CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4274|Reply: 3

species meranti kat kelantan terbesar & tertua di dunia!!

[Copy link]
Post time 14-6-2008 09:02 PM | Show all posts |Read mode
Spesies terbesar di dunia

Oleh Betty Subaryati dan Nor Fazlina Abd Rahim.








HUTAN hujan Khatulistiwa negara sememangnya kaya dengan flora dan fauna. Lantaran itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan baru ditemui dari semasa ke semasa di negara ini menerusi ekspedisi yang dijalankan agensi kerajaan atau saintis, khususnya di kawasan hutan simpan.

Penemuan spesies Meranti Bukit yang nama saintifiknya, Shorea platyclados, yang dipercayai terbesar di dunia dalam Hutan Simpan Relai di Hulu Kelantan, menjadi lambang kekayaan hutan negara ini.

Pohon balak Meranti Bukit setinggi 40 meter dengan ukur lilitnya mencapai 14.3 meter yang dianggarkan berusia lebih 1,000 tahun itu, kini menjadi kebanggaan Jabatan Perhutanan Kelantan yang mahu berusaha memastikan kekayaan alam semula jadi itu terus dipertahankan demi generasi akan datang.

Justeru, sejak ditemui oleh Pengawas Hutan Manik Urai, Razaman Omar bersama lima petugasnya, ketika mereka menjalankan tugas merintis sempadan di kawasan itu pada Julai 2005, hutan yang menempatkan tumbuhan terbabit segera diwartakan sebagai lokasi larangan bagi mengelak sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan tumbesarannya.

Pengarah Perhutanan Kelantan, Wan Yusoff Wan Ahmad, berkata jabatan itu menerima peruntukan RM300,000 daripada kerajaan negeri sejak dua tahun lalu bagi membiayai proses penjagaan dan pemeliharaan tumbuhan gergasi terbabit yang kini sedang rancak dijalankan.

"Setakat ini, kami sudah membina takungan air dan pemasangan jubin pada keseluruhan dinding dan lantai sekitar pokok terbabit. Kami merancang pembinaan sebuah wakaf untuk kemudahan pelawat ke kawasan ini serta menyiapkan tangga konkrit mengikut kecerunan tanah serta memasang pembetung konkrit untuk memastikan sekeliling pohon meranti ini selamat daripada gangguan pelawat.

"Kita juga akan membina semula laluan masuk ke pokok ini sejauh tujuh kilometer dari Jalan Kuala Krai-Gua Musang kerana laluan ketika ini agak sukar dilalui kerana curam kerana selepas dikuatkuasakan sebagai Taman Warisan Alam, ia akan dibuka kepada kunjungan orang ramai," katanya ketika meninjau pohon Meranti Bukit itu bersama Berita Harian, baru-baru ini.

Di sekitar kawasan penemuan Meranti Bukit itu, ada sekurangnya empat lagi spesies sama tetapi kebanyakannya sekadar mempunyai ukur lilit antara 50 hingga 60 sentimeter, kerana masih muda berbanding meranti bukit pertama ditemui itu.

Wan Yusoff berkata, selain itu, jabatannya juga akan menjadikan kawasan hutan kawasan itu yang banyak menempatkan spesies meranti bukit untuk dijadikan pusat pelancongan biodiversiti yang berguna kepada pelajar sebagai bahan rujukan mencari sumber ilmu mengenai perhutanan.

Kawasan sekitar meranti bukit itu kini menjadi Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi (High Conservation Value Forest atau HCVF dan Taman Warisan Alam (TWA) sebagai satu lagi tambahan kepada destinasi eko pelancongan sedia ada negeri ini.

Sepanjang laluan ke situ juga, pelawat boleh menikmati keindahan dan keajaiban semula jadi seperti gua batu kapur setinggi kira-kira 40 meter yang turut menjadi habitat lebah madu yang bersarang di sekeliling gua berkenaan.

Selain itu, Jabatan Perhutanan juga akan membina pondok untuk menempatkan renjer hutan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan sumber asli kawasan itu yang dijangka disiapkan tidak lama lagi.

Wan Yusoff berkata, pihaknya masih memerlukan kira-kira RM300,000 lagi bagi tujuan pembinaan prasarana seperti pintu gerbang dan trek hutan sebagai kemudahan pelawat khususnya pelancong dan penuntut yang ingin mempelajari sumber asli hutan.

Katanya, pokok meranti bukit tertua itu terletak dalam Kompartmen 64 Hutan Simpan Relai dalam jajahan Gua Musang iaitu kawasan dicadangkan sebagai TWA yang turut membentuk sebahagian ekosistem `Hutan Dipterokarpa Bukit Atas' yang sensitif dan perlu dilindungi.

"Secara dasarnya projek ini menekankan pemeliharaan hutan dipterokarpa bukit atas dengan dirian meranti bukit terbesar dan tertua sebagai ciri tarikan utama. Kawasan seluas 100 hektar di sekeliling pokok meranti bukit terbesar yang akan dikhaskan sebagai kawasan projek.

" Kawasan projek adalah tapak destinasi eko-pelancongan sebagai pelengkap kepada destinasi pelancongan sedia ada di negeri ini. Pembangunan minimum infrastuktur fizikal boleh mengurangkan impak terhadap alam sekitar dan membantu mengekalkan ekosistem semulajadi," katanya.

Wan Yusoff berkata, pembangunan, pengurusan dan penjagaan kawasan itu dijangka akan dilaksanakan pihak swasta yang bertangngungjawab menjaga keindahan dan keselamatan kawasan, kebersihan dan mengkoordinasi operasi eko-pelancongan di tapak projek.

Katanya, projek itu dijangka boleh meningkatkan imej negeri ini sebagai pemilik pokok meranti bukit terbesar dan tertua di dunia, selain mengukuhkan lagi gagasan dalam program pemeliharaan sumber biodiversiti negeri ini.

"Menerusi kegiatan pengembangan berterusan itu, diharap semua pihak memberi sokongan dalam usaha kerajaan untuk memelihara sumber hutan ekologi. Spesies meranti bukit kini dipercayai sedang diancam kepupusan akibat pengeluaran hasil hutan berterusan sedangkan pemeliharaan kurang dijalankan dan projek seumpama ini boleh mengatasi masalah yang timbul," katanya.

Jika projek itu berjalan lancar, ia turut menyediakan peluang pekerjaan dan sumber ekonomi kepada penduduk tempatan selain menggalakkan pelaburan luar negara menerusi pendedahan dan keunikan alam semulajadi negeri ini.

FAKTA: spesies Meranti bukit


  • Dianggar berusia 1000 tahun
  • Ukur lilit pokok 14.3 meter
  • Ketinggian 40 meter
  • Lokasi Hutan Kekal Relai, Hulu Kelantan.
  • Diiktiraf MBOR terbesar dan tertua di dunia.
  • Ditemui Pengawas Hutan Manik Urai, Razaman Omar.



wowzie... bangga jap aku... tgk m'sia ada species pokok terbesar tertua nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2008 09:17 PM | Show all posts
satu lagi selepas pokok getah pertama dekat Perak..   
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 09:23 PM | Show all posts
bapakkkkk besar siotttt........  14.3m
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 03:00 AM | Show all posts
kalo tebang jual nie kayo nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.087053 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list