View: 42179|Reply: 41
|
Bateri Kering dan Bateri Air
[Copy link]
|
|
Salam semua...
Tak tau lah topik nie dah ada ke belum...
Nak minta pendapat semua yang pakar2 tentang hal2 dalaman kereta... apa bezanya menggunakan Bateri Kering dan Bateri Air.. boleh tak senaraikan keburukan dan kebaikkan kedua-dua bateri tersebut....
Terima kasih.... |
|
|
|
|
|
|
|
basah2 ada air la sedap...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 jofizo's post
haha, jawapan mengancam |
|
|
|
|
|
|
|
Bateri kereta ada 2 jenis
1) Sel Basah
2) Sel Kering
Kedua-duanya mempunyai cara penjagaan yang berbeza
1)Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan airbateri.Biasanya ketahan bergantung kepada kekerapan penggunaankenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yangbaik,seeloknya seminggu sekali(Kalau selalu pakai kereta pada waktumalam) periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalahperiksa 2 atau 3 minggu sekali.
2)Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri.
Memandangkan cara penjagaannya berbeza sel kering lebih mahal daripada sel basah.
Harga bateri bergantung kepada saiz bateri dan jenis kenderaanserta bilangan plate dalam bateri.Biasanya N40Z (Kancil,Kelisa,Kenaridll) harganya RM125-RM145,NS60/L (Saga,Iswara,Wira,Waja dll) RM145-RM160.NS 70/L RM180-RM210.Ini untuk sel basah sahaja,jika selkering harganya '+' RM50 lagi.
Bateri mempunyai ketahanan yang berbeza,bergantung kepadajenis,cara penjagaan,cara penggunaan dan kekerapan penggunaan.Bateribaru biasanya mempunyai jaminan selama setahun(petrol) dan 6 bulan(diesel).
Bateri boleh "kong" disebabkan
1) sudah tua,lama,uzur,sampai masa
2) alternator( kerja dia cas bateri ), sudah rosak,belt longgar atau
3) wiring,fius (jarang2 la kalu kereta baru
4) tak tutup lampu (boleh jadi jugak)
Sistem alarm kereta tak boleh buat bateri kereta anda kong (kecualisalah wiring),disebabkan alarm akan 'draw current' kurang daripada 5Ampere(standby or lock mode).Kecuali dah lebih 3 minggu tak startkereta.
Mungkin masa anda nak start kereta,tiba-tiba alarm berbunyi.Initandanya bateri ada masalah.Sebabnya masa kita start kereta,hampir 90%tenaga bateri digunakan starter(Benda ni guna dia start kereta)
PASTIKAN juga terminal bateri anda tidak "bersalji" dan bersih
[ Last edited by t@t at 23-1-2009 06:04 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 adekiut's post
sebenarnya MF battery bukannye sel kering, Cuma disebabkan dia pakai Calcium based dan kadar evaporate nyer sangat minima. Cuba goncang bateri MF keta ko, still boleh dgr air berkocak.
Cell kering, itu mcm bateri kita pakai utk lampu picit atau mp3 player (AA,AAA,C dan D)
pada aku dari segi longevity. battery biasa (yg kene top up air) lagi tahan lame, dari MF battery. tapi as technology catch up MF battery pun dah ok.
dari segi harga, beza setakat 50-70 ringgit jer.
[ Last edited by batu_bergolek at 23-1-2009 06:06 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tips...
Jaga bateri kereta secara berkala - Harian Metro
BATERI boleh dianggap sebagai nadi yang menggerakkan kereta anda. Justeru, penjagaan bateri perlu dilakukan secara berkala bagi mengelakkan kereta berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan, sekali gus membantutkan aktiviti harian anda.
Beberapa panduan penjagaan bateri kereta yang dipaparkan boleh membantu anda mengelak kejadian tidak diingini.
- Periksa paras elektolit berkala. Lihat pada bateri kenderaan anda (gunakan lampu suluh jika keadaan tidak jelas), pastikan paras penunjuk elektrolit bateri kenderaan anda berada di antara paras maksimum dan minimum sepanjang masa.
- Jangan biarkan paras elektrolit berada di paras rendah (minimum) ataupun melebihi paras maksimum.
- Tambah air bateri jika ia berada di paras minimum.
- Apabila membuat penambahan air bateri, gunakan air suling dan elakkan daripada menggunakan air galian.
- Periksa ketumpatan bandingan selalu. Cas bateri sekiranya ketumpatan bandingan berada dalam keadaan nyahcas untuk masa yang lama.
- Gunakan jeli petroleum pada tambatan bateri untuk mengelakkan pensulfatan dan periksa sambungan sama ada ketat atau sebaliknya.
- Pastikan palam pengalih udara ketat dan pastikan liang pengalih udara tidak tersumbat.
- Gunakan asid sulfik gred bateri apabila mengisi bateri yang baru.
- Pastikan bateri ditambat kukuh pada kedudukannya. Jika tambatan tidak kuat besar kemungkinan bateri tidak dapat berfungsi.
- Periksa penyambung bumi daripada berkarat dan kakisan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 t@t's post
skemanye jawapan ko tat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 d34n's post
pengarang skima terbaik 2008 kekdah nya.....well,apa nak buat kan,org kasi kita hambek.....wakkakkaa |
|
|
|
|
|
|
|
tak...mcm kuih puding or agar2
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 adekiut's post
beza pakai MF and biasa ni..
tengok baper kali ko bukak hood bonet depan tu.. utk see see look look enjin maa.. btw, kalau kakimotor dan keter ys sejati.. pakai bateri air laaaa |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah terkena 2 kali...pakai MF ni ngam2 setahun je kong...keta hari2 drive...tp bile pakai yg biasanye tahan lak...mgkin nasib aku x baik kot |
|
|
|
|
|
|
|
baru dora tahu..selama nih tahu bawa jer kete..tak pernah check pun..kalu bateri baru biasa tahan berapa lama ek..kete dora dah masuk tahun ke3..tak pernah tukar bateri lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 drebartaxi\ catat
macam mana nak check..tak tau..pastu kalu takde bateri..tengah2 jalan bleh mati ker or guna time nak start kete jer? |
|
|
|
|
|
|
|
tuh ar..bimbang gak..tayar dah tukar..bateri blom tukar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 dora_sue's post
tgh2 bawak masa ada momentum tu, tk la buleh mati enjen...tapi bila jem? aircon tarik kuasa muasa semua tu...ishhh dah ler, esok tukau aje...beli kat kedai spare part, bley dpt dlm RM80-100
aku dah kena dah dulu...seriau looo..
masa tu malam hari, dlm pukul 11.30pm...on d way nak balik kerja la tu...badan dah penat, kena lak mcm tu..ishhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 drebartaxi\ catat
uih..menakutkan..dah ler lusa nak balik kampung..ingatkan kalu kit anak start jer nak pakai bateri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 dora_sue's post
balik kampunggg....wooo wooo balik kampungg... |
|
|
|
|
|
|
| |
|