View: 2563|Reply: 3
|
culik ahmadinejad, iran kemuka bantahan atas israel!!
[Copy link]
|
|
Culik Ahmadinejad: Iran kemuka bantahan ke atas Israel
10/09/2008 8:12pm
TEHERAN 10 Sept. – Iran mengemukakan bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung saranan seorang Menteri Israel supaya Presiden Mahmoud Ahmadinejad diculik dan dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Menteri Pesara Israel, Rafi Eitan semalam mencadangkan supaya Mahmoud yang telah mencetuskan kemarahan dengan seruannya supaya negara Yahudi tersebut dilenyapkan dari muka bumi, diculik dan dibawa ke mahkamah di The Hague itu.
“Ancaman kekerasan dan melakukan jenayah seperti menculik pemimpin negara anggota PBB jelas merupakan pencabulan hak-hak antarabangsa dan bercanggah dengan piagam PBB,” kata wa kil Iran di PBB, Mohammad Khazaei menurut kandungan surat bantahan itu.
Beliau turut mengecam kenyataan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada Ogos lalu bahawa Israel akan menggunakan “segala pilihan yang ada” untuk menghentikan program nuklear Teheran.
Khazaei menuntut Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan tegas berhubung ancaman daripada Israel itu. – AFP
aku harap ahmadinejad selamat... aku mmg kagum dgn pres iran nih!!! moga tuhan lindungi dia!!
mmg jahat puak2 yahudi zionist nih... blehhh :@ |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun sama. semoga dia dilindungi Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
menyingkap kebenaran lebih sukar berbanding membuka keaiban. |
|
|
|
|
|
|
|
israel ni memang jahat dari dulu sampai sekarang |
|
|
|
|
|
|
| |
|