CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4723|Reply: 25

jangan sia-siakan revolusi perancis

[Copy link]
Post time 20-9-2008 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Pernah atau tidak terlintas di fikiran kita, bagaimana jika sistem politik dan susunan sosiol yang wujud hari ini masih berkiblatkan feudal tradisional dengan susunan bentuk piramid normal. Golongan autokrat, bangsawan dan mereka yang kaya-raya berada di atas manakala golongan miskin, pekerja dan petani berada di bahagian paling bawah? Sedarkah kita bahawa golongan yang duduk di atas itu adalah golongan yang sedikit dan mempunyai kekuatan suara yang tidak kuat, tetapi mereka yang berada di dalam susunan paling bawah merupakan kelompok yang ramai serta mempunyai kelantangan suara yang mampu menggegarkan?

Mungkin kita fikir kini kita sedang menuju ke arah dunia dan negara yang bebas dan mengamalkan prinsip demokrasi. Tetapi saya yakin ramai di antara kita yang tidak pernah terfikir bahawa waktu feudal masih lagi belum berlalu daripada jam tangan dan dinding masyarakat di sini. Amalan kita di sini jelas begitu mengagungkan golongan atasan, jika dahulu golongan atasan itu saya anggap sebagai kelompok autokrat, bangsawan dan hartawan tetapi pada ketika ini golongan atasan ialah mereka yang memimpin dan menjadi pemerintah dalam kerajaan yang wujud.

Perubahan itu hanya pada terma golongan atasan sahaja, tetapi maksud dan makna golongan bawahan masih tidak berubah, mereka ialah rakyat biasa, petani, pekerja, nelayan, buruh dan sebagainya. Mereka ini kelompoknya ramai daripada golongan pemimpin yang wujud, namun begitu apa yang pelik dan menghairankan ialah golongan ramai ini tunduk dan patuh kepada arahan golongan yang sedikit. Rasa tunduk mereka itu ditambah lagi dengan rasa hormat yang kadangkala berlebih-lebihan.

Saya bukan mengajak untuk kita semua membenci pemimpin, tetapi saya mengajak kita berfikir mengapa kita perlu lupakan kuasa yang ada pada kita? Mengapa kita perlu takut untuk bersuara apabila kita sedar mereka telah melakukan kesilapan? Ini adalah dua persoalan penting yang berada di tengah-tengah ketika kita menilai sistem feudal dan demokrasi. Ke mana mahu kita jatuhkan jawapan kepada soalan ini? Di bahagian demokrasi atau pada bahagian sistem feudal tradisional?

Secara asasnya demokrasi itu adalah mengikut landasan prinsip kesaksamaan dan kebebasan, ini bermakna perbezaan pendapat, kritikan terhadap pemerintah atau golongan atasan serta kemampuan mengeluarkan pendapat secara bebas dan bertanggungjawab tidak menjadi sebarang masalah jika kita ini demokrasi dan merancang untuk menuju ke arah itu.

Jadi apabila kita memilih sistem demokrasi maka kita akan melihat dunia dan negara itu bukan milik golongan atasan atau pemerintah, mereka hanya menjalankan tugas yang telah kita amanahkan kepada mereka. Mereka perlu bijak membuat kerja dan rajin dalam menjalankan tugas. Rakyat mahu hati mereka dipuaskan seboleh yang mungkin jadi tujuan utama pemerintah ini dipilih ialah untuk memuaskan hati rakyat dan mentadbir negara dengan baik, bukannya menjadi individu yang mahu dirinya di megah-megahkan atau tangannya dicium kiri dan kanan. Jika seseorang pemerintah itu mahu dipilih kerana hanya mahu terkenal, ingin bermegah-megah dan mendabik dada, saya fikir mereka sudah tersesat jalan.

Di sini, kita seolah-olah seperti sudah diajar bahawa pemimpin itu perlu disanjung dan diletak di atas kepala, walhal kita terlupa yang mereka itu dipilih oleh siapa? Mereka menjalankan kerja untuk siapa? Bukankah kita yang sepatutnya mereka sanjung dan kita yang sepatutnya mereka puja, kerana tanpa kita mereka tiada apa-apa.
Jadi berbalik kepada dua persoalan utama saya tadi dan ke mana kita mahu jatuhkan jawapannya, demokrasi atau feudal tradisional?

Jika kita memilih demokrasi maka kita sekarang sedang berjalan ke hadapan tetapi jika kita memilih feudal nampaknya kita sudah mula mahu berpatah semula ke belakang dan melupakan masa depan.
Akhirnya, saya fikir jika kita tetap mahu berpegang kepada amalan feudal, saya cadangkan kita terbalikkan piramid feudal agar golongan yang ramai duduk di atas dan mereka yang sedikit duduk di bawah supaya falsafah perjuangan dalam Revolusi Perancis tidak sia-sia.

baca dan pikirlah sendiri...jgn jadi orang bodo yang berkuasa

kredit to: langityangindah.blogspot.com

**aku da letak kt ada satu thread tu...tapi rasanya elok la aku wat thread lain...bg bincang secara specific sket...**
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2008 04:27 PM | Show all posts

Reply #1 piqa666's post

Tumpang   tanya  ...  hang   komunis   ker?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2008 04:32 PM | Show all posts

Reply #2 mahathirGX's post

awat mahadiaq??
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 20-9-2008 04:27 PM
Tumpang   tanya  ...  hang   komunis   ker?  


Bagi la dia can nak bersuara, ko nih pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2008 04:44 PM | Show all posts
mintak rakyat mesia sedaq diri ja....jgn suka menjilaat pemimpin. bukan suruh rakyat mesia jd komunis plak..huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 10:04 PM | Show all posts

Reply #5 piqa666's post

Apa  yg   perlu   disedarkan  sebenarnya  ......
Politik    ni  tak  lebih  dari  perebutan   kuasa   dan  teraju   pemerintahan  ....
Pemimpin   ni  ada   seribu  wajah   ......   mereka   boleh  jadik  Malaikat, Nabi, ......   Setan, Dajal   pun  boleh ......  

[ Last edited by  mahathirGX at 20-9-2008 09:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2008 11:23 PM | Show all posts

Reply #6 mahathirGX's post

politic is the means for proletariat to express their will to capitalist and the capitalist or may be i shud call "leader" to fulfill their will and hope.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 06:19 PM | Show all posts
bersyukurlah dgn apa yg ada di negara nih...jgn sampai jadi seperti negara2 lain yg musnah angkara sifat tak puas hati dan memberontak sehingga bergaduh sesama sendiri manakala di pihak lain bertepuk tgn.... :re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2008 10:33 PM | Show all posts

Reply #8 narvmarishka's post

bersyukurlah dgn k'jaan yg mencekik duit rakyat tanpa rasa bersalah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 08:14 AM | Show all posts
konsep aku.. nak makn bole... tp agak2 la.. ni sekali hambat 7 keturunan xhabis apa cerita... kalau buat keja betul2 xpe gak.. siot je kadang2.. pemimping jadi yang berkhidmat.. bukan yang berhormat atau yang boroi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 09:36 AM | Show all posts

Reply #6 mahathirGX's post

Yang mula2 wajah malaikat lama2 bertukar setan pun bleh...dok bertukar2 ikut trend pun boleh....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 09:37 AM | Show all posts
Cuma bila tuan tanah bukak thread 'jangan sia-siakan revolusi perancis'...aku ingat dia salah bod...nak masuk bod France ka.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 01:13 PM | Show all posts
X PAYAH NAK AGUNG2KAN REVOLUSI FRANCE YG BERDARAH TUH ...

SEBENARNYA PERUBAHAN SISTEM POLITIK & SOsiol DI DLM DUNIA AKHIR ZMN NIH SEMUANYA KERANA KEBERKATAN BAGINDA NABI SAW ...  

HANYA NABI SAW YG MEMECAHKAN TRADISI2 NIH ....  

SEBENARANYA, SEGALA REVOLUSI YG BERLAKU KAT DUNIA X BOLEH NAK DI BANDINGKAN LANGSUNG DGN JASA BAGINDA NABI SAW KPD UMMAT MANUSIA DARI SEGI AGAMA, SOsiol & POLITIK ...

SILAP2, REVOLUSI2 TUH SEMUANYA CIPLAK DARI JASA2 BAGINDA NABI SAW TERHADAP MANUSIA NIH ..

DUNIA PATUT BENAR BERTERIMA KASEH KPD BAGINDA NABI SAW ...

ALLAHUMMA SOLLI A'LAA SAYYIDINA MUHAMMAD ...  

[ Last edited by  sirri_khafi at 22-9-2008 01:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 06:14 PM | Show all posts
Originally posted by <i>piqa666</i> at 21-9-2008 04:33 AM <a href="http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=26044150&ptid=376806" target="_blank"><img src="http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />
bersyukurlah dgn k'jaan yg mencekik duit rakyat tanpa rasa bersalah...
<br />

  jgn buruk sangka terhadap org lain...hanya kerana tak puas hati dg apa yg telah di sediakan...manusia selalunya tak pernah bersyukur dgn apa yg ada....:re:
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 09:20 PM | Show all posts
dan manusia juga x pernah bersyukur dgn ALLAH SWT ...

ALLAH bagi nikmat kemedekaan kpd org2 melyu yg beragama islam supaya bebas mengamalkan perintah ALLAH SWT & bebas mengamalkan sunnah2 nabi SAW ...

ALLAH SWT kurniakan nikmat ketuanan di tanah melayu kpd org2 melayu yg beragama islam supaya menegakkan HUKUM2 NYA & PERINTAH2 NYA serta mengakkan KEADILAN & MENGHAPUSKAN KEZALIMAN ....

tetapi org2 melayu muslim tidak mensyukuri akan nikmat2 NYA serta tidak gheti menghargai akan kurniaan NYA ...

barangsiapa yg bersyukur, maka ALLAH akn tambahkan nikmat ...

barangsiapa yg kufur, maka sesungguhnya ALLAH itu MAHA KAYA ...

jangan lah sangka yg tanah melayu akan kekal selama2nya di tangan org melayu ...

ALLAH SWT bila2 masa boleh cabut akan " anugerah " & "  nikmat2 NYA " ...

oleh itu bertaubatlah & beristighfarlah ...

hapuskan kezaliman & tegakkanlah keadilan ...  

ingat wahai org2 melayu yg beragama islam ..

ingat .. ingat ... dan BERINGAT ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 09:28 PM | Show all posts
Originally posted by piqa666 at 21-9-2008 10:33 PM
bersyukurlah dgn k'jaan yg mencekik duit rakyat tanpa rasa bersalah...



Niat baik engko org x paham...
Xpe, xpe.. meh masuk thread lain meh..
Jgn amik ati yer...   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2008 09:32 PM | Show all posts

Reply #15 sirri_khafi's post

kalau 2-3 kerat je yg sedar tiada gunanyaa..yg lain masih dibuai dgn hiburan2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2008 09:37 PM | Show all posts

Reply #16 mac_taylor's post

bukan senang nak tukar mind set org...

tak pe ar..aku nak pi moyan kt CI.huhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 02:04 AM | Show all posts
nak kira revolusi perancis, orang melayu lama  kita lagi dah pernah wat..
contohnya pada raja yang zalim satu ketika dulu. kalo tak takkanlah ada kisah hang jebat derhaka dan sultan mahmud mangkat dijulang...kiranya pasal revolusi berdarah ni org melayu lagi advance lar dr omputeh.

[ Last edited by  soljar at 1-11-2008 12:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 12:13 PM | Show all posts
yessss


golongan arostokrat ni harus di hapuskan jika menindas

regards
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066433 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list