CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7694|Reply: 5

Belajar Silat Cara Jamal Measara

[Copy link]
Post time 3-2-2009 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Belajar Silat Cara Jamal Measara

Oleh Shahrullizan Rusli

SEREMBAN, 3 Feb (Bernama) -- Jangan terkejut!! Hos rancangan seni mempertahankan diri "Karate For My Life" di televisyen Jerman, bukan seorang Jepun atau orang berkulit putih tetapi seorang yang berkulit gelap dan berasal dari sebuah kampung di Rasah, Negeri Sembilan.

Jamal Measara bukan personaliti popular di Malaysia tetapi lelakidengan ketinggian hampir 5 kaki 9 inci itu sangat terkenal dandihormati di peringkat antarabangsa dari United Kingdom sampailah kekepulauan Okinawa, Jepun.

Beliau adalah Mahaguru Seni Mempertahankan Diri Karate Do yang mempunyai kira-kira 80,000 anak murid di seluruh dunia.

Jamal, anak kepada bekas tentera British itu, mula mengukir namaapabila menjuarai Kejohanan Karate Malaysia pada tahun 1970 yangkemudian mewakili negara ke Perancis sebelum memenangi gelaran JohanPasifik Selatan di Kyokushinkai Full Contact Championship pada era itu.

Menguasai ilmu Karate dan Aikido, beliau telah mengasaskanBavarian Shorin-Ryu Seibukan Karate Association, Shorin-Ryu SeibukanKarate Union of Germany dan European Shorin-Ryu Seibukan KarateAssociation di rantau Eropah.

SILAT MELAYU

Baru-baru ini, Bernama menemubual Jamal yang pulang ke kampung halamannya bersama dengan kakitangan sebuah stesen televisyen Finland yang mahu membuat dokumentari mengenai seni silat Melayu dan seni ilmu mempertahankan diri kaum Hindu, Silambam.

Menurut Jamal, orang-orang Eropah sangat berminat untuk mengenalimisteri pencak silat Melayu dan keunikan Silambam yang masih asli dikampung-kampung negara ini.

Katanya, orang-orang Barat ini berminat untuk mempelajari apa juailmu dari rantau ini malah kadang-kadang mereka ini lebih "Asia" dariorang Asia sendiri selepas menguasai ilmu itu.

"Adalah amat memalukan untuk menyatakan bahawa mereka mengambilseni mempertahankan diri dari kita dan mengubahsuaikannya. Di Eropah,mereka kini mengamalkan yoga dan setiap orang mengamalkan Silat, TaeKwan Do, Karate dan apabila mereka habis kelas, mereka masih mahu datang semula", katanya.

Sikap orang Eropah ini sangat jarang ditemui di kalangan orangAsia sendiri di mana kelas-kelas ilmu mempertahankan diri seperti di Malaysia misalnya banyak terdiri daripada pelatih kanak-kanak atau remaja sahaja, katanya.

KEMASUKAN UNSUR KOMERSIAL

Kanak-kanak ini pula sampai satu peringkat tidak berminat untuk menyambung semula ilmu itu dan jika ada golongan dewasa, mereka iniakan berhenti selepas berusia lingkungan pertengahan 30-an, katan yalagi.

Terus-terang Jamal menyalahkan kemasukkan unsur-unsur komersial didalam seni itu dan tidak bersetuju apabila ia diubahsuai untuk kejohanan sukan.

Ia telah banyak merosakkan "seni" itu sendiri dan agak sukar padahari ini untuk ditemukan Karate atau Silat yang benar-benar asli kecuali yang diajar oleh sekolah ilmu itu di kepulauan Okinawa ataudari tok-tok guru yang sudah tua di kawasan kampung di Malaysia atau  Indonesia.

"Bergelut dibenarkan dalam seni mempertahankan diri dan anda bolehmenghentak lawan dengan lutut, punggung dan semua ini adalah teknikmempertahankan diri yang sempurna di jalanan tetapi dalam versi sukan,ia mempunyai begitu banyak peraturan dan semua teknik ini telahdikeluarkan ... jadi di mana letaknya nilai seni mempertahankan diri?",katanya.

Inilah seni yang sedang diajar kepada generasi hari ini dan satuhari nanti ia akan hilang keasliannya secara beransur-ansur, katanyalagi.

TANAM SIFAT DISIPLIN

Di Malaysia, orang lebih berminat untuk mengejar medal dan nama,jadi apa pun cabang ilmu yang tidak memberikan keuntungan akan hilangatau diubahsuai, katanya.

Disebabkan itu, tidak banyak faedah yang boleh dipelajari darikelas-kelas seni mempertahankan diri hari ini kecuali untuk mendapatpenyakit, katanya.

Hanya Aikido yang kekal asli dan tidak pernah diangkat menjadi acara sukan memandangkan ia tidak ada jurus serangan, katanya.

Jamal menjelaskan seni mempertahankan diri yang asli sama adaSilat, Karate atau Tae Kwan Do menanamkan satu sifat disiplin fizikaldan mental sehingga berkait dengan hubungan sesama manusia dankesihatan tubuh badan.

Jamal mungkin benar dalam hal ini kerana penulis sendiri terpegundengan kelincahan dan kekuatan tumbukan beliau dalam satu demontrasiringkas walaupun lelaki itu sebenarnya sudah berusia 60 tahun.

TIDAK MALU BELAJAR

Itu belum lagi aksi tangkas yang diperlihatkan oleh Mahaguru S.Arumugam yang telah berusia 83 tahun tetapi masih tangkas bergerak lincah dalam seni ilmu mempertahankan diri kaum Hindu, Silambam.

"Memang betullah apa yang dia kata (Jamal), Silambam semakin hilang keasliannya dan semakin sukar untuk dikembangkan di negarasendiri apabila melihat hanya orang Hindu sahaja yang berminat belajar tetapi tidak dari kaum-kaum lain", kata Jamal.

Di Eropah, bagaimanapun, orang barat tidak malu untuk mempelajariSilambam dan mereka ini suka belajar sesuatu yang asing kepada mereka,katanya.

-- BERNAMA

[ Last edited by  Syd at 3-2-2009 03:53 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2009 03:51 PM | Show all posts
- sedaro sapo nih?

- sapo kona pakcik nih?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 10:41 AM | Show all posts
den dedolu nyaris2 masuk silat..tompek eh kek Kg Sentosa Senawang....   
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 06:19 PM | Show all posts
Originally posted by aamoi at 4-2-2009 10:41 AM
den dedolu nyaris2 masuk silat..tompek eh kek Kg Sentosa Senawang....     

kg sentosa?dokek balai ghayo tu ko?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 06:07 PM | Show all posts
ado laie x tompek nk blaja silat? ado sapo2 tau? klau leh area2 nilai ko sbb den bhaghu jo pindah nilai..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 07:09 PM | Show all posts
dekat kuarters KLIA, ada orang belajar Silat Gayung Makrifat.
dekat kampung Jijan, Silat Cakarla..

kroit belajar silat dekat sekolah je, itupun tak habis belajar, sebab sibuk dengan exam.. terus stop, teringin nak sambung semula..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.147211 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list