|
KUANTAN - Gara-gara berselisih faham dan tidak puas hati, seorang kerani wanita diganyang mukanya dengan cili oleh rakan sepejabat di tempat kerjanya di sini kelmarin.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah II Pahang, Superitendan Mohd. Harris Daud berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang berumur 31 tahun tiba-tiba diserang suspek seorang lelaki.
"Suspek cuba memukul mangsa dengan besi tetapi sempat dihalang oleh rakan sekerja yang lain," katanya kepada para pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini semalam.
Bagaimanapun, menurut beliau, suspek dengan tiba-tiba mengeluarkan beberapa batang cili padi dan terus melumur muka mangsa berulang kali.
Sebelum kejadian, beliau berkata, kedua-dua rakan sekerja itu berselisih faham dan suspek tidak berpuas hati dengan sikap mangsa.
Berikutan itu, katanya, mangsa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja.
ps: Betul2 kena cili mulut ni...... |
|