CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10863|Reply: 36

Jose Rizal yang Luar Biasa --

[Copy link]
Post time 10-6-2008 07:55 AM | Show all posts |Read mode
Keluarbiasaan Jose Rizal
Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN

Bagaimanakah lelaki ini membangkit semangat perjuangan menentang penjajahan di Asia?


Jose Rizal

KEMERDEKAAN merupakan nikmat asasi yang paling berharga bagi sesuatu bangsa. Nikmat kemerdekaan bererti membebaskan diri daripada belenggu penjajah, cengkaman ekonomi asing dan paling penting ialah menentukan hala tuju sesebuah negara menurut acuan dan perspektif bangsa itu sendiri.

Tentu sekali nikmat kemerdekaan ini dapat dicapai melalui proses perjuangan dan tribulasi yang panjang. Ia memerlukan pengorbanan yang besar daripada para pejuang dan rakyatnya.

Dalam hal ini, gerakan-gerakan kemerdekaan dipimpin oleh tokoh-tokoh besar dalam sesebuah negara yang menuntut pengorbanan nyawa, wang ringgit dan sebagainya.

Ada juga yang sempat melihat hasil perjuangan kemerdekaan, namun tidak kurang juga yang tidak sempat melihat dan merasa nikmat kemerdekaan itu. Kesemuanya ditinggalkan dan dinikmati oleh generasi seterusnya.

Dalam konteks gerakan kemerdekaan di Asia, ramai tokoh-tokoh besarnya telah memberi sumbangan yang tidak ternilai bagi pencapaian proses kemerdekaan sesebuah negara yang dipimpinnya.

Antaranya Mahatma Ghandi, Allahyarham Dato' Onn Jaafar, Allahyarham Tunku Abd. Rahman, Dr. Sun Yat Sen dan lain-lain lagi.

Di antara beberapa butir permata atau tokoh besar yang telah membuat sumbangan yang berharga untuk mengubah wajah Asia yang pernah suatu masa dahulu dijajah ialah Jose Rizal.

Beliau dianggap sebagai pembangkit semangat perjuangan menentang penjajahan asing demi membulatkan keyakinan atas hak kemerdekaan bagi setiap bangsa.

Menurut Fidel Ramos, bekas Presiden Republik Filipina dalam satu ucapannya menyifatkan Jose Rizal sebagai, "Wira sejagat yang hidup dan matinya berjuang untuk cita-cita luhur yang mengatasi batas etika, budaya dan sempadan agama dan beliau harus diingat sebagai seorang yang mempunyai wawasan yang jauh dan luar biasa di mana satu abad lalu telah membangkitkan semangat kebangkitan Asia".

Menurut Allahyarham Prof. Dr. Syed Hussein Al-Attas dalam kata pengantarnya kepada novel besar Rizal, Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Aku), "Rizal adalah manusia baru Asia Tenggara yang berusaha dengan pelbagai pengorbanan untuk kemerdekaan dan membangunkan tanah airnya.


Jose Rizal - National Hero of the Philippines

Tujuan hidupnya telah dipusatkan kepada cita-cita yang murni ini. Segala tulisan-tulisan Rizal berkisar pada masalah kemerdekaan, penindasan dan pendidikan dalam erti yang luas."

Rizal memang seorang yang luar biasa dan menurut Allahyarham Prof. Dr. Syed Hussein Al-Attas lagi, "Rizal adalah pengamat sosiologi yang pertama di AsiaTenggar. Bakatnya sangat luas. Bukan hanya beliau itu doktor mata, tetapi juga penyair, ahli pahat, penulis novel, sejarawan, penganjur pendidikan bangsa sekali gus pemikir yang agung."

Austin Coates dalam bukunya, Rizal: Philippine Nationalist and Martyr menyatakan, Rizal mempunyai kecintaan yang amat besar pada ilmu pengetahuan.

Pada usia 16 tahun beliau telah memperoleh gelaran ijazah Sarjana Muda, bahkan dalam usia lima tahun telah pun memahami kitab Injil dan pada usia sembilan tahun telah mempelajari bahasa Latin.

Pada tahun 1882, Rizal belajar di Universiti Central de Madrid dan tiga tahun kemudiannya memperoleh gelaran doktor falsafah (Phd) dalam bidang falsafah dan sastera di samping digelar doktor dalam perubatan.


SEGALA tulisan Rizal dalam bukunya ini berkisar
tentang kemerdekaan, penindasan dan pendidikan


Menurut Coates, Rizal mempunyai kesukaan mengembara ke luar negara dan berkenalan dengan sarjana-sarjana terkenal. Kesemuanya membentuk pemikirannya yang akhirnya mencurahkan bakti kepada negara tercinta.

Relevansi pemikiran Rizal dalam konteks Asia dapat dilihat dalam pelbagai sudut seperti hak asasi manusia, keagamaan, penindasan dan pendidikan.

Kesemuanya ini diungkapkan dalam buku Jose Rizal and the Asian Renaissance. Dari sudut keagamaan, beliau mengkritik golongan gereja yang berselindung di bawah nama agama menindas para pengikut agama Kristian dengan membina kekayaan dan kemewahan.

Kritikan Rizal sebenarnya menyingkap ketamakan golongan agama yang bekerjasama dengan kolonial Sepanyol menindas rakyat.


Rakyat Filipina yang kurang pendidikan dengan mudah tertipu dengan manipulasi golongan gereja. Hal-hal seumpama ini masih berlaku di Asia dan jika dikaitkan dengan persoalan keislaman, masih terdapat golongan ulama yang mengutamakan agama untuk kepentingan politik dan mentafsir sesuatu untuk mengabsahkan kebenaran tindakan pihak-pihak tertentu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

saya suka baca sejarah2 individual.. dari kecil lagi.. dan jose adalah salah seorang
pejuang kemerdekaan asia tenggara yang saya suka baca cerita mengenainya -
saya baca tentang jose since saya 11 tahun - dan perjuangannya memang
bagi semangat untuk berjuang dan kebijaksanaannya jadi motivation untuk
berjaya --  seorang yang mempunyai pemikiran yang luas - banyak pengalaman -
kawan2 filipino saya pun banyak buat discussion tentang jose masa kita discuss
tentang kemerdekaan negara etc -

dia ni kiranya bawa reformasi baru pada philippines (lama dah lebih 100 years ago
actually - dia mati pun dalam 1896).. and most of this kind of revolutionist kena
execute - and jose wasn't exception - mati dengan execution - firing squad -
sedih baca cerita last2 days of his life - tapi very touching and moving -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2008 08:44 AM | Show all posts
masa sekolah menengah rendah tau gitu-gitu je pasal dia ni sebab tak dihurai dgn mendalam tapi lepas baca teks stpm last year tak sangka dia begitu hebat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 02:48 PM | Show all posts
dia memang marvelous, dia salah sorang yg meniup api revolusi utk asia bebas dr penjajahan..salute la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 03:00 PM | Show all posts
tp ada gak yg mengatakan Jose Rizal ni beragama islam..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 06:14 PM | Show all posts

Reply #4 reddots's post

Dia Katolik, tapi dia excommunicated oleh gereja Katolik kerana penulisannya "Noli Mi Tangere", yang mengutuk paderi. Sekarang debat masih berjalan sama ada dia Katolik atau freethinker.

Tapi setahu saya dia ni dilabelkan sebagai "The pride of the Malay race" oleh sesetengah Filipino (not that I agree with it).
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 06:58 PM | Show all posts
^ dia malay race kan??
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-6-2008 07:50 PM | Show all posts
Originally posted by reddots at 10-6-2008 03:00 PM
tp ada gak yg mengatakan Jose Rizal ni beragama islam..



jose roman catholic tapi memang dia ada sedikit pertelingkahan dengan church -
cuz of his book  - -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2008 07:54 PM | Show all posts
Originally posted by snowflakes at 11-6-2008 06:58 PM
^ dia malay race kan??


don't think so -
dia descent  chinese and filipino -
ada darah spanish dan japanese from
great great grandfather -

tapi  not malay though  -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 12:54 AM | Show all posts
Dia diconsider Malay, saya rasa orang Filipino pun consider diorang Malay, sebab diantara gelaran yang diberi kpd Joze Rizal ialah "The Pride of The Malay Race" oleh Rafael Palma dan "The Great Malayan" oleh Carlos Quirino.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2008 07:25 AM | Show all posts
Originally posted by jaundice at 12-6-2008 12:54 AM
Dia diconsider Malay, saya rasa orang Filipino pun consider diorang Malay, sebab diantara gelaran yang diberi kpd Joze Rizal ialah "The Pride of The Malay Race" oleh Rafael Palma dan "The Great M ...



gelaran tu memang diberikan pada jose...
because of his perjuangan.. -
but then... consider malay is not the same
as he's actually a malay -

tu dari segi perspective descendant..  
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 08:53 AM | Show all posts
jaundice & dexa:  kiranya dia ni diiktiraf 'keluar dari agama roman katolik' la ya?

snowflakes: dia di percayai malay sbb nama RIZAL tu..  klu kat nusantara ni, Rizal hanya nama2 bagi org melayu kan?

tengok kat jejak rasul dulu..

kemuskilan agama dan bangsa Jose Rizal ni berakar umbi dari nama Rizal tu la..
ada yg mengatakan dia Islam dan bangsa Moro (melayu filipina).
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 08:12 PM | Show all posts

Reply #12 reddots's post

Nama Rizal tak semestinya menyatakan die Islam...salah satu nama etnik Melayu, mungkin, bole jadi.

Tapi ape yang pasti, Jose Rizal adalah salah seorang tokoh yang bertanggungjawab meniup semangat bagi Asia membebaskan diri dari penjajahan barat. Beliau setaraf dengan Suharto, Dato Onn Jaafar, Ho Chi Minh, Mahatma Gandhi dan Pandit Jawaharlal Nehru...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 03:42 PM | Show all posts

Reply #12 reddots's post

"jaundice & dexa:  kiranya dia ni diiktiraf 'keluar dari agama roman katolik' la ya?"

Dia di "excommunicated" oleh gereja Roman Katolik. Sebab inilah dia tidak dapat berkahwin dengan kekasihnya mengikut gereja, sebab gereja tak iktiraf.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 11:19 AM | Show all posts

Reply #14 jaundice's post

Teringat masa zaman Renaisance di Eropah...kuasa gereja atau Pope melampaui kuasa pemerintah hingga berlakunya korupsi atas nama agama...petualang yang muncul akibat fenomena ini ialah Martin Luther, pengasas mazhab Protestant (Protes kepada fahaman mazhab Roman Catholic yang banyak kali melakukan korupsi atas nama agama Kristian)

Power corrupts...memang betul pepatah ini, walaupun yang memegang tampuk kekuasaan adalah dikalangan orang-orang agama yang sepatutnya bole jadi lebey baik dari orang lain....Adakah di kalangan orang Islam juga akan muncul golongan yang sanggup menggunakan agama demi mencapai cita-cita politik menjadi pemerintah dan menjadi korup?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 03:35 PM | Show all posts


di plat gangsa tugu besar ni ada tertulis :


"Herewith we remember the fortitude of our noble countrymen-
with Rizal (Dr. Jose Rizal) in the forefront
And Lapu-Lapu as forerunner;
Two proud sons of the Malay race
Symbols of harmony in diversity and respect for each other's credo, strata and religion."



Lapu-lapu adalah Raja Melayu di kepulauan Visaya yg mana telah mmbunuh Ferdinand Margellan..

Lapu-Lapu pnh berinteraksi dgn Henry the Black atau Panglima Awang..Beliau juga seorg melayu..hmba yg dtg dr Melaka..

malangnya..interaksi antara dua tokoh itu tak capai kata spakat dan berlaku la pertmpuran sngit hingga mmbunuh beribu krew2 Ferdinand termasuklah Ferdinand itu sndiri..



Jose Rizal juga seorg Malay.Bliau bjuang hingga ke titisan yg terakhir.Pjuangannya telah mmberi Inspirasi kepada sluruh asia tenggara.Beliau telah mluahkn isi hatinya terhadap pnindasan pjajah Sepanyol dalam setiap karya2nya.

Beliau juga dikatakn beragama Islam.Waallahualam..


credit 2 cronicle86..(copy dari thread perihal raja melayu..dan info2)

even org philippines pun masih bertekateki dgn agama dan bangsa Jose Rizal ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2008 10:35 PM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 12-6-2008 08:12 PM
Nama Rizal tak semestinya menyatakan die Islam...salah satu nama etnik Melayu, mungkin, bole jadi.

Tapi ape yang pasti, Jose Rizal adalah salah seorang tokoh yang bertanggungjawab meniup seman ...



actually bapa jose  - Francisco Engracio Rizal Mercado y Alejandra II ( died 2 years after jose's death)  
ambil nama  Rizal tu dari nama Ricial - meaning green fields -

anyway  - actually - Mercado tu family name - tapi jose dropped that surname - ambil
second surname Rizal - as his surname - became  Jose Protasio Rizal -

it has no connection whatsoever with malay race at all - i reckon though -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2008 10:52 PM | Show all posts



Rizal, just before his execution





A photographic record of Rizal's execution in
what was then Bagumbayan.



Rizal's tomb in Paco Park (formerly Paco Cemetery).





Rizal Park, Manila
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 11:10 PM | Show all posts
off topic sikit...tapi kebykan org2 pilipin ni lebih suka & bangga kalau dorang ada darah sepanyol
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 01:59 AM | Show all posts

Reply #19 orglama's post

sayang sgt diorang kat bangsa yang menjajah negara mereka sendiri.......... nama negara pun pakai nama raja sepanyol..........
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 03:32 AM | Show all posts

Reply #20 BeachBoys's post

sama mcm sekarang. askar2 melayu yg menentang jepun dan komunis dulu adalah sebenarnya dari rejimen inggeris
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.079738 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list