CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18464|Reply: 67

Cendawan

[Copy link]
Post time 26-6-2008 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Susun secara menegakOleh SITI AISAH HABIRIN
Industri pertanian seumpama ini boleh berkembang memandangkan permintaan pasaran terhadap cendawan semakin meningkat.

SUSUNAN beg subsrat cendawan perlulah betul untuk memastikan tanaman dapat membesar dengan baik.

IA kini bukan hanya berperanan sebagai pengurai kepada unsur-unsurlain. Peranannya lebih daripada itu. Rata-rata masyarakat di negara inimenggemari masakan berasaskan cendawan seperti cendawan goreng, supcendawan mahupun sebagai salah satu bahan utama dalam sajian sayurcampur.

Ramai yang masih tidak mengetahui cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus soja cajubukan sahaja lazat dimakan malah mengandungi khasiat sembilan asidamino penting serta sumber protein tinggi, selain kaya dengan vitaminB1, B2, biotin, vitamin C dan garam mineral seperti kalium, fosforus,kalsium, natrium, magnesium serta kuprum.

MESIN untuk memproses bahan-bahan subsrat.

Bagi usahawan Melayu tempatan, Abd. Jalil Mohd Salleh, 40, tumbuhankulat itu tidak hanya dijadikan sebagai makanan kegemaran keluarganya,malah ketaksuban kepada cendawan bertukar kepada sesuatu menguntungkanapabila beliau mengusahakannya sebagai tanaman komersiol.

Dengan berpegang kepada kepercayaan bahawa sesiapa pun boleh berjayajika ada kesungguhan, anak kelahiran Gelang Patah, Johor ini tidakteragak-agak mengambil keputusan menumpukan tanaman cendawannya sepenuhmasa sejak tahun 2004. Kini, beliau memiliki sebanyak empat buah rumahcendawan.

Mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan dari Universiti TeknologiMalaysia (UTM), Abd. Jalil pernah bekerja sebagai juruteknik di sebuahkilang di Johor Bahru selama 16 tahun sebelum tekad memulakan tanamancendawan secara komersiol sejak lebih empat tahun lalu.

Katanya, dia memulakan tanaman tersebut dengan hanya bermodalkanRM1,000 dan menggunakan rumahnya sebagai tempat semaian. Kini, Abd.Jalil mampu mengeluarkan cendawan sebanyak 25 hingga 30 kilogram sehari.

CENDAWAN yang telah dipetik dibersihkan sebelum dipaket.

"Ketika memulakannya, saya masih lagi bekerja sebagai juruteknik danhanya melakukannya separuh masa. Lama kelamaan, saya melihat industripertanian seumpama ini boleh berkembang memandangkan permintaan pasaranterhadap cendawan semakin meningkat," katanya.

Abd. Jalil memberitahu, setahun selepas penglibatannya secarakecil-kecilan dalam sektor penanaman cendawan, beliau kemudiannyaberjaya mendapatkan bantuan dari Jabatan Pertanian dalam bentukkewangan dan khidmat nasihat.

Mengulas proses penanaman cendawan, katanya, ia melibatkan enamproses bermula dengan penyediaan subsrat atau beg cendawan sehinggalahkepada proses terakhir iaitu penghapusan subsrat yang tidak terlalurumit, namun perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh agar hasilnyamemuaskan.

"Proses ini mengambil masa 60 hingga 70 hari untuk mendapatkan hasilsepenuhnya. Ia memerlukan penyediaan awal bahan-bahan seperti habukkayu getah, habuk beras, kapur tohor, air perigi atau air hujan, begplastik khas tahan panas dan gelang PVC dengan diameter tigasentimeter, gelang getah dan surat khabar lama," jelasnya.

Selain habuk kayu getah, Abd. Jalil memberitahu bahan asas utama initurut boleh digantikan dengan sisa kelapa sawit, jerami padi, hampastebu atau sabut kelapa.

"Jenis bahan-bahan tersebut sesuai digunakan kerana bahan tersebutmengandungi selulosa dan berlignin yang dapat membantu pertumbuhancendawan dengan baik," katanya lagi.

ABDUL JALIL

"Bagaimanapun, penggunaan air paip tidak digalakkan kerana iamengandungi klorin manakala jenis beg plastik pula adalah poly plastic(PP) yang lut sinar. Jenis beg plastik ini lebih sesuai digunakan untukmenanam cendawan."

Bapa kepada tiga orang anak ini berkata, bahan-bahan untukmenghasilkan subsrat hendaklah digaul dengan nisbah habuk kayu 100kilogram (kg); habuk beras (lapan hingga 10 kg); kapur tohor (duahingga tiga kg); air (80 liter).

Kemudian katanya, subsrat itu dimasuk dan dimampatkan ke dalam begplastik khas, diikat dengan gelang PVC dan mulut beg ditutup dengansurat khabar lama serta diikat dengan getah sebelum dikukus.

"Muncung plastik tersebut tidak perlu diikat terlalu ketat bagimemudahkan pengaliran udara ketika proses mengukus. Subsrat dikukusdengan menggunakan pengukus selama tiga jam pada suhu 100 darjahselsius.

"Selepas itu, subsrat perlu disejukkan selama 10 jam sebelum prosespengisian benih cendawan dapat dilakukan. Kerja-kerja pengisian benihperlu dilakukan di dalam bilik khas yang telah disteril supaya tiadaspora-spora liar boleh merosakkan subsrat ini," tambahnya yang menjualcendawan pada harga RM1 sekilogram.



Langkah seterusnya setelah pengisian benih ialah beg subsrat perludisusun secara menegak dan dieram selama 70 hari di rumah cendawan yangkawasannya redup dan sejuk. Persekitaran ini sesuai untuk pembiakankulat tersebut.

"Suasana sejuk dan redup dapat menggalakkan pertumbuhan myselium dan hanya 10 peratus cahaya matahari diperlukan," katanya.

Dalam pada itu, tambahnya, sebuah subsrat boleh menghasilkansebanyak empat hingga lima kali pengeluaran cendawan dan hasil tersebutdipasarkan kepada pembeli sekitar Gelang Patah dan Johor Bahru.

Abd. Jalil mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mempelajarilebih lanjut mengenai proses tanaman cendawan atau membuat sebarangtempahan dengan menghubunginya di talian 07-5071 605 atau 013-740 3049.

[ Last edited by  Syd at 20-8-2008 02:32 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2008 12:10 PM | Show all posts
untung la syed...pasni taun ni aku nak balek p tanam getah dan cendawan daaaaa............ .......
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 04:45 PM | Show all posts
nie adik saya buat cendawan.....

belum tumbuh


dah tumbuh


kembang


siap utk dijual

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 05:04 PM | Show all posts

Reply #3 Amiizaa's post

Miiza, adik kau tanam ni?
Bestnya...kat mana ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2008 10:06 AM | Show all posts
Bengkel Cendawan Intensif bermula esok

Seramai 50 peserta Bengkel Lanjutan Usahawan Cendawan Mega-UPM dan Agrobank akan memulakan program mereka bermula esok hingga Isnin ini.

Peserta akan menginap di Institut Pembangunan Bank Pertanian Malaysia (Abadi) di Bangi, Selangor sepanjang tiga hari itu.

Justeru, penganjur meminta peserta yang telah terpilih supaya mendaftar pada pukul 8.30 pagi di Abadi sebelum program rasmi dimulakan dan membawa pakaian yang sesuai.

Bengkel intensif tersebut lebih dapat dengan latihan praktikal , bermula dari penyediaan polibeg dan media tanaman hingga, aspek penjagaan, pengukusan, penyuntikan benih yang mana peserta sendiri melakukannya menggunakan teknik yang betul.

Seperti mana pada bengkel pengenalan, yang melibatkan Agrobank dan Pusat Pengembangan ,Keusahawanan dan Pemaju Profesional (APEEC) Universiti Putra Malaysia (UPM, peserta didedahkan dengan teknik penyediaan kertas kerja projek yang betul oleh bank terbabit manakala UPM akan memberi motivasi bagaimana menjadi usahawan tulen.

Antara aktiviti menarik ialah melawat ladang cendawan Vita Agro di Tanjung Sepat, Sepang, Selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 11:56 AM | Show all posts

Reply #3 Amiizaa's post

wah...bestnye.....teringin gak tanam tapi tak tahu nak mule

mcmana...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2008 11:28 PM | Show all posts

Reply #3 Amiizaa's post

miza..soh la adik u tanam cendawan kukur..
cendawan telinga kera aka cendawan kememe..
atau button mushroom kaaa...lom aada orang buat woooo...
lagglikkkk untung.....



bestnyerrrr cendawan kukur masak lemak pedass campur tempe  .....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 11:31 PM | Show all posts
cendawan tiram kelabu selain sup , tumis atau goreng tepung...
masak apa lagik sedap ? agak2nya rendang cendawan sedap x ?
atau cendawan masak kari ? masak kicap ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 02:10 PM | Show all posts

Reply #8 cguct1970's post

Tu dia...cikgu KH dah tunjuk skill memasak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 02:11 PM | Show all posts

Reply #8 cguct1970's post

Tu dia...cikgu KH dah tunjuk skill memasak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 02:44 PM | Show all posts

Reply #9 razifah's post

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 01:31 PM | Show all posts
emmmm syd.. mmg tgh cari2 lobang nak blaja tanam cendawan nih..

kat area jb tak der kursus pendek ttg penanaman cendawan ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 10:14 PM | Show all posts
huhu suami saya dr last time cakap nak buat tp tak gak berjalan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 10:14 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 27-6-2008 11:56 AM
wah...bestnye.....teringin gak tanam tapi tak tahu nak mule

mcmana...



alif
adik aku buat kat kg, umah mak aku

razifah
cendawan nie sebenarnya pejabat pertanian yang syorkan
sebelum nak buka /usahakan cendawan
kena attend course dulu
kat cawangan & juga upm

adik aku tanam cendawan nie sebb pejabat pertanian yg syorkan
sebab kat pasar, pasar tani, pasaraya & restoran memang jual/guna cendawan nie
apa nama cendawan? makcik lupaa...

tapi cendawan nie antara yg termahal...kalo tak silaplah...
tgk kat JJ dia pack dlm 5keping jerk dah RM4-5......
padahal nak tanammnya tak susah....org tengah yg untung ....

benihnya ada dijual....
bila kita dah order & sampai jerk benihnya
kena letak kat bangsal/ rumah cendawan
kena biarkan dia brp hari ehh?.....dekat 45hari..kalou tk silap aku
aku pon lupa...(sebbb kakak dia tak penah ambik kisah sangat)
satu tu dlm 0.65sen....tapi baru-bbaru nie dah naik harga sebbbkan minyak naik

penjagaannya amat sensitif jugak
kena jaga betul2
setiap beberapa bulan org pejabat pertanian akan dtg tgk cendawan2 tu
so, kalo kena penyakit...kita dapat detect...

baru-baru nie aku balik kg
cendawan baru jerk habis musim.....satu tu(aku tk sure nak panggil apa?)
mcm botol tu...satu botol tu boleh mengeluarkan cendawan banyak kali....
so, bila habis jerk....kena topup botol baru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 10:17 PM | Show all posts
Originally posted by baby_nurin at 2-7-2008 01:31 PM
emmmm syd.. mmg tgh cari2 lobang nak blaja tanam cendawan nih..

kat area jb tak der kursus pendek ttg penanaman cendawan ni


baby
pergi kat cawangan JB- jabatan pertanian
tahun lepas seluruh pengusaha johor ke UPM attend course selama seminggu
free utk para pengusaha yg berminat
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 09:18 AM | Show all posts

Reply #14 Amiizaa's post

Gitu ke kisahnya.....menarik nih....(mulalah aku ni pasang angan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2008 09:24 AM | Show all posts
Miiza, nak tanya soklan cepumas...agak
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by cguct1970 at 27-6-2008 11:28 PM
miza..soh la adik u tanam cendawan kukur..
cendawan telinga kera aka cendawan kememe..
atau button mushroom kaaa...lom aada orang buat woooo...
lagglikkkk untung.....


bestnyerrrr cend ...


awakk
camner bentuknya? mehhhh tunjuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 10:42 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by alifinara at 3-7-2008 09:24 AM
Miiza, nak tanya soklan cepumas...agak
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 10:48 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by alifinara at 3-7-2008 09:18 AM
Gitu ke kisahnya.....menarik nih....(mulalah aku ni pasang angan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.559681 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list