CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11339|Reply: 32

Bruce Lee Tewas Dengan Silat Melayu?

 Close [Copy link]
Post time 3-9-2008 12:58 AM | Show all posts |Read mode


Bruce Lee merupakan lagenda dalam dunia seni beladiri. Kalau tak kerana jasa2 Bruce Lee, orang putih tak reti nak berkungfu. Boleh dikatakan,Bruce Lee adalah orang yang memperkenalkan kung fu di Hollywood.Padazaman kegemilangannya, Bruce Lee masih muda. Umur awal 30 tahun.

Beliau belajar daripada semua orang dan sanggup mengajar kepada semua orang.Ini adalah revolusi pada masa itu kerana kesemua mahaguru kungfu hanyamengajar ilmu kungfu kepada orang Cina sahaja, tidak kepada bangsa asing terutama orang2 putih.Bruce Lee ni mencipta sistem tempur bernamaJeet Kun Do, yang mana adalah falsafah beladiri yang bebas menggunakan apa sahaja teknik. Just take whatever useful & good to you. Kira macam kungfu rojak leer. janji boleh menang.

Dalam keghairahan inilah, Bruce Lee mencabar mana2 sahaja mahaguru yang hebat2 pada masa itu untuk test power. Bruce Lee memang hebat. beg pasir boleh pecah sekali sepak sahaja. I dah try sepak tapi tak bergerak pun.Bruce Lee suka cabar orang lain yang hebat2.Antaranya ialah Mahaguru Silat gayong malaysia, Dato Meor Abd. Rahman(Gambar Bawah)

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemanioleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar dilapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya,beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do. Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.

Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik didunia. Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai kepengetahuan Bruce Lee.
Sebelum daripada itu, pada tahun 1972,serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung denganBruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih mudadan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agarmelupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetapberdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' MeorAbdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Leetersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Leedan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menujumasuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut.


Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Senandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapuke kawasan sakit tersebut.


Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Leedengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Tidak lama selepas peristiwa pertarungan BruceLee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(MenurutDaniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni SilatMelayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. DanielInosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada matapelajaran Jeet Kune Do nya.)


[ Last edited by  abgboroi at 13-9-2008 11:33 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2008 01:22 AM | Show all posts
a`a... aku pernah dengar gak pasal nie...
tapi kisah benar ke nie???
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 01:34 AM | Show all posts
Aku pernah dgr juga, bukan dgn mahaguru malaysia tapi indonesia.Sapa nama dia zukarnain ke apa ke..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2008 03:09 AM | Show all posts
aku pun tak pasti....macam macam teori laa plak...

yang aku dengar dier mati sebab berlawan silat....tapi tak pasti siapa guru silat yang bunuh bruce lee tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 06:58 AM | Show all posts
bukan mati pasal tumor ka??
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 08:47 AM | Show all posts
Wei...thread ni dah ada la!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2008 09:16 AM | Show all posts
bukan dier mati sebab dier allergic ngan Penicillin ka...sampai otak dier membengkak..and then mati..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 02:23 PM | Show all posts
da ade la thread ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2008 02:23 PM | Show all posts
da ade la thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 02:24 PM | Show all posts
da ade la thread ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2008 06:16 PM | Show all posts
yer ker dah ader...puas aku chek kat belakang.....tapi x abis laaa takper laa biar aje laa sini...buat tontonan penonton baru ehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 06:57 PM | Show all posts

Reply #3 evolution75's post

nak jugak orang indonesia tumpang nama.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 07:27 PM | Show all posts
bruce lee mati bukan bunuh diri ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2008 01:47 PM | Show all posts
citer bohong...aku tak percaya langsung
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2008 01:53 PM | Show all posts

Reply #10 nik2121's post

Sabor... sabor... puasa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2008 02:04 PM | Show all posts
cam x leh caya je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2008 08:56 PM | Show all posts
leh caye kew ny?
agk gempar la..agpown xpenah taw la sbnr nye...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 10:16 PM | Show all posts
bukan yg tewaskan bruce lee tu jaguh silat Indonesia bernama Dicky Zulkarnain, bapaknya aktres si Nia Zulkarnain?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 10:43 PM | Show all posts
Aku dgr cite bapa si nia zulkarnain
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 11:12 PM | Show all posts
kot nak tinggikan darjat silat sekalipun jangan lah buat cerita merapu mcmni bagilah bukti atau saksi yang boleh dipercayai supaya cerita ni boleh dipercayai lagi di yakini
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 1.017862 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list