CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14769|Reply: 85

FAKTA YANG JARANG DIKETAHUI GENERASI BARU

[Copy link]
Post time 11-2-2009 06:21 PM | Show all posts |Read mode
ambo ambik ni dari Perakan.net. kredit to Perakan
fakta2 yg jarang diketahui oleh anak2 muda kita, malah ambo sendiri pun tak tahu sesetengah pasal fakta2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2009 06:21 PM | Show all posts
1. Perkataan 搆eropok lekor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 06:21 PM | Show all posts
2. Org Kelantan dahulu kala tidak menggunakan arah mata angin sebagaimana sekarang iaitu utara, selatan, timur dan barat. Sebaliknya mereka menggunakan istilah hulu dan hilir (merujuk arah sungai), naik dan jatuh (merujuk kepada pergerakan matahari). Sebab itulah kalau ada sesebuah rumah lama yg dirombak binaannya, anda akan terjumpa perkataan2 ini pada alang2 rumah tersebut. Untuk merujuk arah timur laut, mereka menggunakan perkataan 揾ilir naik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 06:21 PM | Show all posts
3. Ibu negeri Kelantan berubah tempat beberapa kali. Mengikut sejarah, Kota Kubang Labu berhampiran Pasir Pekan pernah dijadikan ibu negeri semasa zaman pemerintahan Puteri Saadong. Kemudian berpindah ke beberapa tempat.

Salah satu tempat ialah yg terletak di antara Tambatan D扲aja dan Sungai Budor. Raja yg memerintah pada zaman tersebut merasakan ibu negeri baru ini tidak selamat dari ancaman banjir dari air Sungai Kelantan telah memerintahkan sebuah sungai digali dr Kg Kutan ke Pohon Tanjung bertujuan untuk melencongkan laluan air semasa musim banjir. Disebabkan masa tu belum ada jurutera yg boleh menasihati raja, maka ibu negeri Kelantan tetap digenangi banjir dan terhakis seterusnya tenggelam ke dalam Sungai Kelantan yg memaksa ibu negeri Kelantan sekali lagi dipindahkan ke Kota Bharu sehingga kini (bermula di kawasan Padang Bank dan Dalam Kota)

Sebab itulah kalau anda memandu dari Pasir Pekan ke Kota Bharu, sebelum melintasi Jambatan Sultan Yahya Petra anda akan menemui 揝ungai Raja Gali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 06:22 PM | Show all posts
4. Stesyen kereta api Palekbang merupakan stesyen kereta api utama di Kelantan suatu ketika dahulu. Ia menjadi hub utama bagi penduduk Jajahan Tumpat dan Kota Bharu untuk ke sesuatu tempat terutama ke Pahang dan negeri Pantai Barat. Perkhidmatan feri (yang menggunakan kayuhan roda besar dan mampu membawa kereta) disediakan dari Kota Bharu ke Palekbang utk kemudahan penduduk Kota Bharu untuk ke stesyen kereta api ini. Minyak juga diangkut dari stesyen kereta api ini ke Kota Bharu menggunakan kapal minyak. Kilang air F&N juga didirikan bersebelahan stesyen kereta api ini.

Selepas siap pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra, fungsi Stesyen Kereta api Palekbang sebagai stesyen utama bagi dua jajahan ini telah diambilalih secara berperingkat-peringkat oleh Stesyen Kereta api Wakaf Bharu.

Kini semuanya tinggal kenangan, semua bangunan telah dirobohkan. Yang ada hanyalah tapak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 06:22 PM | Show all posts
5. Penduduk Kelantan dipercayai berasal dari beberapa buah kampung tertua Kelantan (dipercayai 9 buah kesemuanya). Antaranya Kg Laut, Penambang, Banggol dan Padang Pak Amat. Kampung2 tertua ini suatu ketika dulu terletak di pesisiran pantai, namun disebabkan perubahan geografi kg2 ini terletak jauh ke daratan.

Jadi, kalau anda adalah anak Kelantan tak kiralah di mana anda tinggal sekarang ini sama ada di Kelantan atau luar Kelantan, cubalah cek salasilah keluarga anda, dr kg manakah anda berasal.
-mak ambo berasal dari Kg Laut
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-2-2009 06:23 PM | Show all posts
6. Pasar utama Kota Bharu suatu ketika dulu bertempat di Pengkalan Lido (sekarang ini adalah tapak Hotel River View). Ia menjadi tempat tumpuan penduduk di lembangan Sg Kelantan mendapatkan bekalan keperluan mereka. Penduduk di kepulauan delta termasuk Kedai Buloh akan membawa hasil laut utk didagangkan menggunakan perahu layar. Penduduk di tempat2 lain juga membawa hasil tempatan utk didagangkan di sini menggunakan pengangkutan sungai.

Selepas bangunan pasar baru dibina (sekarang ini Pasar MPKB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 06:23 PM | Show all posts
7. Mengikut cerita orang tua, selepas peninggalan Jepun dari Kelantan, orang Kelantan masih terus dibelenggu ketakutan. Ketakutan kali ini bukan dari askar Jepun sebaliknya dari hantu jepun yang sering merayau di waktu malam. Banyak sumber yang mengatakan, selepas solat isyak di surau, jemaah akan terus bergegas pulang ke rumah masing2 kerana takutkan hantu ini walaupun sebelum ini mereka sempat bersembang sehingga larut malam. Ramai juga yang maut kerana wabak penyakit terutama dari mayat2 yg tak diselenggara secara baik. Keadaan ini berlarutan untuk beberapa tahun.

Macam mana rupa hantu Jepun tu yer? Bagi yang ada atuk/nenek yg sempat merasai zaman Jepun, bolehlah bertanya mereka tentang hal ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2009 06:23 PM | Show all posts
8. Sebelum sdra Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, penggal persekolahan dibahagikan kpd tiga. Cuti penggal persekolahan pertama selama 2 minggu pd bulan April, cuti persekolahan penggal kedua selama dua minggu pd bulan Ogos dan cuti penggal ketiga selama dua bulan pada bulan November dan Disember.

Cuti penggal pertama amat dinanti-nantikan oleh penduduk Kg Laut dan kg sekitarnya seperti Palekbang, Sg Pinang dan Kok Pasir. Kenapa? Sebabnya adalah pesta pantai. Pada waktu inilah hampir seluruh penduduk Kg Laut akan meninggalkan rumah masing2 utk ke Pantai Kuda yg terletak di Muara Sg Kelantan. Berpuluh dan mungkin beratus buah bangsal (waktu tu belum ada khemah) yg dibuat drp buluh dan pelepah kelapa didirikan. Mereka akan berkampung di sini selama beberapa malam. Tak tahulah apa keistimewaan pantai ini yg hanyalah sebuah beting pasir dikelilingi sungai dan laut dan ditumbuhi rumput berduri.

Tradisi ini wujud sejak turun temurun sehinggalah cuti persekolahan diubah. Walaupun cuba dihidupkan kembali pd akhir tahun 80an namun keadaan dah berubah dan tidak mendapat sambutan. Kekallah ia sebagai NOSTALGIA PENDUDUK KG LAUT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 06:24 PM | Show all posts
9. Suatu ketika dulu Kelantan pernah menerima bencana yang amat dahsyat (mungkin hampir seperti tsunami yg melanda Acheh). Puting Beliung yg melanda Kelantan pada waktu itu menyebabkan banyak tanaman musnah, haiwan ternakan mati dan pokok2 bergelimpangan. Kebuluran melanda dan ramai yg terkorban akibat taufan dan penyakit yg melanda selepas kejadian itu iaitu taun. Ramai yg tak dapat membuat padi kerana haiwan yg digunakan utk membajak banyak telah mati. Kemiskinan amat menyayat hati. Ramai yg merantau meninggalkan tanah air ke Terengganu, Pahang termasuk juga Johor (Kg Kelantan yg terdapat di Muar Johor juga dipercayai dibuka ekoran tragedy ini). Bagi keluarga yg mempunyai anak perempuan, ibubapanya akan menikahkan secepat mungkin utk mengurangkan bebanan keluarga.

Untuk cerita selanjutnya, bacalah buku 揥arisan Kelantan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 06:24 PM | Show all posts
10. Banyak perkataan asal (original) yg digunakan masyarakat dahulu telah pupus dari penggunaan generasi kini dibawa arus peredaran masa. Contoh perkataan tersebut :
1) Sakar = gula
2) Buoh topoh = epal
3) Jebo = botol
4) Dan banyak lagi.
Perkataan ini sering digunakan org Kelantan tetapi kini tidak lagi. Namun masyarakat Melayu Selatan Thailand masih menggunakannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 06:24 PM | Show all posts
11. Tapak pelupusan sampah bagi Bandar Kota Bharu suatu ketika dulu adalah di tepi Sg Kelantan iaitu di Kg Sg Budor. Timbunan sampah serta kereta2 buruk telah mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut serta mencemarkan sungai Kelantan. Mungkin atas isu alam sekitar, MPKB telah memindahkan ke tapak pelupusan yang baru.

Kepada pengutip besi buruk, pergilah gali tebing sungai tu untuk mendapatkan berpuluh buah badan kereta yg tertimbus kat situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 06:24 PM | Show all posts
12. Jambatan Sultan Yahya Petra dibina semasa pemerintahan PAS di Kelantan dalam tahun 60an menghubungkan Kg Sireh dan Pasir Pekan. Apabila siap, ia menjadi salah satu jambatan terpanjang di Malaysia pada waktu itu. Ia mengenakan tol bagi setiap kenderaan yg menggunakannya. Tol ini telah menjadi salah satu sumber pendapatan utama bagi kerajaan PAS waktu itu ekoran diskriminasi yang amalkan kerajaan pusat.

Agaknya kalau tiada diskriminasi, Kota Bharu dah jadi bandaraya yg terbesar di pantai timur. Dan mungkin juga dengan tiadanya diskriminasi, Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua telah lama disiapkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 06:25 PM | Show all posts
13. Setiap tahun pd suatu ketika dahulu Hari Keputeraan Sultan Kelantan disambut meriah oleh rakyat Kelantan. Antara acara sambutan ialah Pesta Air yg dijalankan berhadapan Tambatan D扲aja. Pada waktu ini rakyat keluar berbondong-bondong utk menyaksikan sama ada dr tebing sungai mahu pun bot2 / perahu2 yg berlabuh di tengah sungai. Pelbagai pertandingan dibuat antaranya perahu berhias, pukul bantal, lumba perahu/bot laju dan berebut itik.

Rakyat pada waktu tu cukup menghormati rajanya sehingga Hari Keputeraan ini dipanggil 揌ari Puja Umur
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 06:26 PM | Show all posts
rajin nyer dia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 06:28 PM | Show all posts

Balas #15 t@t\ catat

nak bg informasi pada generasi baru. sejarah ni penting, sebab tu kita tahu melaka tu wujud sebab ada org melayu yg rajin mendokumentasikan ke dalam bentuk bahan ctatan bertulis. kalau tidak, kito pun tak kenal  empayar melaka. dok gitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2009 06:37 PM | Show all posts

Balas #2 Narutah\ catat

mcmana dgn kropok losong?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 06:37 PM | Show all posts
tepek la gambar sekali
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 09:20 PM | Show all posts

Reply #18 sekngucing's post

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 09:50 PM | Show all posts

Balas #19 jagung\ catat

gambar pasal fakta tu la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.726576 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list