View: 2694|Reply: 7
|
CARIBBEAN: taufan omar ancam caribbean
[Copy link]
|
|
Taufan Omar ancam Caribbean
CHARLOTTE AMALIE (Kepulauan Virgin): Kawasan Kepulauan Virgin dan Puerto Rico bersiap sedia menghadapi Taufan Omar yang mungkin melanda selepas hujan lebat di tenggara Caribbean, semalam.
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran taufan kepada kawasan Kepulauan Virgin Amerika Syarikat dan kepulauan Culebra dan Vieques, Puerto Rico.
Amaran sama turut dikeluarkan di kepulauan St martin, Kepulauan Virgin Britain, St Kitts dan Nevis serta pulau lain berhampiran.
Pihak berkuasa Puerto Rico yang sudah pun terjejas teruk akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu, mengingatkan penduduk supaya bersiap sedia menghadapi keadaan lebih buruk.
Ini menyebabkan pihak berkuasa kesihatan merayu bantuan derma darah bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Omar sebelum ini diletakkan sebagai Taufan Kategori Pertama dengan kekuatan angin mencecah 120 kilometer sejam. Bagaimanapun Pusat Maklumat Taufan Amerika di Miami, meramalkan ia akan menjadi lebih ganas dengan jangkaan melepasi Puerto Rico malam semalam.
Sementara itu, di Kepulauan Virgin, penduduknya bergegas mengumpulkan barangan penting seperti air dan makanan dalam tin sebagai persiapan berdepan Omar.
Pengarah Pengurusan Bencana, Mark Walters juga menggesa orang ramai memandang serius amaran taufan berkenaan.
“Ini masanya untuk mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya, termasuk mengumpulkan ahli keluarga, barang penting dan bersiap berdepan taufan itu.”
Pihak berkuasa Puerto Rico dan Kepulauan Virgin Amerika, turut membatalkan semua perkhidmatan feri.
Setakat jam 2 pagi waktu tempatan semalam, Omar dikesan berada kira-kira 485 kilometer ke selatan San Juan, Puerto Rico. - AP
harap2 depa siap sedia.. cari tempat pelindungan sumer..
120km/h tak terlalu kuat sangat... tak salah aku hanna dulu sampai 220km/h.. |
|
|
|
|
|
|
|
nape eh dinamakan omar?dulu kalo taufan2 ni nama omputeh sokmo... |
|
|
|
|
|
|
|
Taufan Omar kini tahap tiga
SANJUAN: Taufan Omar semakin kencang dan berubah kepada tahap tiga dan mula bergerak menuju Puerto Rico serta kepulauan kecil di timur laut Caribbean, dikhuatiri membawa hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh semalam.
Taufan ke-15 pada musim ini, Omar mula terbentuk di pulau Curacao Selasa lalu, menjejaskan operasi minyak di Venezuela manakala Amerika terpaksa menutup unit pemerosesan dan penyulingan di kepulauan Virgin.
Taufan menyebabkan kerja mengisi minyak mentah ke dalam kapal tangki terhenti manakala bekalan elektrik terputus di pusat penyulingan Puerto La Cruz.
Pusat Taufan Kebangsaan Amerika berkata taufan Omar sebelum ini adalah ribut kencang tahap tiga mengikut skala lima tahap Saffir-Simpson,ketika ia melalui bahagian timur kepulauan Virgin dan utara Kepulauan Leeward dengan kelajuan angin 195 kilometer sejam. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 amazed\ catat
tofan osama laden ade masuk dlm list ko x amazed... |
|
|
|
|
|
|
|
tofan omar nih pernah melanda Taiwan suatu masa dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by derose83 at 17-10-2008 01:23 PM
tofan osama laden ade masuk dlm list ko x amazed...
ko jangan tak taw derose... topan saddam hussein pun ada..... tapi tak lama lagi..topan obama ler pulok... dalam bulan november nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 amazed\ catat
topan obama........oooo faham3 |
|
|
|
|
|
|
| |
|