|
Diet ikut darah
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
Amalan pemakanan secara bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisi
MENGAMALKAN pemakanan berjadual mengikut jenis diet tertentu kini menjadi trend di kalangan masyarakat. Ada yang mengamalkannya secara melulu, sebahagian lagi menjadikan internet sebagai rujukan.
Antara jenis diet yang menjadi amalan dan didakwa mampu membantu mengekalkan kesihatan badan selain tujuan menguruskan badan adalah diet mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D扐damo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997.
Bagaimanapun pakar pemakanan menolak dakwaan D扐damo kerana menurut mereka BTD tidak diiktiraf secara saintifik. Mengapa berlaku percanggahan ini.
Teori diet D'Adamo tidak diiktiraf
DIET mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D扐damo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997.
| TAN menunjukkan amalan pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan. |
Ia adalah diet asas dengan kepercayaan jenis darah adalah faktor terpenting menentukan diet yang sihat. Bagaimanapun ia dikritik hebat oleh pakar pemakanan, nutrisi dan doktor kerana teori itu tidak dibuat berasaskan kajian saintifik.
Evolusi teori kumpulan darah yang digunakan D扐damo adalah berasaskan kajian oleh William C Boyd seorang antropologi darah yang membuat kajian mengenai kumpulan darah. Dalam buku tulisan Boyd, Genetics and the races of man: An introduction of blood groups, physical anthropology diterbitkan pada 1950, Byod menerangkan bagaimana analisis genetik terhadap kumpulan darah dan bangsa seseorang itu boleh membezakan genetik. Daripada pemahaman inilah, Boyd mengagihkan populasi dunia kepada 13 bangsa.
Kemudian, D扐damo mengagihkan pula 13 perbezaan itu bersama-sama dengan jenis darah dengan setiap jenis darah dalam 13 kumpulan itu memerlukan diet yang berbeza.
Bagaimanapun BTD yang dirumuskan berdasarkan teori D扐damo tidak diiktiraf secara saintifik kerana ia diandaikan mengikut teori tindak balas kimia lectin iaitu sejenis protein dalam makanan yang mana jenis darah diprogramkan secara genetik untuk menerima atau menolak.
Teori itu mengandaikan, sebarang ketidakserasian antara lectin dan jenis darah akan mengakibatkan rumpuan sel yang dipanggil percantuman pada bahagian sel berkenaan yang akan mengganggu pencernaan, metabolisme, masalah berat badan dan juga mengakibatkan sistem keimunan tidak berfungsi dengan berkesan.
Namun, itu hanyalah teori tanpa asas saintifik. Persoalannya, mengapa ia menjadi ikutan? Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Tan Shy Pyng berkata, untuk kurus dan kekal langsing membuatkan manusia sanggup berbuat apa saja. Malah, pelbagai formula kurus dicipta dan disebarkan secara meluas melalui media terutama internet membuatkan ramai berani mencuba.
揂da banyak jenis diet antaranya Diet Atkin, BTD dan banyak lagi namun ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Mereka yang mengamalkan pemakanan bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisi di dalam badan, mungkin disebabkan memilih makanan.
揗ereka percaya jenis kumpulan makanan tertentu perlu diambil dalam jumlah tertentu sedangkan ia tidak benar. Misalnya BTD tidak menggalakkan individu berdarah O mengambil makanan tinggi karbohidrat dan perlu meningkatkan pengambilan protein.
揟api, menurut pandangan pakar pemakanan dan perubatan, cara itu boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah krisis tenaga disebabkan kekurangan karbohidrat. Mungkin yang mengamalkan BTD akan kurus dalam tempoh tertentu tapi proses yang terjadi tidak normal dan memudaratkan, |
|
|
|
|
|
|
|
Fakta
Diet untuk darah jenis A
Dr Peter J D碅damo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.
Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Diet untuk darah jenis B
Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D扐damo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Diet golongan darah jenis AB
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Diet untuk darah jenis O
Dr Peter J D扐damo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.
aku rasa baguih kalu tahu tentang diet apa nak kena guna... jgn dok maen blasah aje... terutama dak pompuan yg nak kuruskan badan tu... yg aku selalu dengaq depa ni kata tak yah makan nasik la... makan sehari sekali ler... lepaih seminggu habis balun balik ayam golek... siyesly... diet yg tak proper... mmg tak akan menolong... kalu nak kuruskan badan tu... mesti kena tau dari awal GOAL tu!! berapa nak shed... ada jadual... dan penting sekali ko jumpa dokter dulu.... jgn dok memandai dok skip nasi skip ubi kentang skip itu skip ini... sbb aku bet tak lama badan tu naik balik..
jadi, pada yg nak turunkan sikit berat badan tu... gi jumpa dokter dulu... setkan dulu apa nak buat berapa nak turun... wokey!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Pengamal diet ikut jenis darah tetap ambil nasi
Oleh Bennie Zie Fauzi
ArZiAn mengambil rumusan makanan tambahan dalam bentuk serbuk minuman yang dibancuh.
|
WALAUPUN pakar pemakanan menolak diet mengikut jenis darah, namun ada syarikat yang menggunakan teori D扐damo untuk merumuskan formula khas untuk jenis darah dalam bentuk pemakanan tambahan.
Salah seorang pengamal makanan tambahan mengikut jenis darah ini, Mat Arzian Sulaiman, 40, mendakwa dia berasa lebih sihat, malah jarang mengalami demam.
揇ulu demam yang dialami berlarutan sehingga seminggu tapi sekarang hendak demam pun susah malah, sesekali jika diserang demam, panas badan hanya sehari.
揃ukan itu saja, saya tidak mengalami masalah berat badan. Tidak terlalu gemuk dan tidak pula terlalu kurus. Mata juga terang dan tidak bermasalah, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 wb_8w's post
julia makan apa pun... tetap menten cun..
larikkkkkkkkkkkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amazed at 16-6-2008 08:57 PM
Diet untuk darah jenis B
Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D扐damomenyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tinmanakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memilikikandungan karbohidrat yang tinggi.
Haku darah B...
badan haku nih solid...fit.....just chubby...sikittttttttttttttttttttttttttttttttt jerrrrrrrrrkkkkkkk....tak byk
klu haku makan mende2 bercarbohidrat tinggi.....makin la haku chubby.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|