|
Dilema iPhone
Oleh KHAIRUL ANUAR ABD. RAHMAN
Kehadiran iPhone 3G ini mungkin akan menghampakan golongan yang gemar membuat panggilan video kerana ia dikhabarkan tidak dilengkapi dengan kamera kedua yang lazimnya terdapat pada telefon 3G yang lain.
PARA peminat produk keluaran Apple, iPhone memuji serta menyambut baik kehadiran iPhone 3G, tetapi sebaliknya golongan korporat masih lagi membisu lantaran kebimbangan mereka tentang beberapa kekurangan seperti enkripsi data dan sekuriti.
Namun kebimbangan ini diredakan dengan penerangan oleh Steve Jobs, Ketua Pegawai Eksekutif Apple yang berjaya memikat hati wakil media dan para jemputan yang hadir pada sesi pengenalan iPhone 3G di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Reka bentuk dan penggunaan yang selama ini diterapkan dalam setiap produk Apple kini diperkukuhkan dengan komponen dan perisian baru yang dikenali sebagai iPhone 2. Reka bentuk yang lebih menarik dengan lengkuk lebih bulat pastinya akan memberikan keselesaan tambahan ketika memegangnya.
Bahagian seakan keluli yang dahulunya kalis calar pada belakang unit iPhone generasi pertama kini diganti dengan material berupa plastik, berkemungkinan bertujuan mengurangkan kos produksi.
Di AS, Apple telah menurunkan harga kepada USD$199 (RM650) bagi model 8GB apabila ia mula memasuki pasaran pada Jumaat minggu hadapan. Harga ini adalah USD$200 (RM653) lebih murah berbanding model 8GB yang dilancarkan pada tahun lalu. Bagi model 16GB yang terdapat dalam pilihan warna hitam dan putih pula, ia akan dijual pada harga USD$299 (RM976).
Namun, kehadiran iPhone ini mungkin akan menghampakan golongan yang gemar membuat panggilan video kerana ia dikhabarkan tidak dilengkapi dengan kamera kedua yang lazimnya terdapat pada telefon 3G yang lain. Kualiti yang dihasilkan oleh kamera binaan dalam dua megapiksel ini mungkin tidak sehebat telefon 3G yang lain. Namun begitu, skrin 3.5 incinya pasti memberikan kepuasan yang lebih untuk menonton video mahupun membelek gambar.
DI Amerika Syarikat, Apple telah menurunkan harga kepada USD$199 bagi model 8GB.
Satu lagi kekurangan iPhone 3G berbanding telefon lain ialah tiadanya keupayaan untuk menerima MMS walaupun ciri ini tidak digunakan oleh semua pemilik telefon bimbit 3G!
Sungguhpun begitu, pengguna boleh memindah mahupun membuang mesej secara berkelompok.
Seperti model terdahulu, model ini masih belum membolehkan mesej dipanjangkan kepada pihak ketiga, walaupun kebanyakan mesej yang dipanjangkan atau forwarded message lazimnya bersifat khabar angin. Anda memerlukan perisian tambahan bagi membolehkan ini dilakukan.
Ciri unik yang terdapat pada iPhone 3G ini ialah ia mampu melakukan tapisan laman web bagi mengelakkan kanak-kanak melayari laman web yang tidak sepatutnya melalui ciri kawalan penjaga atau disebut ciri parental control.
Satu lagi ciri istimewa yang terdapat padanya ialah ciri sokongan bahasa Cina dan jangan terpegun apabila melihat seseorang menulis tulisan Cina mahupun Jepun dengan hanya menggunakan sentuhan pada skrinnya!
Ciri-ciri pada iPhone 3G*Capaian internet yang lebih pantas. Dengan teknologi 3.5G, iPhone membolehkan penggunanya melayari internet dengan lebih pantas melalui rangkaian 3.5G.
*Pengurusan E-mel. Membuang atau memindahkan e-mel atau mesej dengan hanya satu klik.
*Penapisan Web. Ciri Parental Control membolehkan anak-anak terhindar dari melayari laman web yang tidak bermoral.
*Penyelarasan dengan Microsoft Exchange. Pengguna boleh mendapatkan e-mel perniagaan mereka dan juga kalendar melalui penyelarasan atau sync dengan Microsoft Exchange.
*Pilihan Bahasa. Dengan hanya satu klik, pengguna boleh memilih 10 bahasa termasuk Jepun, Perancis, Jerman dan Cina.
*Penentuan Lokasi. Kombinasi ciri GPS dan pemetaan membolehkan kita melakukan navigasi dengan bantuan iPhone. |
|
|
|
|
|
|
|
erm...
kat m'sia senang x nak cari?
aku tgk kat lelong
byk yg look alike
|
|
|
|
|
|
|
|
My hsbd punyer iphone ader kamera.Terang tul pic. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 elle1011's post
tu kamera blkg kan?
yg org komplen ni sbb tkde kamera kt dpn utk wat vdo call.
bru berangan nk beli iphone yg 2nd gen ni. hrga pon murah sket dr yg 1st.
tp byk lak kekurangan. :kant: |
|
|
|
|
|
|
|
kamera belakang ada lew depan yg takde |
|
|
|
|
|
|
|
aku mcm nak beli je...
ape aku kesah video call ke hape..sbb aku tak penah gune pun video kol tu..hahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|