View: 1830|Reply: 1
|
FOOT & MOUTH DIESES (Tul ke aku spelling...)
[Copy link]
|
|
Reply #1 My2cen's post
My2cen,
Berapa umur anak?
Hand Foot and Mouth Disease (HFMD) disebabkan oleh virus coxsackie yang menyebabkan ulcer pada mulut dan bintik2 berair/merah pada tangan dan kaki. Oleh kerana penyebabnya virus, rawatannya hanya supportive seperti penggunaan oral aid atau bonjela pada ulcer mulut dan paracetamol atau ibuprofen untuk demam dan tahan sakit. Masalahnya, jika ulcer mulut yang terlalu sakit menyebabkan kanak2 tak mahu minum, kanak2 tersebut boleh kehilangan air dengan cepat dan menjadi lemah. Selagi boleh, suruh anak tersebut minum sebanyak mungkin setelah memberi ubat. Tanda 2 awal "dehyration": tekan bahagian hujung jari anak kemudian lepas. jari yang putih sepatutnya menjadi merah semula dalam masa 2 saat. sekiranya lebih, dia mungkin memerlukan air melalui Intravenous drip di hospital. Sekiranya anak kelihatan lemah dan tidak bermaya dan matanya cekung bawalah ke hospital.
HFMD selalunya akan sembuh dalam masa seminggu. Virus ini senang berjangkit jadi jauhkan dia dari anak2 yang lain jika ada.
Semoga anak sembuh segera.
Mahathir |
|
|
|
|
|
|
| |
|