CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: raducan

Pesona Arjuna

[Copy link]
Post time 15-10-2008 02:50 PM | Show all posts

Balas #21 demonagirl6\ catat

Puan,

Kesannya ada banyak...

Kalau macam saya, pada awal penggunaan, saya rasa sangat mengantuk dan kadangkala, saya tidur macam tak sedarkan diri...tapi yang saya perasan, konsentrasi ketika beribadah semakin meningkat dan kalau kita berdoa, rasa penujuan kepada Yang Maha Esa itu sangat kuat. Dan kemudian, semakin hari yang nyata sekali ialah pada kulit muka dan badan, nampak bersih, bercahaya dan muka kelihatan bersih dan pejal...

Keyakinan diri itu datang setelah ketenangan itu ada...dan rakan2 menjadi semakin segan untuk bersikap biadap...dan menarik perhatian lawan jenis.

Dulu, ditakdirkan Tuhan, bos saya macam kenal tak kenal je saya...dan dia tidak pernah panggil saya duduk untuk dia berbual dengan saya..kalau saya datang berjumpa dengan dia..tetapi sekarang dia suka kalau saya datang, duduk dan berbual dengan dia...rakan2 di pejabat, dengan izin Allah juga semakin senang untuk membantu kita dengan keikhlasan dan cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak kita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2008 11:09 AM | Show all posts

Balas #22 hashimsamsul\ catat

UPPPPPPPPPPPPPPPPPP............
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 11:40 AM | Show all posts
Hmmm..RM555 tuh macam mahal sangat ler.Tapi menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 12:45 PM | Show all posts

Balas #24 adwim79\ catat

boleh minta diskaun..insyaAllah...ikut budi bicara dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 02:27 PM | Show all posts
Sejak amalkan arjuna nih, isteri semakin sayang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 08:51 PM | Show all posts

Balas #26 adwim79\ catat

saya tak kahwin lagi...tapi alhamdulillah,muka naik seri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2008 11:04 AM | Show all posts
One more t hing, persona arjuna nih memang confim takde amalan amalan yang memesongkan akidah ekk? Ada certification tak from any governing Islamic body?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 11:30 AM | Show all posts

Balas #28 adwim79\ catat

Di dalam manual adalah ayat-ayat Quran dan doa-doa kepada Allah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2008 12:52 PM | Show all posts
Sewaktu mengamalkannya, kalau tawajjuh kuat, akan rasa sejuk nyaman dan tenang dalam jiwa...kulit akan kelihatan halus bersih, insyaAllah. Yang saya perasan, sebelum ni saya seorang yang pendendam, tapi dengan amalan yang dilakukan, perasaan itu nyata semakin berkurang....wallahu'alam

Di awal amalan, akan berasa sakit kepala, sakit otot, rasa panas yang agak melampau,mungkin kerana pada awalnya, energi masih tidak selari dengan badan kita. Tapi, lama kelamaan, keadaan itu akan menjadi ok..Percayalah, dengan izin Allah, banyak kelebihan yang akan dapat...orang jadi sayang, muka jadi berseri dan ada daya penarik
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 02:51 PM | Show all posts

Balas #30 hashimsamsul\ catat

betul ke nih????
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 02:43 AM | Show all posts
Bonus:
Memanjangkan dan membesarkan zakar secara ghaib (menggunakan asmaul husna dan kalimah tauhid)

Membesarkan zakar (sama seperti di atas tetapi ada tambahan wirid yang perlu dibaca 7 kali)

Memanjangkan masa untuk ejakulasi (menggunakan Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Selawat, Asmaul Husna dan wirid) sebelum jimak

Membuat isteri sentiasa sayang dan tak mahu curang (menggunakan ayat suci Al-Quran dan asmaul husna)

Ilmu menyerikan muka menggunakan surah Yusuf (dibaca 3x selepas solat fardu, tiup ke tangan dan sapu ke muka)

Itu sahaja

InsyaAllah membantu...


Kamu guna "asma ul husna" untuk membesar dan memanjangkan zakar....  bagi bonus lagi tu....
cuba cerita dengan orang ramai kat sini apa bendanya "asma ul husna" tu yang dikaitan dengan zakar tu?

inilah apa yang dikata orang Islam pada tradisi sahaja.... nauzubillah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 01:19 PM | Show all posts

Balas #32 kupia\ catat

Tuan dah salah sangka...

Allah ada banyak nama dan nama2 itu melambangkan sifat-sifatnya..

mengenai pertanyaan Tuan,

Untuk berjimak, zakar memerlukan keperkasaan dan kekuatan..bagaimana nak mendapatkan kekuatan pada diri untuk tujuan itu?. Dengan menggunakan permohonan..jadi asmaul husna Allah yang berkaitan dengan keperkasaan digunakan untuk tujuan itu...cuma medium sahaja yang berbeza...ada orang guna air,tapi dalam hal ini, ia menggunakan lilin...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 02:58 PM | Show all posts
Originally posted by hashimsamsul at 27-10-2008 01:19 PM
Tuan dah salah sangka...

Allah ada banyak nama dan nama2 itu melambangkan sifat-sifatnya..

mengenai pertanyaan Tuan,

Untuk berjimak, zakar memerlukan keperkasaan dan kekuatan..bagaimana  ...


Tak ada salah sangka dalam soal ini... Dalam begitu panjang lebar tulisan di atas, pointnya cuma ada dua..

1.  Energi
2.  Aura

Diselitkan air zam zam, tasbih, tahmid, tahlil dan sebagainya itu semua sebagai komestik untuk menipu dan merosakkan kesucian ugama dan umat Islam.
Kamu tau dari mana asalnya dua perkara ini?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 05:37 PM | Show all posts

Balas #34 kupia\ catat

Tuan,

Tasbih, tahmid dan tahlil yang diselitkan adalah sebagai kosmetik menipu??

Tuan,

Dalam Quran sendiri mengatakan bahawa cahaya adalah milik Allah

"Allah is the Light of the heavens and the earth." (Surah An-Nur 24:35)

Jadi, kita sebagai manusia menerima cahaya dari Allah (energi) untuk memperkuatkan lapisan aura yang sememangnya ada dalam diri kita...Ada tiga lapisan aura dalam diri manusia (kalau Tuan tengok ceramah Dr. Fadzilah Kamsah),beliau menyatakan, aura yang pertama, aura emosi, kemudian aura kesihatan dan kemudiannya aura spiritual...Bila aura-aura ini kuat, maka akan terpancarlah magnetism diri..seperti muka nampak berseri-seri...perasaan tenang dan sebagainya...

Nak memperkuatkan aura ni, mestilah gunakan energi dan energi dalam manusia perlu diaktifkan supaya senang nak menerima energi dari Allah...zikir2 tersebut adalah bertindak sebagai medium untuk memperkuatkan aura spiritual dan merupakan medium untuk memohon dari Allah..itu adalah sesuatu yang biasa..

Kalau air zam-zam yang diletakkan energi di dalamnya menjadi masalah, bagaimana pula pandangan Tuan terhadap produk2 keislaman yang juga menggunakan air sebagai medium untuk transfer energi..sebagai contoh..air aura, produk kecantikan Anusyrah (kalau tak silap) dan sebagainya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 06:24 PM | Show all posts
Sebenarnya semua ini hanya 'mirage' saja...
Hanya jambatan menuju kpd Pencipta...
Yg sebenar2nya, yg mengizinkan semua ini berlaku ialah Allah s.w.t jua...
Jgn sampai kita taksub kpd ilmu2 sebegini sehingga lupa bahwa yg mengizinkan, tetap Allah juga...
   :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 06:45 PM | Show all posts
Tuan,

Tasbih, tahmid dan tahlil yang diselitkan adalah sebagai kosmetik menipu??

Tuan,

Dalam Quran sendiri mengatakan bahawa cahaya adalah milik Allah

"Allah is the Light of the heavens and the earth." (Surah An-Nur 24:35)

Jadi, kita sebagai manusia menerima cahaya dari Allah (energi) untukmemperkuatkan lapisan aura yang sememangnya ada dalam diri kita...Adatiga lapisan aura dalam diri manusia (kalau Tuan tengok ceramah Dr.Fadzilah Kamsah),beliau menyatakan, aura yang pertama, aura emosi,kemudian aura kesihatan dan kemudiannya aura spiritual...Bila aura-auraini kuat, maka akan terpancarlah magnetism diri..seperti muka nampakberseri-seri...perasaan tenang dan sebagainya...


Bang! energi (tenaga dalaman) ni ajaran agama hindu purba, tak ada kena mengena dengan Islam.  Nabi saw tak pernah mengajar umat pasal aura2 ni semua.  Jangan putar2 maksud ayat An-Nur 35 tu, semua ulamak tafsirkan itu "Hidyah Petunjuk" pada makhluk langit dan bumi dari Allah tak ada kena mengena dengan "energi".  Jangan jual nama Dr Fadzilah pulak, dia pun memetik sumber agama dari Rasulullah saw, dia tak menjual ilmu energi ni.  Aura dan enegi ni di majukan di barat, tapi orang putih ni di buangnya semua jampi mentera ritual agama hindu tu untuk sesuai dengan selera dia.  Mengapa mesti orang Islam mengamalkan budaya agama hindu/budha ni?  

Nak memperkuatkan aura ni, mestilah gunakan energi dan energi dalammanusia perlu diaktifkan supaya senang nak menerima energi dariAllah...zikir2 tersebut adalah bertindak sebagai medium untukmemperkuatkan aura spiritual dan merupakan medium untuk memohon dariAllah..itu adalah sesuatu yang biasa..

Kalau air zam-zam yang diletakkan energi di dalamnya menjadi masalah,bagaimana pula pandangan Tuan terhadap produk2 keislaman yang jugamenggunakan air sebagai medium untuk transfer energi..sebagaicontoh..air aura, produk kecantikan Anusyrah (kalau tak silap) dansebagainya...


Islam tidak penah suruh guna "energi" yang ntah dari mana asalnya tu, tak pernah Islam sebut pun pasal aura ni untuk mengukuh dan menguatkan rohani. Rasulullah saw dah lengkap dan sempurna mengajar umat dia macamana nak buat, tak perlu ambik dari ajaran hindu.  Transfer energi, aura, ansyurah ini semua kerja ahli bida'ah...  Rawatan Islam guna air bersih biasa ja, tak ada transfer-transfer energi, tak ada aura-aura ni, baca ayat2 Quran dah lebih daripada mencukupi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2008 07:26 PM | Show all posts
Bang! energi (tenaga dalaman) ni ajaran agama hindu purba, tak ada kena mengena dengan Islam.  Nabi saw tak pernah mengajar umat pasal aura2 ni semua.  Jangan putar2 maksud ayat An-Nur 35 tu, semua ulamak tafsirkan itu "Hidyah Petunjuk" pada makhluk langit dan bumi dari Allah tak ada kena mengena dengan "energi".  Jangan jual nama Dr Fadzilah pulak, dia pun memetik sumber agama dari Rasulullah saw, dia tak menjual ilmu energi ni.  Aura dan enegi ni di majukan di barat, tapi orang putih ni di buangnya semua jampi mentera ritual agama hindu tu untuk sesuai dengan selera dia.  Mengapa mesti orang Islam mengamalkan budaya agama hindu/budha ni?

Respons saya kepada Tuan:

Bukan semua ulamak mentafsirkan begitu..tapi ia juga bermaksud bahawa Allahlah punca segala-galanya..kudratNya yang menentukan terjadi segala-galanya kepada alam ini..tenaga semua berasal dari Allah, Dia berikan tenaga kepada cahaya matahari untuk memanaskan bumi...kemudian menjadi sumber cahaya kepada seluruh alam dan asas kepada pembentukan hidupan di bumi..

Sama ada Tuan nak nafikan atau tidak, memang tenaga itu ada di sekeliling kita dan orang yang dapat memanfaatkan energi tersebut sahaja yang boleh mendapat kelebihannya..contoh yang paling nyata ialah tumbuhan...kerana tumbuhan mempunyai keupayaan untuk menyerap energi (tenaga cahaya) dari matahari, maka dia dapat membentuk makanan dan membesar dan kemudiannya, energi ini disalurkan kepada hidupan yang memakan tumbuhan tersebut, dan energi ini akan terus disalurkan kepada hidupan sepanjang rantaian makanan tersebut. Ini juga dinamakan transfer energi..Jadi, transfer energi memang berlaku dalam kehidupan, scientifically yang energi ini sudah tentu berasal dari Yang Maha Kuasa

Saya tidak jual nama Dr. Fadzilah Kamsah, tapi kalau Tuan Kupia berkesempatan, Tuan Kupia, boleh lihat Astro Oasis...dia ada rancangannya sendiri dan haritu, dengan izin Allah, saya dapat menonton ceramahnya mengenai aura..yang sememangnya ada dalam diri setiap manusia..cuma yang kuat atau tidak sahaja membezakannya dan dia ada menyatakan beberapa cara untuk menguatkan energi atau aura tersebut...


..

2)
Islam tidak penah suruh guna "energi" yang ntah dari mana asalnya tu, tak pernah Islam sebut pun pasal aura ni untuk mengukuh dan menguatkan rohani. Rasulullah saw dah lengkap dan sempurna mengajar umat dia macamana nak buat, tak perlu ambik dari ajaran hindu.  Transfer energi, aura, ansyurah ini semua kerja ahli bida'ah...  Rawatan Islam guna air bersih biasa ja, tak ada transfer-transfer energi, tak ada aura-aura ni, baca ayat2 Quran dah lebih daripada mencukupi.

Respons saya:

Seperti yang saya kata tadi..energi itu berasal dari Yang Maha Kuasa..yang mana energi itu adalah ridho dan kudratNya..kepada makhluk2 yang dapat memanfaatkannya..

Kerana itulah Rasulullah suruh kita berzikir pada pagi dan petang..kenapa??

Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang" [Al-Ahzab:41-42]

Ini kerana pada setiap fasa waktu, matahari memancarkan energi yang berbeza dan dua waktu ini merupakan waktu yang elok untuk menyerap energi...Tuan boleh dalami keilmuan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 07:42 PM | Show all posts

Reply #38 hashimsamsul's post

energy ni dalam bentuk apa? vitamin D? tp cikgu dulu bagitau vitamin D ni sampai kul 10 jek... camner zikir boleh membantu kita menyerap energi dpd matahari? fungsinya sama macam klorofil kat tumbuhan ke? tp bukan kita mendapatkan energi dpd makanan ke? we are what we eat....Nabi suh kita berzikir untuk mendapatkan energi ke or suh kita berzikir untuk mengingati Allah supaya kita lebih beriman?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 08:42 PM | Show all posts
mahal bebenor sampai RM555
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 10:44 PM | Show all posts

Balas #39 obelisk\ catat

Puan / Tuan...

Energi kita boleh lihat dengan mata ke?. Tak boleh, kan?. Tapi kita boleh rasa energi.. macam tenaga haba, kita rasa panas, tenaga bunyi kita boleh dengar and etc...Jadi energi adalah sesuatu yang tidak dilihat...tapi boleh rasa

Badan kita ada banyak warna aura dan warna aura menunjukkan emosi kita pada keadaan2 yang berbeza-beza..jadi, ada sebab kita kena berzikir pada waktu pagi dan petang..kerana pada waktu itu ada energi-energi yang bersesuaian dengan aura badan kita.

Memang berzikir itu untuk mengingati Allah..ini juga ada kaitannya dengan aura...sebab dengan berzikir, aura spiritual kita akan kuat jadi ia meningkatkan magnetism diri kita.. Bila Puan berzikir, Puan akan rasa macammana?. Rasa macam ada hawa tenang...panas + dingin, kan??. Ha itu adalah energi. Ia dipanggil Energi Illahi..Energi ini datangnya dari Allah, Yang Maha Kuasa, pusat segalanya..Aura yang kuat juga membantu kita dalam meningkatkan ketenangan diri dan juga ketahanan dari serangan makhluk halus termasuk iblis..Kiranya aura adalah lapisan badan...sama seperti lapisan ozon melindungi bumi..

lihat sini:
http://blog.melayu.sg/kiyai/2008 ... lis-memasuki-tubuh/

[ Last edited by  hashimsamsul at 27-10-2008 11:21 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.079571 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list