CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9970|Reply: 27

slim river kena 'Demam Misteri' !!

[Copy link]
Post time 27-7-2008 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Slim River dilanda 'demam misteri'
Oleh Kasdi Ali dan Rosman Shamsuddin


MURAM: Jalan masuk ke Kampung Rasau lengang berikutan demam sendi melanda kampung berkenaan.



Doktor gagal kenal pasti penyakit sebenar

SLIM RIVER: Penduduk sekitar daerah Slim River kini hidup dalam kebimbangan berikutan menularnya penyakit berjangkit yang digelar 'demam sendi' di kalangan penduduk tempatan sejak beberapa bulan lalu.

Setakat ini, lebih 50 kes dilaporkan dengan kesan awal penghidap ialah berasa lemah seluruh anggota badan, suhu badan meningkat mendadak, hilang selera makan, timbul ruam merah di badan diikuti sakit teruk di bahagian sendi serta sukar bergerak.

Kawasan paling teruk terjejas ialah Kampung Rasau apabila 25 kes dilaporkan dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan berusia 20 tahun ke atas.

Tinjauan Berita Minggu ke kampung berkenaan semalam mendapati terdapat 10 mangsa yang masih mengalami demam itu berada pada tahap kritikal termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.

Menghairankan, doktor termasuk di Klinik Kesihatan Daerah Slim River yang merawat semua mangsa demam berkenaan gagal mengenal pasti penyakit sebenar dihidapi mereka biarpun selepas melakukan ujian darah.

TAK BERDAYA: Mohd Junit (kiri) dan Ariffin Ahad memapah mangsa demam sendi, Mohamad Nor Bidin, 11.


Seorang doktor klinik swasta di pekan Slim River yang enggan namanya disiarkan berkata, kesan penyakit itu menyerupai demam campak dan denggi.

"Hampir setiap hari ada penduduk daerah ini terutamanya dari Kampung Rasau datang ke klinik saya. Kebanyakan yang datang berada pada tahap kritikal dan terpaksa dipapah. Selepas memberikan suntikan ubat penahan sakit, saya menasihatkan mereka pergi ke hospital.

"Saya juga sudah melakukan ujian darah tetapi gagal mengenal pasti penyakit sebenar dihadapi. Simptom penyakit demam sendi ini hampir sama dengan demam campak dan denggi. Ia berlarutan antara empat hari hingga dua minggu.

"Saya kategorikan penyakit ini agak serius kerana seseorang yang mengalaminya tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Penyakit ini menyebabkan sendi penghidapnya sakit teruk dan jika ia menyerang bahagian sendi lutut atau pergelangan kaki, seseorang itu tidak dapat bergerak dan terpaksa mengesot," katanya.

Beliau berkata, demam itu dipercayai merebak melalui nyamuk dan beliau sudah memaklumkan kepada pegawai kesihatan daerah supaya membuat pemantauan kerana bimbang jika dibiarkan berlarutan, penyakit itu boleh bertambah serius.

Sementara itu, Ketua Kampung Rasau, Mohd Junit Zakaria, 64, berkata pada peringkat awal penduduk beranggapan ia hanya demam biasa tetapi apabila semakin ramai diserang penyakit itu, penduduk mula cemas.

Katanya, setakat ini sudah 25 penduduk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Slim River, Hospital Slim River dan klinik swasta namun sehingga kini punca sebenarnya belum lagi diketahui.

" Penduduk memaklumkan bahawa apabila mereka diserang demam ini badan mereka mulai rasa panas dan kurang selesa dan muntah-muntah serta hilang selera makan.

"Selepas itu mereka akan berasa sakit pada bahagian sendi seluruh badan sehingga ada yang tidak mampu berjalan dan terpaksa merangkak serta dipapah untuk ke bilik air.

"Kemudian timbul bintik kecil seperti ruam berwarna merah di bahagian badan seperti demam denggi dan apabila bintik itu hilang maka demam mulai reda. Namun, apa yang membimbangkan, ada kes penyakit itu berulang menyerang mangsa sama," katanya.

Mohd Junit berkata, beliau bimbang dengan wabak misteri ini dan hairan sehingga kini pihak berkuasa tempatan (PBT) belum mengambil apa juga tindakan untuk langkah pencegahan menyebabkan penduduk mulai rasa takut.

"Saya berpendapat penyakit ini sudah menjadi wabak kerana ia merebak dengan cepat," katanya.

INFO: Simptom demam sendi
  • Lemah badan
  • Badan menggigil kesejukan
  • Suhu badan meningkat
  • Hilang selera makan
  • Sakit teruk di bahagian sendi
  • Sukar bergerak




aku pegi sekali aje slim river ni..  ikut member balik kampung....  tapi bila baca demam2 misteri ni.. mmg aku takut ler nak pegi lagi... mana tau kena outbreak .. naya lak aku nanti....   

[ Last edited by  amazed at 27-7-2008 04:54 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2008 04:57 PM | Show all posts
rsa td aku baca disebarkan oleh nyamuk melalui menatang yang bernama b*b*..
so dari sudut pandangan aku penyakit tuh ialah Demam J.E.(nama penuh alu dah luper..)

katanya lg demam tuh penah dirasai oleh pekerja ldang yg membela menatang tu,rasanya dah tak syak lagik ngan simptom2 yg diberi.. tapi tak tahu la..

Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 05:10 PM | Show all posts
bahaye tu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 08:44 PM | Show all posts
Originally posted by kayoti at 27-7-2008 04:57 PM
rsa td aku baca disebarkan oleh nyamuk melalui menatang yang bernama b*b*..
so dari sudut pandangan aku penyakit tuh ialah Demam J.E.(nama penuh alu dah luper..)

katanya lg demam tuh penah di ...


mungkin betul kata coyote tu -
mengenai - medium dia -- mosquito -

sini news dia -

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penyakit didakwa disebar oleh nyamuk


SLIM RIVER: 揚ada mulanya anak kedua saya dijangkiti penyakit itu yang menyebabkan seluruh sendinya sakit. Selepas dia sembuh, isteri saya pula kena dan terbaru ia berjangkit pada emak mentua saya,
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 09:22 PM | Show all posts
wohhh    bahaya nih!  
kalau betul boleh merebak melalui gigitan nyamuk, amat kritikal ni.  bakal jadi wabak pulak.  

yang lebih menakutkan ialah bila dinyatakan ada mangsa yang sudah sembuh pun akan kembali terkena.  ini bermakna daya tahan seseorang pun tak mampu buat apa-apa kalau dah terkena sedangkan selalunya selepas 1 kali terkena, daya tahan seseorang terhadap penyakit yang sama akan lebih meningkat.







-apsal tak nak bukak topik ni kat CI?-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2008 11:47 AM | Show all posts
Misteri 'demam sendi' - Pendakwa asing dakwa penyebar

Oleh AZLI ADLAN


SEORANG jururawat mengambil darah seorang penduduk,
Sabeah Abdullah, 71, yang mempunyai simptom wabak
demam sendi di Kampung Rasau, Slim River semalam.

SLIM RIVER - Penduduk Kampung Rasau di sini yang kini sedang 'diserang' demam sendi mendakwa wabak tersebut disebarkan oleh pendatang asing yang ramai bekerja di ladang getah dan kelapa sawit berhampiran.

Seorang penduduk, Anita Hamzah, 38, mendakwa penduduk kampung percaya penyakit 'misteri' itu mula tersebar sejak kira-kira sebulan lalu melalui seorang lelaki Indonesia yang bekerja kontrak di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran.

"Saya dapat tahu pekerja Indonesia dalam lingkungan 30-an itu tiba-tiba kejang dan rebah akibat terkena demam sendi ketika sedang bekerja di ladang hingga terpaksa dipapah pulang ke rumah Orang Asli yang turut bekerja di situ," dakwanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau ditemui ketika sedang mendapatkan rawatan daripada sepasukan pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Batang Padang bersama-sama kira-kira 30 penduduk kampung tersebut di Dewan Orang Ramai Kampung Rasau.

Anita berkata, sejak kejadian pertama itu, penyakit tersebut mula menular dan menyerang satu demi satu penduduk Kampung Rasau dan kini sedang merebak di kawasan berhampiran termasuk Kampung Balun, perkampungan Orang Asli dan pekan ini.

Beliau berkata, selain dirinya, ibunya, Sabiah Abdullah, 71, dan anak lelakinya, Asni Muzamin Abdul Rahman, 12, turut ditimpa penyakit yang menyebabkan sendi anggota badan sakit dan lemah sehingga terasa seperti lumpuh dan pesakit terpaksa merangkak dan dipapah untuk bergerak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2008 07:45 AM | Show all posts
bukan kat slim river je...makcik aku pun tgh menderita penyakit nih..dia duduk kat muar nun..ye betul puncanye dr nyamuk..kesian aku nengok..aritu sampai tergolek kt bilik air..x bleh jalan..

nota kaki : sekali kg laki aku daaa..slim river...tp bukan kat rasau nuuuu

[ Last edited by  fariepari at 29-7-2008 12:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 08:19 AM | Show all posts
ini demam chikunya tu ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2008 08:52 AM | Show all posts
siannyer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 02:52 PM | Show all posts
Jangan panik penyakit Chikungunya


SEREMBAN: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad meminta orang ramai usah bimbang dengan virus Chikungunya kerana penyakit itu tidak seteruk seperti disangka.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, hanya lapan orang disahkan menghidap demam itu daripada 20 kes disyaki terutama di Slim River, Perak dan Jasin di Melaka.

Katanya, belum ada sesiapa yang meninggal dunia akibat penyakit itu dan kes yang dilaporkan setakat ini adalah kes terpencil.


sumber: http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2008 02:39 PM | Show all posts
chikungunya?

atau..

japanese ensephelytise?*

bahaya...

sebulan dah berlalu..ape citer ek..
tp sesuai ke topik ni kat board nih?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 08:25 AM | Show all posts
haritu dengar member orang asli aku yang duduk kat pertang, kuala klawang, n9, penyakit tu dah merebak kat perkampungan orang asli kat sana...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:20 AM | Show all posts

Reply #12 princebrunei's post

ada dengar gaks..
aku dok k.klawang nih...ada yg kene..tp mcm dah sembuh..yg kene tuh tukang kebun sek aku nih..skrg dah sihat ja dia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 10:43 AM | Show all posts
ada satu kes dari kwsn dekat karak, pahang. dia gi check kat hosp kat KL. jumpa beberapa org lain, sakit yg serupa.

dengar citer, org hospital dpt arahan tak bertulis, supaya kes-kes ni tak didedahkan kpd org ramai. cover-up lah, supaya org tak panik.

kebanyakan kes ni tak ditahan di wad, disuruh balik & makan ubat demam je. chikugunya takde ubat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 12:36 PM | Show all posts
emo dah kena dah.....2-3 hari before raya....mula2 hubby kena tiba2 demam, sakit sendi2, pening kepala...terbaring je, pastu dia okay emo plak kena

memang sakit seluruh sendi, terbaring je...nak angkat kepala pun rasa berat, pening semua......

bila demam dah kurang.....penyakit tu tangkap kat voicebox akibatnya: daku jadi bisu sepanjang seminggu lebih raya.....bisu as in bisu betul2 takde suara langsung....

doc tak tahu nak detect apa...habis banyak dia ckp 'viral fever'..

now dah okay dah....tapi risau gak kalo kena lagi nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 10:07 PM | Show all posts

Balas #15 hemorion\ catat

kesiannya korang...

abis tu baik mcm tu jer ke..? doktor bagi ubat apa yer..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2008 01:14 PM | Show all posts
sedara-mara aku kat Juasseh Kuala Pilah pon terkena penyakit demam sendi ni..kena tahan kat hospital 2-3 hari..masa kena tahan tuh masuk air berbotol2 dgn ubat lagi..lepas dah kurang kesan demam tuh terus dibenarkan keluar tp masih kena kena follow-up kat hospital..takut berulang(kata doktor la)
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 05:25 AM | Show all posts
memang sah demam chikunya dah serang Malaysa sekarang..

sapa2 yang duk kat area flat/pangsapuri/apartment dan perumahan, waktu maghrib dan awal subuh jgn buka pintu or tingkap, time ni si nyamuk tengah berkeliaran duk sibuk cr rezeki.. pastikan pasang ubat nyamuk, paling sesuai yg jenis elektrik tu, biarkan sepanjang malam..

kalau jenis sembur dan ubat nyamuk melingkar tu pon ok tp kesannya sekejap je.. sebab kat perumahan ni korang tau la macam2 orang ada, aku dapat tau kat perumahan aku ada seorang budak tu dah kena sebab dapat jangkitan masa balik beraya di kampungnya haritu.. budak melaka, so sah la demam tu dah serang melaka..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 05:34 AM | Show all posts
Chikungunya

Chikungunya ialah sejenis penyakit yang diakibatkan oleh alfavirus bawaan gigitan nyamuk Aedes aegypti. Penyelidikan terkini oleh Institut Pasteur di Paris menuntut bahawa virus ini telah mengalami mutasi yang membolehkannya untuk direbak oleh nyamuk Aedes Albopictus (bahasa Inggeris: Tiger mosquito). Ini adalah punca wabak di Lautan Hindi dan ancaman di pantai Mediterranean pada masa ini.

Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.

Chikungunya juga dilaporkan melanda penduduk Bolaang Mangondow (Sulawesi Utara), Jember (Jawa Timur) dan Kabupaten Bandung (Jawa Barat). Wabak Chikungunya pernah menjangkiti 27 orang di Pelabuhan Klang, Malaysia pada tahun 1999 [1].

Nama penyakit ini berasal daripada perkataan Makonde yang bermaksud "sesuatu yang melengkung ke atas" dan merujuk kepada postur terbongkok-bongkok yang diakibatkan oleh gejala-gejala artritis. Penyakit ini diperihalkan buat pertama kali oleh Marion Robinson [1] dan W.H.R. Lumsden [2] pada tahun 1955, menyusul satu peletusan di Penara Makonde di sepanjang sempadan antara Tanganyika dan Mozambique pada tahun 1952. Chikungunya berkait rapat dengan virus O'nyong'nyong [3].

Chikungunya tidak dianggap sebagai suatu penyakit yang membawa maut. Bagaimanapun, pada tahun 2005-2006, 200 kematian telah dikaitkan dengan penyakit Chikungunya di Pulau Reunion dan di India Selatan, terdapat peletusan penyakit ini yang meluas (khususnya di Karnataka dan Andhra Pradesh); sila lihat Peletusan terkini di bawah.

Gejala
Simptom penyakit Chikungunya termasuk demam yang mencecah 39 darjah Celcius, keradangan biasanya digambarkan sebagai petekia atau makulopapular biasanya membabitkan kaki, tangan dan badan, dan artralgia atau artritis menyerang pelbagai sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk. Terdapat juga sakit kepala, jangkitan conjunktiva, serta sedikit fotopfobia.

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi. Ujian serologi untuk Chikungunya terdapat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagai Demam Chikungunya. Penyakit ini biasanya terhad diri dan akan sembuh sendiri. Rawatan gejala dicadangkan selepas mengenepikan penyakit yang lebih merbahaya lain.


[sunting] Terbitan linguistik
Menurut laporan awal Lumsden terhadap epidemiologi pada tahun 1955, istilah "chikungunya" berasal daripada kungunyala, kata kerja dasar Makonde yang bermaksud "kering" atau "berkernyut". Dalam penyelidikan serentak, Robinson menterjemahkan istilah Makonde ini dengan tambahan antara baris sebagai "sesuatu yang melengkung ke atas". Rujukan kepada bahasa Makonde kemudian terlepas perhatian pengarang-pengarang yang berikut dan mereka menganggap bahawa istilah ini berasal daripada bahasa Swahili, lingua franca kawasan itu. Anggapan yang salah ini telah diulangi dalam banyak sumber tercetak; Google menyenaraikan melebihi 15,000 laman dalam carian untuk "chikungunya swahili".

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Demam_Chikungunya (Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas)
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 05:39 AM | Show all posts
FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA
--------------------------------------------------------------------------------

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?  

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.


2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?  

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.  


3. Adakah ia berjangkit?  

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.  


4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?  

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.     


5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?  

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.419858 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list