CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2149|Reply: 1

ginseng -- terapi ginseng!!

[Copy link]
Post time 6-10-2008 07:51 AM | Show all posts |Read mode
Senjata rahsia Korea
Dipercayai mempunyai pelbagai khasiat kesihatan, akar ginseng kini mendapat tempat di pasaran antarabangsa.



HERBA ginseng ini dipercayai dapat mengurangkan
tekanan dan memberi tenaga.



LATIHAN keras dan dedikasi berjaya membawa atlet Korea Selatan mencatat rekod memenangi 13 pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2008 di Beijing Ogos lalu.

Tetapi, mungkin ramai tidak tahu bahawa sebahagian daripada mereka mempunyai senjata rahsia iaitu akar kayu atau ginseng Korea.

Atlet memanah dan angkat berat menerima bekalan ginseng merah setiap hari, menurut jurucakap Korea Ginseng Corp.

Herba yang dikenali sebagai akar kehidupan ini ditanam di Korea sejak 1,500 tahun lalu. Hingga kini ia masih digemari dan telah pun menambah koleksi penggemarnya hingga ke luar negara.

Ketika ginseng ini popular terutamanya di kalangan atlet, rakyat Korea secara umumnya menyifatkan ia mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan termasuk mengurangkan tekanan, antipenuaan dan malah mampu menguatkan hubungan seksual.

Akar ginseng liar, yang tumbuh di lembah dan lereng bukit, amat terkenal dengan ciri-ciri kesihatan khasnya di negara-negara Asia seperti Korea, Jepun dan China.

Sebatang akar ginseng liar seberat 50 gram yang dipamerkan pada ekspo tahunan ginseng Korea boleh mencecah harga AS$318,000 (RM1.09 juta), menurut seorang jurucakap acara tersebut.



SEMANGKUK sup ayam ginseng yang dihidangkan di salah sebuah restoran di Geumsan County.

Tetapi, ginseng liar amat jarang ditemui dan mahal berbanding pasaran ginseng biasa.

Geumsan County yang terletak 130 kilometer ke selatan Seoul, yang sering menarik lebih sejuta pengunjung setiap tahun untuk menghadiri ekspo, merupakan hab terhadap industri ginseng di Korea.

Ia melibatkan 80 peratus perdagangan terhadap pengeluaran keseluruhan negara.

Tahun lalu, lebih AS$88 juta (RM302 juta) akar ginseng dan produk berkaitan ginseng termasuk AS$12 juta (RM41.2 juta) hasil eksport terjual sepanjang ekspo selama 10 hari itu, jelas pihak penganjur.

Pada tahun 2007, Korea Selatan menghasilkan 21,818 tan akar ginseng dan kebanyakan dipasarkan di pasaran tempatan.

Namun, ginseng masih diminati di pasaran antarabangsa. Tahun lalu hasil eksport meningkat sehingga 1,937 tan yang bernilai AS$92 juta (RM316 juta) berbanding 1,898 tan yang berharga AS$89 juta (RM305 juta) tahun lalu.

Raisa A. Kulkova, seorang profesor kesusasteraan di Sangmyung University di bandar Cheonan berkata, dia telah mula menghargai khasiat tumbuhan terbabit.

"Saya yakin bahawa ginseng sememangnya baik untuk kesihatan. Ibu saya juga mengatakan perkara yang sama apabila dia mengambil ekstrak ginseng iaitu rasa lebih sihat," katanya kepada AFP.

"Sukar untuk menemui akar ginseng dan lain-lain produk ginseng seperti ini di negara luar," jelas Kulkova lagi sambil menunjukkan tiga jenis ginseng yang diwap untuk dirinya serta ibu yang berusia 80 tahun dan tinggal di Moscow.



AKAR ginseng dibasuh dan dibersihkan sebelum diproses
menjadi produk ginseng merah di salah sebuah kilang di Buyeo.



Tranthi Khanh Van, seorang wartawan dari Vietnam berkata, dia membeli 700 gram akar ginseng dan beberapa cecair ginseng yang telah diwap untuk ayahnya.

"Ayah sering berkata ginseng Korea dapat membantu mengurangkan keletihan terutamanya ketika menempuh perjalanan jauh," ujar Khanh Van.

Sementara itu, Jang Ik-Hyun, seorang pekerja kerajaan berusia 57 tahun berkata, dia dan isterinya merupakan penggemar setia ginseng kerana ia mampu mengurangkan rasa penat yang dialami dan mencegah demam.

Menurut isteri Ik-Hyun, atas sebab-sebab sosiol suaminya terpaksa menghadiri parti dan sering meminum alkohol, tetapi dia tidak mempunyai masalah dengan perut atau hatinya.

"Saya rasa ini semua disebabkan terapi ginseng yang saya syorkan padanya," katanya sambil tersenyum. - AFP





aku kalu sakit2 perot ker  fenin fenin... mmg aku selalu pi kedai ginseng cina nih...  aku rasa minum ayaq ginseng akaq akaq kayu ni mmg baguih... natural lak tu....  tak ada chemical ke hulu... chemical ke hiliq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2008 08:35 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

awak..klu yg dah diproses dlm kapsul tu camner?..ok ker?...sy nak try.. tapi ragu2 plak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.044616 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list