View: 2599|Reply: 9
|
HAITI Catastrophe : taufan Hanna & Ike: update matt damon bantu mangsa
[Copy link]
|
|
Ribut Hanna korban 61 penduduk di Haiti
PORT-AU-PRINCE: Sekurang-kurangnya 61 penduduk maut apabila ribut tropika Hanna melanda Haiti dengan turut menyebabkan banjir di beberapa bandar.
Agensi Perlindungan Awam Haiti menyebut lebih 37 orang ditemui mati di utara Haiti, termasuk 21 orang akibat lemas dalam banjir di Gonaives. - AFP
sekarang ribut tengah banyak kat atlantik and caribbean sana!!
[ Last edited by amazed at 8-11-2008 07:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Taufan Hanna ragut 25 nyawa
| PENDUDUK meredah banjir selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air akibat Taufan Hanna di Savane Desole, utara Haiti, semalam.
- AP
|
NASSAU, Bahamas 3 Sept. - Taufan Hanna meragut 25 nyawa di Haiti dan kini bergerak menuju tenggara Amerika Syarikat (AS), selepas membadai negara ini.
Pusat Taufan Kebangsaan AS berkata, Taufan Hanna telah membawa angin kencang dengan kelajuan 100 kilometer sejam ke Kepulauan Besar Inagua pada lewat malam tadi.
Ia dijangka kembali bergerak pada kategori pertama mengikut skala Saffir-Simpson, dengan membawa angin pada kelajuan sekurang-kurangnya 119 kilometer sejam menjelang esok atau lusa.
Taufan Hanna telah membawa hujan lebat dan angin kencang ke kawasan tenggara Bahamas, Kepulauan Caisos dan Turk, Haiti serta Republik Dominica.
Di Haiti, pegawai berkata, sekurang- kurangnya 25 orang terkorban akibat dihanyutkan arus deras dan ditimbus tanah runtuh.
"Ramai penduduk terpaksa menyelamatkan diri dengan naik ke atas bumbung rumah," kata Pengarah Pertahanan Awam Haiti, Alta Jean-Baptiste.
Sementara itu, satu lagi taufan, Taufan Josephine, sedang membina kekuatan di Afrika dan mengekori rapat Ribut Tropika Ike.
Ike kini berada 1,500 kilometer ke tenggara Kepulauan Leeward, dan dijangka mencapai kelajuan sehingga 119 kilometer sejam menjelang esok.
Sementara, Taufan Josephine pula sedang bergerak pada kelajuan 290 kilometer di barat daya Kepulauan Cape Verde.
AS sebelum ini menjangkakan antara 14 hingga 18 taufan tropika akan berlaku sepanjang musim ribut bermula sejak 1 Jun lalu, melebihi rekod yang pernah dicacatkan sebelum ini iaitu sebanyak 10 taufan.
Gabenor Florida di AS, Charlie Crist telah mengisytiharkan darurat di kawasan pantai negeri itu sebagai langkah berjaga- jaga.
Kelmarin, New Orleans dan Lousiana dilanda Taufan Gustav.
- Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Hanna makin mengganas
PORT-AU-PRINCE, Haiti 4 Sept. - Ribut Tropika Hanna setakat ini meragut sekurang-kurangnya 61 nyawa ketika pihak berkuasa mengerahkan helikopter digunakan untuk menyelamatkan penduduk yang berlindung di atas bumbung rumah di bandar Gonaives.
Hanna merupakan ribut tropika ketiga yang melanda Haiti sejak beberapa minggu lalu dan mengakibatkan kemusnahan teruk di seluruh negara terutama di kawasan berhampiran pantai.
Ia diramalkan bertukar menjadi taufan sebelum menuju ke pantai tenggara Amerika Syarikat (AS) dan diikuti oleh Ribut Tropika Ike yang telah pun mencapai tahap taufan ketika melalui Lautan Atlantik semalam.
Presiden Haiti, Rene Preval mengeluarkan amaran "bencana luar biasa" seperti mana Ribut Tropika Jeanne yang pernah meragut lebih 3,000 nyawa di negara ini empat tahun lalu.
Hanna dijangka bergerak ke bahagian tengah dan utara Bahamas hari ini dan bertukar menjadi taufan sebelum membadai pesisiran AS dekat sempadan North Carolina dengan Virginia, lusa.
Ike pula setakat ini membawa angin selaju 130 kilometer sejam ketika melalui Atlantik dan kini berada pada jarak 1,080 kilometer dari Kepulauan Leeward.
Pusat Taufan Kebangsaan AS dalam kenyataannya berkata, Ike berisiko menjadi taufan Kategori 3 dengan angin selaju 178 hingga 209 kilometer sejam apabila tiba di selatan Bahamas dan mendekati Cuba awal minggu depan.
Taufan dikategorikan sebagai besar apabila mencapai Kategori 3 hingga 5 mengikut skala Saffir-Simpson.
Ribut Tropika Josephine turut mengekori Ike dan menuju ke arah barat tetapi ia semakin lemah.
- Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Korban Hanna kini 136
PORT-AU-PRINCE, Haiti 5 Sept. - Jumlah nyawa yang terkorban akibat Ribut Tropika Hanna yang melanda negara ini kini meningkat kepada 136 orang berbanding 61, semalam.
Ketua Pejabat Perlindungan Bencana Haiti, Alta Jean-Baptise berkata, Gonaives, bandar ketiga terbesar yang terletak di utara merupakan kawasan yang paling teruk dibadai Hanna.
Katanya, 102 daripada kematian akibat Ribut Tropika Hanna itu dilaporkan berlaku di Gonaives.
Bandar tersebut pernah menyaksikan lebih 3,000 penduduknya terkorban sewaktu Ribut Tropika Jeanne melanda pada 2005.
Jean-Baptiste berkata, banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat telah memaksa kira-kira 10,000 penduduk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.
Selain Hanna, Haiti diramal bakal dilanda Taufan Ike, yang kini berada pada Kategori 4 dalam skala Saffir-Simpson.
Taufan Hanna dijangka bergerak ke Pulau Hispaniola utara Haiti.
Ike dijangka bergerak ke bahagian utara Bahamas dan membadai persisiran pantai Amerika Syarikat (AS), esok.
Bagaimanapun, seorang pegawai dari Pusat Perkhidmatan Cuaca Haiti, Ronald Semelfort berkata, setakat ini belum ada pengumuman mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil bagi mengelakkan kesan buruk akibat Taufan Ike tersebut.
- AFP |
|
|
|
|
|
|
|
137 korban Hanna di Haiti
TENGGELAM: Gambar dikeluarkan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Haiti, menunjukkan kawasan bandar Gonaives, yang ditenggelami banjir selepas Taufan Hanna melanda, sejak empat hari lalu.
|
Dua lagi taufan turut menuju Amerika Syarikat, Caribbean
GONAIVES: Korban Taufan Hanna di Haiti meningkat dua kali ganda kepada 137 orang setakat semalam, dengan kebanyakan mangsanya adalah penduduk di bandar pelabuhan yang ditenggelami banjir.
Hanna juga semakin menuju kawasan pesisiran pantai tenggara Amerika Syarikat yang dijangka melanda seawal pagi ini.
Selain Hanna, ada dua lagi taufan yang bakal melanda iaitu Taufan Ike yang berkemampuan mencecah Kategori Empat serta Josephine. Ike yang menjadi taufan ketiga pada musim kali ini yang melanda 1 Jun hingga 30 November ini. Josephine setakat ini mempunyai angin selaju 75 kilometer sejam.
Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perlindungan Awam Haiti dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, berkata 80 orang maut di bandar itu yang terputus hubungan sama sekali.
Kira-kira 250,000 orang terjejas akibat Hanna di Gonaives manakala 54,000 penduduk di seluruh Haiti turut terbabit. Seorang pegawai kanan Haiti menyifatkan kesan taufan Hanna ke atas negara itu sangat dahsyat.
Beribu-ribu rumah musnah manakala penduduk yang selamat terpaksa memanjat bumbung untu k menyelamatkan barangan mereka dan mengeringkan pakaian.
Takungan air sementara terbentuk di hampir setiap jalan di bandar ini, manakala kereta terbalik dan barangan elektrik kelihatan terapung, ketika pihak berkuasa cuba mendapatkan bantuan makanan dan air bersih untuk penduduk yang terperangkap.
Konvoi bantuan meninggalkan pangkalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuju ke bandar itu bagi menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terperangkap dan kelaparan antara bantuan terawal awal tiba ke kawasan bencana.
"Hampir semua jalan menuju Govaives terhalang, sama ada akibat jambatan runtuh, pokok tumbang atau jalan terputus akibat banjir, bagaimanapun kami akan melakukan segala yang terdaya untuk membantu mereka," kata wakil agensi makanan PBB Myrta Kaulard.
Kaulard berkata pihaknya juga berharap helikopter PBB boleh membawa lebih kakitangannya untuk mula menghulurkan bantuan termasuk 19 tan biskut, 50 tan air dan ubat penulen air.
Di ibu negara Haiti jurucakap kedutaan Amerika Mari Tolliver berkata bekalan bantuan bernilai AS$250,000 (RM825,000) sudah tiba di Haiti, termasuk air minuman botol yang akan dihantar ke Gonaives sama ada dengan bot atau pesawat.
"Matlamat kami ialah untuk tiba di tempat kejadian dalam sehari dua lagi," katanya yang menambah bantuan bernilai AS$100,000 (RM330,000) lagi akan digunakan membeli peralatan tempat tidur dan dapur untuk diberikan kepada mangsa.
Pengerusi Makanan Bagi Penduduk Miskin Haiti, Daniel Rouzier berkata keadaan di Gonaives amat dahsyat.
"Keadaan kami juga sama seperti mangsa, kami mempunyai sumber yang terhad. kami tidak dapat menaiki bot, truk atau menerbangkan apa-apa bantuan kepada mangsa," katanya.
Sementara itu taufan Hanna mula bergerak ke pesisir Bahamas, melepasi perairan timur Atlantik lewat malam ini dan dijangka tiba di Carolina Selatan menjelang esok.
Bagaimanapun Pusat Taufan Kebangsaan Amerika di Miami berkata, angin kencang yang berubah kepada taufan dijangka tiba lebih awal. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
Korban ribut Hanna di Haiti meningkat
06/09/2008
SALVO, Amerika Syarikat (AS) 6 Sept. – Jumlah korban akibat Ribut Tropika Hanna di Haiti meningkat melebihi 529 orang, berbanding 136 orang semalam.
Pesuruhjaya Polis Haiti, Ernst Dorfeuille berkata, sebanyak 495 mayat telah dijumpai di bandar Gonaives, di mana beribu-ribu penduduk terpaksa memanjat bumbung rumah untuk menyelamatkan diri.
Haiti yang dilanda tiga taufan dalam tempoh kurang sebulan, mula menerima kedatangan kapal dan pesawat yang membawa bantuan kemanusiaan.
Sementara itu, Pusat Taufan Kebangsaan AS berkata, Hanna dijangka akan mencapai kekuatan tahap pertama apabila ia melintasi North dan South Carolina lewat hari ini.
Sehubungan itu, pihak berkuasa telah mengisytiharkan darurat di Carolina dan mengarahkan penduduk berhampiran kawasan pantai di North Carolina berpindah.
Selain itu, amaran ancaman taufan turut dikeluarkan di Georgia sehingga ke New Jersey dan Washington DC.
Selain Hanna, AS akan turut berdepan dengan ancaman Taufan Ike yang mula melintasi Lautan Atlantik dan dijangka membadai selatan Florida dan Teluk Mexico.
Pusat Taufan di Miami berkata, Taufan Ike dijangka membadai dalam kekuatan lebih tinggi.
Lewat malam tadi Taufan Ike membadai kawasan utara timur laut Puerto Rico dengan angin kencang 510 kilometer sejam dan dijangka membadai selatan Bahamas esok. – Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Storm death toll in Haiti exceeds 500: UN
AFP Photo Aerial view of the Haitian city of Gonaives after the passing of Tropical Storm Hanna. The UN's Office for the Coordination of Humanitarian Affairs said the death toll in Haiti from Hanna has exceeded 500 and is growing by the hour.
|
ZURICH (AFP) - The death toll in Haiti from Tropical Storm Hanna has exceeded 500 and is growing by the hour, the UN's Office for the Coordination of Humanitarian Affairs said Saturday.
"The toll is increasing hourly," an OCHA official told AFP, adding that "according to information from the government (in Port-au-Prince) we have reached more than 500 deaths."
Previous reports said at least 163 people had been killed during the passage of Hanna, which deluged Haiti early this week just eight days after Hurricane Gustav caused around 77 deaths.
Tropical Storm Fay two weeks ago killed another 40 people in Haiti, the poorest nation in the Americas with 70 percent of its people living in poverty and mountainous terrain prone to mudslides.
The worst-hit city was Gonaives, Haiti's third largest, which was flooded after being hit by Hanna Monday and Tuesday, leaving some 200,000 people with little food or water since the storm.
Haiti had pleaded for emergency international aid after the late-summer conga line of storms laid waste to parts of Hispaniola, the island Haiti shares with the Dominican Republic.
© AFP 2008 |
|
|
|
|
|
|
|
GONAIVES, Sept 15 - Cries of adulation - and hunger - followed Haitian-born singer Wyclef Jean and actor Matt Damon as they toured flood-ravaged Gonaives yesterday to call attention to widespread suffering in the marooned city.
Tropical Storm Hanna and Hurricane Ike submerged the Haitian city and cut off roadways. Where waters have receded, streets remain a stinking mud bath and homes are carpeted with muck and encrusted pots, pans and laundry.
-I"m speechless, I can"t believe it,- said Damon, looking down from a UN |
|
|
|
|
|
|
|
Taufan Ike: Cuba bakal alami krisis makanan
HAVANA 19 Sept. |
|
|
|
|
|
|
| |
|