangor

  • Sebelum ketibaan orang Bugis dan orang Minang, negeri Selangor telah pun didiami oleh orang Jawi.
  • Orang Jawi pernah menetap di sekitar Jenderam Hilir, sebuah tempat di Selangor yang pernah menjadi antara pelabuhan dan pusat perdagangan yang terawal di Malaysia iaitu pada abad ke-6 Masihi.
  • Selain Jenderam Hilir, sebuah lagi tempat yang pernah menjadi penempatan Orang Jawi ialah Sungai Lang iaitu sebuah tempat di Selangor yang dipercayai pernah menjadi penempatan masyarakat purba Zaman Gangsa Besi.
  • Keturunan Orang Jawi di negeri Selangor masih wujud. Mereka adalah Orang Asli dan sebahagian kecil orang-orang Melayu Selangor.
  • Walau bagaimanapun, majoriti orang-orang Melayu Selangor pada hari ini wujud hasil dari perkahwinan campur di antara Orang Jawi Selangor dengan suku-suku dari Indonesia seperti Jawa, Bugis, Minangkabau dan sebagainya.

Orang Jawi di Negeri Sembilan

  • Masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan yang masih wujud masa kini adalah satu-satunya keturunan Orang Jawi yang masih wujud di negeri tersebut.
  • Ini adalah kerana hampir keseluruhan masyarakat Melayu Negeri Sembilan pada hari ini adalah dari keturunan orang Minangkabau.
Menjawab soalan dCrook, orang-orang Melayu di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu serta orang-orang Melayu di selatan Thailand dan Myanmar adalah yang paling layak dikenali sebagai penduduk asal Semenanjung. Tidak dilupakan juga, Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand.

Mereka inilah penduduk jati Semenanjung yang dikenali sebagai Orang Jawi. Sebahagian besar orang Melayu di negeri-negeri tersebut masih mengalirkan darah jati Orang Jawi. Kebudayaan dan adat mereka juga adalah kebudayaan asli Semenanjung
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 01:33 AM | Show all posts
Originally posted by jf_pratama at 21-5-2008 08:09 PM
Kemudian Malaysia membuat definisi sendiri mengenai Melayu dalam konstitusinya yang secara "ilmiah" tidak dapat dipertanggung-jawabkan.... Mana mungkin konsep genetik/kaum kemudian dicampur-adukan dengan agama, dalam hal ini islam....


Definisi 'Melayu' dalam Perlembagaan Malaysia adalah berasal dari hasil pemikiran Hamka. Hamka pernah berkata, "sesiapa yang mengamalkan budaya Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam, maka dia dianggap sebagai orang Melayu."
  • Budaya Melayu menurut kata-kata Hamka itu adalah budaya pribumi masyarakat Nusantara termasuklah budaya orang Jawa, orang Bugis, orang Kelantan, orang Kedah, orang Brunei dan sebagainya.
  • Bahasa Melayu menurut kata-kata Hamka itu merujuk kepada bahasa Melayu tinggalan warisan Kerajaan Melayu, yang kemudiannya disebarkan penggunaannya ke seluruh Nusantara oleh Kerajaan Srivijaya. Pada zaman dahulu, sesiapa yang tidak tahu berbahasa Melayu maka dia dianggap sebagai ketinggalan zaman. Suatu ketika dahulu, penduduk Kepulauan Maharlika (Filipina) juga tahu berbahasa Melayu.
Hasil pemikiran Hamka ini sebenarnya diinspirasikan daripada kata-kata Nabi Muhammad S.A.W, iaitu "sesiapa yang bertutur bahasaku (bahasa Arab) dan mengamalkan budayaku (budaya Arab), maka dia dianggap sebagai kaumku (orang Arab)." Itu sebabnya mengapa penduduk di Afrika Utara (Mesir, Libya, Algeria) dan Timur Tengah (Palestin, Jordan) menganggap diri mereka sebagai orang Arab, sama seperti orang Arab di Semenanjung Tanah Arab.

Dalam definisi 'Melayu' oleh Hamka, beliau telah menambah 'Islam' sebagai syarat wajib untuk menjadi orang Melayu kerana Islam adalah agama yang paling ramai pengikutnya di Nusantara. Agama Islam mendapat tempat yang sangat istimewa di hati penduduk Nusantara. Penduduk Nusantara juga menerima Islam dengan hati yang terbuka, tanpa sebarang paksaan. Malahan, penduduk Filipina dahulunya juga beragama Islam sebelum dipaksa oleh penjajah Sepanyol menukar agama kepada agama Kristian.

Seperti kata dCrook sebelum ini, penduduk Semenanjung telah diperhambakan dan ada yang diKristiankan secara paksa oleh penjajah Portugis. Dari situ, penduduk Semenanjung telah mengambil pengajaran dengan menjadikan agama Islam sebagai salah satu syarat untuk menjadi Orang Melayu.

Definisi 'Melayu' oleh Hamka ini diterima baik di Malaysia, Singapura dan Brunei tetapi tidak diterima di negara asal Hamka sendiri, iaitu Indonesia. Tindakan dan sikap rakyat Indonesia yang lebih senang mengamalkan amalan kesukuan ini (seperti suku Jawa, suku Batak, suku Bugis, suku Sunda dan sebagainya) akan membawa kerugian kepada Indonesia sendiri. Sikap kesukuan itulah yang akan menjadi punca perpecahan rakyat Indonesia....

[ Last edited by  ijad_adiputera at 6-6-2008 01:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 01:49 AM | Show all posts
Originally posted by aizverus at 21-5-2008 02:59 AM
senang kata, tak de melayu pure sebab melayu ni pun bangsa campuran...

cuba tanya org...bangsa apa...mesti dia jawab melayu...

then tanya lagi...campur dengan...?

mesti dia sambung jawab punya...kalu tak cina, patani, siam, jawa, bugis dan lain2...

so..mana pure malay?

so, jawapannya..there is no 'malay' as race...we are malay...by genetic


Yes! You are right. I'm totally agree with you... Hamka sendiri pernah berkata, "Orang Melayu yang berasal dari Kerajaan Melayu itu sudah tiada lagi. Mereka telah berkahwin campur dengan suku-suku yang lain. Namun, bahasa mereka iaitu Bahasa Melayu tetap hidup subur dan menjadi bahasa utama di Nusantara hingga ke hari ini."

Kerajaan Srivijaya telah memainkan peranan yang penting dalam penyebaran pengunaan bahasa Melayu di seluruh Nusantara. Selepas Kerajaan Melayu diserang Srivijaya, penduduk Srivijaya telah mengadaptasikan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerajaan mereka. Setelah Srivijaya menguasai sebahagian besar Nusantara, mereka turut menyebarkan Bahasa Melayu kepada penduduk tempatan di Semenanjung, Borneo dan Filipina.

Dalam erti kata yang lain, penjajahan Srivijaya ke atas Semenanjung adalah punca utama mengapa penduduk Semenanjung pada hari ini berbahasa Melayu. Sekiranya Srivijaya tidak menjajah Semenanjung, mungkin bahasa rasmi negara Malaysia hari ini bukan bahasa Melayu tetapi bahasa lain....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2008 10:39 AM | Show all posts
Definisi 'Melayu' dalam Perlembagaan Malaysia adalah berasal dari hasil pemikiran Hamka. Hamka pernah berkata, "sesiapa yang mengamalkan budaya Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam, maka dia dianggap sebagai orang Melayu."


Aku rasa, mungkin sbb pernyataan ni la Pramoedya tak suke kat Hamka.

Ijad, bukan ke Jawi tu adalah Jawa dalam bahasa Arab? Tak salah aku orang arab kalau nampak orang dari sebelah sini, dia akan kate orang tu orang Jawi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.069388 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list