View: 6341|Reply: 47
|
" tiada cadangan had maksimum motosikal 60 km sejam ?? "
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk menguatkuasakan had laju maksimum 60km sejam bagi penunggang motosikal, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Ukin, berkata sebaliknya had laju itu hanyalah had laju nasihat yang dicadangkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
“Kajian Miros menunjukkan apabila motosikal ditunggang tidak melebihi kelajuan maksimum 60km sejam, impak kemalangan dapat dikurangkan ketika dalam keadaan kecemasan apabila penunggang masih boleh mengawal motosikal yang ditunggang ketika itu.
“Had laju 60km sejam itu adalah atas harapan penunggang motor sempat memperlahankan motosikal mereka dalam keadaan kecemasan kepada 40 km sejam atau kurang daripada itu sebelum perlanggaran berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir yang bertanya adakah kerajaan akan menguatkuasakan had laju maksimum 60km sejam bagi motosikal.
Menjawab soalan tambahan Musa sekiranya kerajaan bercadang mewajibkan penunggang motosikal yang berumur 17 hingga 20 tahun hanya menggunakan motosikal berkapasiti 70cc sahaja, Lajim berkata kajian perlu dilakukan terlebih dahulu.
“Untuk mengehadkan seperti itu perlu ada kajian kerana ada pelbagai jenis motosikal yang berkapasiti berlainan jadi mungkin kementerian saya melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan buat kajian terlebih dahulu,” katanya. - Bernama
>>>> camno? lemau la woi bawak 60kmj je.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 selipar_hijau's post
kalau mencelah celah tu make sense laa 60km/h..
tapi kalau jln clearrr cam gi putrajaya tu.. aku full throthlee maa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 takumi86's post
tau x pe.
tu pun jangannnn.. siap ada cadangan nak suh budak2 umo 17-20thn bawak moto 70cc je.
mampuih.. |
|
|
|
|
|
|
|
nanti boon siew kluarkan balik C70 |
|
|
|
|
|
|
|
Memang mengarut laa kalau had laju setakat 60 km/h jer... kalau kat jalan raya biasa tu still bleh dimaafkan gak laa... tapi kalau kat highway, kat situ la ramai mat2 motor kura2 banyak kena sondol dgn bas, keter dan lori yang laju2... hingat ni zaman honda cub lagi ker...?
Kalau kena kat mamat superbikers lak, mesti lagi tensen... |
|
|
|
|
|
|
|
dia org apa tau?
kalau derang boleh jawab soklan aku ni... buat lah kalu nak buat pun..
ADAKAH DENGAN HAD LAJU INI, KEMALANGAN BAGI MAT MOTOR DAPAT DI ATASI 100%?
FYI...
aku naik motor dah lebih kurang 20 tahun.... jatuh, eksiden, patah gigi semua dah rasa.... dan kesemua nya berlaku pada kelajuan yg perlahan atau pun ketika statik....
mengikut statistik peribadi... kalau lah laksana 60kmj ni... makin banyak lah rekod peribadi aku makan tar.. silap2 kojol terus...
isu 60kmj tu adalah picisan sahaja
yg penting derang kena tahu faktor org naik motor mati dan kemalangan ada lah datang dari :
1. org gila yg naik motor- merempit tanpa skill dan tak kena tempat
2. keadaan fizikal jalanraya mesia yg elok sikit dari bolivia
3. sikap pemandu kendaraan besar yg tak reti hormat mat motor...
kerajaan suka blame rakyat, adalah kerajaan yg zalim
repair dulu jalan... gantikan kontraktor umno yg reti tebuk jalan tapi tampal balik macam buat dgn kaki kepada kontraktor yg betul betul tahu buat kerja....
setakat ni, aku recall, tak kurang 4 kali aku menyembam sebab jalan macam siol...
plez lah gomen... berfikir lah macam rakyat berfikir... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
60km/h..ok la tue...dah itu memang speed limit moto aku bleh pegi pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
usaib bolt pecut pun dah 40km/j...takkan motor nak laju sikit yo dr usain bolt.. |
|
|
|
|
|
|
|
akai mereka mudah di baca........... |
|
|
|
|
|
|
|
mentang2 mentri tak naik motor....rakyat miskin jer naik motor....nasib baik tak laksana..
[ Last edited by mycos79 at 4-12-2008 10:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ceritanya...
'Kerajaan tidak bercadang untuk menguatkuasakan had laju maksimum 60km sejam bagi penunggang motosikal kan?????'
konpius aku....
so ok la tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 dainese's post
dia kata 'tidak bercadang' .. tp di akhir cerita dia kata akan buat kajian kalau nak. skit hari lagi x mustahil keluar 'fatwa' pasal ni pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 geng_tx's post
mak aii...
ganasnyer nyer ko.. naik motor dah 20tahun.. jatuh, eksiden, patah gigi semua dah rasa..
perghh... you r the man!~!!!!~~!!!... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #18 takumi86\ catat
|
|
|
|
|
|
|
Menjawab soalan tambahan Musa sekiranya kerajaan bercadang mewajibkan penunggang motosikal yang berumur 17 hingga 20 tahun hanya menggunakan motosikal berkapasiti 70cc sahaja, Lajim berkata kajian perlu dilakukan terlebih dahulu.
halamakk..
pasni laku balik la honda cup C70
apeke bongok cadangan tuh :@ |
|
|
|
|
|
|
| |
|