View: 2551|Reply: 0
|
VANUATU Catastrophe: gempa kuat 6.4 richter !!
[Copy link]
|
|
Gempa kuat landa Vanuatu
SYDNEY: Gempa berukuran 6.4 skala Richter melanda kepulauan Pasifik Selatan, Vanuatu tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.
Gempa berkenaan melanda jam 6.19 petang waktu tempatan di 320 kilometer di utara ibu negara, Port Vila, menurut Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat, di sini.
Dua gempa susulan berukuran 5.4 dan 5.3 skala Richter melanda di lokasi sama, kira-kira setengah jam selepas itu.
Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii tidak mengeluaran amaran tsunami di wilayah berkenaan.
Vanuatu termasuk dalam lingkaran gunung berapi Pasifik yang aktif. - AFP
kecik ajer vanuatu nih... tapi sebab ianya kat ring of fire in pacific... tu yang jadi bahaya nih.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|