CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4137|Reply: 8

lahar toksik musnahkan love canal, niagara falls

[Copy link]
Post time 16-6-2008 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Lahar toksik musnahkan Love Canal
Susunan Siti Nur Almizan Aripin


KAWASAN penempatan yang dibina pada akhir 1950-an diatas tapak pelupusan sisa toksik Love Canal.


Pokok dan tanaman di penempatan di sekitar air terjun Niagara bertukar hitam dan mati akibat tragedi letusan sisa toksik 30 tahun lalu


KEADAAN di kejiranan Love Canal, Niagara Falls, New York tenang seperti biasa sehingga tarikh keramat 1 Ogos 1978, bencana melanda mencetuskan huru hara, yang tidak pernah dialami penduduk kawasan terbabit.

Kanak-kanak yang sedang belajar di sekolah berlari pulang manakala yang asyik bermain di taman permainan meraung seperti di serang histeria. Tambah memeranjatkan keadaan mereka seperti terkena api. Tangan dan muka kehitaman dengan kesan melecur.

Di perkarangan rumah pula, bunyi letusan membuatkan suasana Love Canal hingar bingar. Masing-masing bingung memikirkan apakah bencana yang sedang menimpa kawasan kediaman yang didiami bertahun-tahun lamanya.

Semuanya gara-gara individu yang kurang peka mengenai alam sekitar. Peristiwa letusan sisa toksik dari tanah di Love Canal bukan hanya memusnahkan alam sekitar malah dikatakan bencana alam sekitar terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Bencana tercipta daripada impian seorang lelaki, William T Love yang berhijrah ke sebuah kawasan terpencil berhampiran air terjun Niagara, New York sekitar 1890an. Ketika itu Love berhajat membina kawasan kejiranan yang sempurna dengan penempatan dan kawasan industri.

Kawasan terpencil di selatan air terjun Niagara itu akhirnya menjadi milik Love. Perkara pertama yang dilakukan Love adalah mengorek sebuah terusan antara dua tingkat air terjun itu untuk menjana kuasa elektrik ke penempatan impiannya.

Beliau menganggap tindakannya itu mungkin berhasil untuk menjimatkan kos sekali gus menjadikan bandar impiannya itu sebagai bandar contoh.

Bagaimanapun, projek Love tidak terlaksana kerana masalah ekonomi sekali gus menghancurkan impian Love. Pada 1892, projek jana kuasa Love terbiar namun aktiviti di terusan itu masih rancak berjalan sebagai laluan kapal menyeberang Sungai Niagara. Malah, terusan sepanjang kira-kira 1.6 kilometer, mempunyai kelebaran 5 meter dan 3 meter dalam turut digali.

Malang berganda menimpa Love apabila beliau diisytiharkan bankrap. Akhirnya pada 1920, kawasan milik Love dilelong dan dibeli City of Niagara Falls yang menjadikan tempat itu sebagai kawasan pelupusan sisa toksik. Ciri tanah di kawasan berhampiran air terjun itu yang mempunyai dasar bertanah liat menjadikannya sesuai untuk projek baru itu.

Kawasan yang tidak mempunyai populasi penduduk yang terlalu ramai juga umpama merestui hasrat pemilik baru kawasan malang itu.

Pada 1942, tanah berkenaan diambil alih Hooker Chemical and Plactics Corporation yang meneruskan penggunaan kawasan di utara air terjun itu sebagai tapak pelupusan. Pada 1947, tanah berkenaan yang menjadi milik persendirian syarikat itu akhirnya ditutup selepas ia didapati sudah tidak mampu menerima sebarang timbunan sisa toksik berbahaya lagi.

Dalam tempoh lima tahun itu, kira-kira 22,000 tan sisa toksik dipercayai ditanam di situ. Hooker meninggalkan Love Canal yang pernah menjadi tapak melupuskan lebih 82 jenis sisa toksik yang mana 11 daripadanya adalah carcinogen iaitu sejenis bahan kimia yang mampu menghasilkan sel barah pada sistem tubuh manusia.

Bukan hanya zalim pada alam sekitar, malah Hooker turut mempunyai niat jahat apabila menimbus sekitar kawasan dan terusan di Love Canal dengan tanah liat sedalam 1.5 meter sebelum menjual tanah itu dengan hanya AS$1!

Pada akhir 50an, lebih 100 buah rumah bersama kompleks sekolah didirikan di kawasan bekas tapak pelupusan itu. Projek berkenaan bukan milik William T Love tapi ia lebih tersusun dan benar-benar didirikan untuk golongan pertengahan.

Selepas 25 tahun, Love Canal menjadi tajuk utama di dada akhbar New York. Peristiwa 1 Ogos 1978 benar-benar menjadi kenyataan seperti diperkatakan dalam artikel di dalam EPA Journal keluaran Februari tahun yang sama.

Penulisnya Eckardt C Beck menulis mengenai tapak pelupusan bahan kimia. Petikan tulisannya berbunyi; 揥alaupun ada tanah yang ditimbus namun ia berdetik umpama bom jangka. Dan hanya beberapa bulan selepas itu, kejiranan Love Canal meletuskan 抣ahar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 09:04 AM | Show all posts
so sapa2 yg make love kat sana pon buleh bertukor jadi hitam jgak...................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2008 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by bubpallo at 16-6-2008 09:04 AM
so sapa2 yg make love kat sana pon buleh bertukor jadi hitam jgak...................



LMFAO... kat ko punya avatar...  dah tarak benda lain nak pakai... pad pun jadikler...

spiking of pad... hari tu aku beli... tapi utk guna cuci keta  aku  siyesly... aku punya clothes sumer laundry..  so terpaksa gi tesco sek 13 tu  beli   pad.. ntah brand apa  aku men blasah aje..(yg murah2 ajer).. dapat guna 10 utk cuci keta aku.. ada 10 lagi..    utk next time

pasal love canal ni... bandar tu pun dah mcm dead..  tu kena study sejarah ler pulak.. cissssss aku ni malas nak bukak buku lagi.. tapi aku rasa benda2 camni   baguih ada sikit ilmu, ek..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 09:23 AM | Show all posts
  erkkk , jangan lah sampai benda nih terjadik kat negara kita
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 10:54 AM | Show all posts
dorg yang beli rumah kat situ tak tau ke tu tmpat pelupusan toksik? aisey beli rumah kena cek dlu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 16-6-2008 09:18 AM



LMFAO... kat ko punya avatar...  dah tarak benda lain nak pakai... pad pun jadikler...

spiking of pad... hari tu aku beli... tapi utk guna cuci keta  aku  siyesly... aku punya clothes su ...



LMFAO per per mender?...xpalain eh..len kali senang sket bub nak sebut...hehee

weih...bior betik...cuci kete guna pad.............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2008 02:59 PM | Show all posts
betul ke ada org cakap gempa bumi kat China tu ada kena mengena dgn Nuclear test??
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 03:13 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 16-6-2008 09:18 AM



LMFAO... kat ko punya avatar...  dah tarak benda lain nak pakai... pad pun jadikler...

spiking of pad... hari tu aku beli... tapi utk guna cuci keta  aku  siyesly... aku punya clothes su ...


cuci keta guna pad? mcm mana lak tu

btw, kat avatar tu bukan pad.. tp pantyliner...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2008 07:45 PM | Show all posts
sayangi alam sekitar...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.079500 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list