View: 2422|Reply: 4
|
TIBET : Update - 2 gempa bumi 6.6 & 6.8 richter - 60 mati
[Copy link]
|
|
Gempa 6.6 skala Richter landa Tibet
BEIJING: Gempa kuat berukuran 6.6 skala Richter melanda wilayah Himalaya, Tibet, hari ini, menurut Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat.
Gempa yang berlaku jam 4.30 petang waktu tempatan itu melanda kawasan di 84 kilometer di barat ibu negara Tibet, Lhasa.
Sementara gempa susulan 5.1 skala Richter melanda kira-kira 15 minit kemudian.
Bagaimanapun, setakat ini, tiada maklumat segera mengenai jumlah kerosakan dan mangsa yang cedera. - AFP
nanti bila ada update lagi aku post kan ler
[ Last edited by amazed at 6-10-2008 11:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
OMG |
|
|
|
|
|
|
|
byk nyer gempa bumi.. sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
06 Oktober, 2008 22:33 PM | | Dua Gempa Kuat Landa Barat China
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 6 Okt (Bernama) -- Dua gempa bumi yang kuat menggegarkan bahagian barat China dalam masa 24 jam tetapi tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa dari gegaran yang melanda Tibet pada petang Isnin dan wilayah Xinjiang Ugyur.
Gempa dengan magnitud 6.6 melanda daerah Damxung di Lhasa, ibu negeri Tibet yang menempatkan kesan sejarah tua seperti Istana Potala yang terkenal pada 4.30 petang, lapor agensi berita Xinhua.
Pusat gempa terletak pada jarak 82km dari Lhasa yang menerima gegaran itu.
Satu pasukan dari jabatan seismologi Tibet dihantar menyiasat.
Satu lagi ialah gegaran bermagnitud 6.8 yang melanda wilayah pergunungan di bahagian barat Xinjiang pada 11.52 malam pada Ahad sejurus selepas gempa yang mengorbankan nyawa itu melanda Kyrgyzstan, negara Asia tengah di mana sekurang-kurangnya 70 orang terkorban.
Hampir 70 kesan gegaran direkodkkan tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali kerosakan ke atas rumah-rumah desa, kata Xinhua.
Ia berlaku di daerah Wuqia yang mudah dilanda gempa kira-kira 1,500km dari Urumqi, ibu negeri Xinjiang.
China dilanda gempa paling teruk tahun ini bila gegaran bermagnitud 8.0 melanda wilayah Sichuan dan mengorbankan hampir 70,000 nyawa.
-- BERNAMA
blimeyyyyyy.. sampai 2 gempa woooo |
|
|
|
|
|
|
|
30 Terbunuh Dalam Gempa Bumi Dekat Lhasa
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 6 Okt (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh apabila gempa bumi kuat melanda Tibet, 82km dari ibu negaranya, Lhasa, pada Isnin dan lebih ramai mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan, menurut laporan media rasmi.
Banyak rumah runtuh dan lalu lintas serta talian telekomunikasi terputus di bandar Gedar dalam daerah Damxung, iaitu pusat gempa dengan magnitud 6.6 yang melanda pada 4.30 petang, menurut laporan Agensi Berita Xinhua yang memetik kerajaan tempatan Tibet.
Xinhua berkata kematian dan kecederaan turut dilaporkan di daerah berjiran tetapi jumlahnya masih belum dapat disahkan.
Gegaran dirasai di Lhasa yang menempatkan tinggalan purba seperti Potala Palace dan Jokhang Palace yang bersejarah, tetapi kedua-dua tempat tarikan pelancong itu tidak mengalami kerosakan besar, kata Xinhua.
Perkhidmatan kereta api Qinghai-Tibet, dan Lapangan Terbang Lhasa berjalan seperti biasa.
Gempa bumi di Tibet adalah gempa bumi kedua terbesar yang menggegarkan barat China dalam tempoh 24 jam.
Satu lagi ialah gegaran dengan magnitud 6.8 yang melanda wilayah pergunungan di bahagian barat Xinjiang pada 11.52 malam Ahad sejurus selepas gempa yang mengorbankan nyawa itu melanda Kyrgyzstan, negara Asia tengah yang menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh.
Hampir 70 gegaran susulan dicatatkan tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali kerosakan pada rumah di luar bandar, kata Xinhua.
Gegaran itu berlaku di daerah Wuqia yang seringkali dilanda gempa kira-kira 1,500km dari Urumqi, ibu negeri Xinjiang.
China dilanda gempa paling teruk tahun ini apabila gegaran dengan magnitud 8.0 melanda wilayah Sichuan dan mengorbankan hampir 70,000 orang.
-- BERNAMA
kat news tadi aku dengar 60 mati so far.... dan akan meningkat lagi -!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|