CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2415|Reply: 10

KUOTA LAGU 90:10 GAGAL

[Copy link]
Post time 11-2-2009 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Mengapa usulan kuota 90:10 gagal dan ditolak? Apakah rakyat Malaysia saat ini lebih dewasa dan rasional dalam menerima karya-karya kreatif dari Indonesia ?

Jauh lebih baik jika pihak Karyawan memfokuskan diri untuk memajukan industri musik di Malaysia agar dicintai oleh rakyatnya sendiri

Kuota lagu 90:10 gagal!
Oleh Kak Pora
[email protected]

RABU lalu, Kak Pora sempat menghadiri majlis ramah mesra bersama pengurusan kanan AMP Radio Networks, syarikat pengendali tiga stesen radio popular - Era, Sinar FM dan X-Fresh - diketuai Pengarah Eksekutifnya, Datuk Borhanuddin Osman di Bangsar.

Tidak sangka dapat bertemu teman lama dari akhbar lain, selain rakan deejay yang sudah lama Kak Pora tidak bersua muka seperti Rustam Said, Din Beramboi, Khairil Rashid, Salleh Yaacob dan ramai lagi. Memang Kak Pora seronok sangat bertemu kalian.

Dalam keasyikan Kak Pora menjamah hidangan yang disediakan penganjur, sempat juga Kak Pora memasang telinga mendengar mengenai isu lagu tempatan dan lagu asing menerusi kuota 90:10 yang pernah dibangkitkan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Freddie Fernandez sebelum ini.

Apa yang dapat Kak Pora rumuskan, banyak pihak kurang senang dengan cadangan itu, lebih-lebih lagi di kalangan stesen radio, malah rata-ratanya menyuarakan kebimbangan jika kekurangan lagu untuk disiarkan jika kuota itu dilaksanakan. Bayangkan, jika cadangan itu dilaksanakan, apakah lagu tempatan mahu mengisi kuota 90 peratus itu, lebih-lebih lagi dalam keadaan industri muzik tanah air yang semakin tenat disebabkan cetak rompak dan muat turun ke telefon bimbit, dan kewujudan pelbagai medium hiburan alternatif seperti internet, selain faktor ekonomi.

Malah, Kak Pora sendiri mendapati semakin kurang penerbitan album baru sejak kebelakangan ini, balik-balik lagu yang sama diulang siar di corong radio. Mungkin, stesen radio boleh menyiarkan lagu lama sebagai pilihan alternatif tetapi apakah perlu ada sebuah lagi stesen radio seperti Sinar FM? Kalau ada lagu baru pun kebanyakannya tak sedap dan tak jadi halwa telinga.

Bagi Kak Pora, kuota penyiaran lagu tempatan itu turut menggambarkan betapa karyawan muzik kita macam dah takut untuk bersaing dengan karya luar sedangkan persaingan itu bagus ke arah usaha menambah baik karya muzik kita sendiri, terutama dari segi kualiti, inovasi dan cita rasa semasa.

Seperkara lagi, mengapa perlu nak disekat cita rasa muzik orang ramai. Jika Kak Pora sendiri meminati karya muzik dari seberang, yang terbukti memang bagus komposisi dan kualiti bunyinya, apa yang boleh Freddie buat! Kenapa Freddie tak bising apabila berlambaknya lagu Inggeris dari Eropah dan Amerika? Malah, lagu dari India dan Hong Kong juga bertambah banyak kenapa Karyawan tidak kecoh pun. Tapi, lagu dari negara jiran sendiri pula yang Freddie cemburu dan marah sangat.

Ketika Freddie sibuk mencanangkan cadangan ini ke sana ke sini, dengan ramai artis (yang belum tentu semuanya ahli berdaftar Karyawan) menyokong dengan memegang sepanduk dan bersemangat tak kena tempat, kain pemidang dan sebagainya dulu, beliau turut membangkitkan sentimen patriotik supaya mengagungkan karya muzik sendiri. Temberang semua tu...

Kak Pora cabar Freddie supaya buat kempen kurangkan lagu dari Amerika dan Barat malah lagu dari India dan Hong Kong. Kenapa Freddie yang bukan Melayu nak halang lagu Melayu dari negara jiran kita yang serumpun, satu budaya dan satu bahasa dengan kita. Kenapa Karyawan tak berani buat kempen menentang lagu dan muzik Barat yang berlebihan, khususnya dari United Kingdom dan Amerika? Mengapa kuota 90:10 tidak merangkumi sekali karya muzik Barat? nak berjuang pun biarlah kena pada suasana, jangan sengaja nak cari publisiti murahan.

Malah, sejak Karyawan buat cadangan kuota 90:10, tak nampak pun hasilnya, malah boleh dikatakan gagal. Peminat muzik masih suka pada lagu dari Indonesia dan stesen radio juga tetap siarkan banyak lagu Indonesia. Pada masa sama stesen radio kita tak pula ketepikan lagu tempatan. Cita rasa berkaitan seni masyarakat tak boleh dihalang. Kita tak boleh nak sekat sebaliknya komposer, pemuzik dan penyanyi kita kena lebih kreatif, rajin dan berusaha lebih lagi.

Kak Pora berharap kerajaan dapat meneliti buruk baiknya cadangan ini sebelum apa-apa keputusan dibuat untuk melaksanakannya kerana kesan jangka panjangnya akan menyusahkan karyawan muzik, termasuk artis kita sendiri nanti. Tak perlu nak ikut cakap Karyawan tu.

Sekarang pun sudah terasa kesannya apabila stesen radio di Indonesia sudah mula memboikot karya muzik kita. Padahal, artis kita sendiri pun turut bergantung kepada pasaran album di seberang hingga mampu menjadi nama besar di sana, terutama Datuk Siti Nurhaliza. Akhirnya, siapa yang akan rugi, kita juga. Yang pasti, karyawan muzik seberang tidak akan terjejas langsung kerana saiz industri mereka cukup besar, malah pasaran album cukup meluas setanding jumlah populasi mereka yang mencecah 225 juta penduduk.

[ Last edited by  jf_pratama at 11-2-2009 12:47 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2009 01:57 PM | Show all posts

Balas #1 jf_pratama\ catat

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 02:01 PM | Show all posts

Balas #1 jf_pratama\ catat

mmm... betul gak tu... memberi kesan pada Siti Nurhaliza juga...

habislah pendapatan kalau Indonesia pun boikot Siti... pasaran sana luas sangat2... 225 juta org

kecian CT
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 02:40 PM | Show all posts

Balas #3 elbee\ catat

Bagi kesan kat CT??
Mgkin ya mgkin tidak..

Tapi kalo masuk website siti byk yg dari Indonesia sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 02:45 PM | Show all posts
Yg pasti Siti masih lagi di terima di sana..
Buktinya lagu ciptaan siti sendiri Batas Asaku di pilih menjadi ost filem Indon..
Selain menyanyikan semula lagu ciptaan Opick Ketika Cinta Memanggil utk filem Perempuan Berkalung Sorban
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 03:06 PM | Show all posts

Balas #5 vass\ catat

Baguslah kalau camtu :handshake:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2009 04:48 PM | Show all posts
Boleh jerk kalau nak laksanakan....

Adakah peminat yg mintak lagu Indon....atau Stesen radio yg siarkan...
Stesen radio kata PEMINAT request...

Tapi kalau lagu tersebut tak disiarkan buat pertama kalinya kat radio....mungkin PEMINAT tak request



Kekurangan lagu?????
Punyalah banyak lagu boleh siar.....satu album kuar...dah ada 10 lagu....
pulak tue, dah ramai yg buar singleee....

Tak semestinya kena siarkan lagu zaman zaman 80'an , 90'an

Lagu lagu zaman 2005, 2006, 2007, 2008 pun dah banyak....


Stesen radio pun kenalah creative nak penuhi siaran...
Nie asyik DJ calling calling jerk...tak creative lansung...
Itu pun potong potong....



Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 01:00 AM | Show all posts
Aku rasa kalau di laksanakan 90:10 tu belum tentu industri muzik Malaysia akan pulih silap2 makin teruk..
Komposer di malaysia masih berpegang kepada konsep lagu yang sama.. aku perhatikan konsep indonesia
bila mencipta sesuatu karya itu mereka lebih pentingkan melodi yang "earfriendly" cth nya kumpulan ST12 dari
indon ni aku cukup minat lagu "USPA" sebab melodinya best walaupun senikatanya ntah apa2...walaupun begitu
tetap diselitkan "catch phrase" yang mudah supaya bila dengar kita dah boleh hafal...

Mungkin sekiranya lagu ni dicipta oleh orang malaysia aku yakin ia tak layak  masuk AJL tapi lagu ni mungkin jadi popular..

Komposer kita juga kurang buat homework dengan mendengar lagu2 lama yang banyak dihasilkan dan yang tidak pernah didengar sebelum ini.. ini juga salah satu konsep yang diguna pakai oleh komposer indon..

Pendapat jer.. tak setuju mintak mangap..eh mintak maap lah yer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2009 01:17 AM | Show all posts

Reply #8 Ibrahim8876's post

dani suka audi mok ;agu dier banyak tiru mat salleh patu feeling dier bestttttt

owang indon tiru2 pun x de rrr lebih kurang sama kecuali kumpulan sampah dorang cam kangen band, d massive ngan matta

melly pun tiru gakkan tapi tetap enak donggggg
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by ahmad_dhani91 at 12-2-2009 01:17 AM
dani suka audi mok ;agu dier banyak tiru mat salleh patu feeling dier bestttttt

owang indon tiru2 pun x d ...



bukan ahmad dhani lagik kuat plagiat kee? perempuan tercantik di negerinya indonesia? ..wah..kalo org malaysia duk tiru2...siap  ...tp kalo org indon duk tiru2  ...mmg made in indon betul dani nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2009 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by vass at 11/2/2009 13:40
Bagi kesan kat CT??
Mgkin ya mgkin tidak..

Tapi kalo masuk website siti byk yg dari Indonesia sebenarnya


Lupakanlah pasar Indonesia  sebab era kejayaan dan popularitas CT sepertinya sudah "Habis" di sini  .....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.131935 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list