View: 2782|Reply: 3
|
20 Polis Maut Dlm Serangan Militan di Pakistan -
[Copy link]
|
|
20 polis terbunuh dalam serangan militan di Pakistan
DUA anggota polis membantu rakan mereka yang tercedera ke dalam
kereta perisai manakala beberapa rakannya terbujur kaku setelah ditembak
oleh sekumpulan lelaki yang menyerang pusat latihan polis di Lahore, semalam. - AFP
LAHORE 30 Mac - Sekumpulan penyerang bersenjatakan senapang patah dan bom tangan menyerang sebuah akademi latihan polis di timur Pakistan awal pagi ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 20 polis terbunuh manakala 89 yang lain cedera.
Serangan itu berlaku kurang sebulan selepas kumpulan lelaki bersenjata menyerang hendap pasukan kriket Sri Lanka di bandar Lahore yang mengorbankan enam pegawai polis dan seorang pemandu serta mencederakan beberapa pemain lain.
Sejurus serangan, kumpulan penyerang itu bersembunyi di akademi latihan polis tersebut.
Seorang pegawai kanan polis, Mushtaq Sukhera berkata, skuad elitnya telah mengepung akademi tersebut.
''Kami akan cuba memasuki bangunan itu,'' katanya kepada para wartawan di lokasi kejadian.
Pegawai polis, Mohammed Afzal berkata, berpuluh-puluh pegawai polis sedang bersiap sedia untuk mengadakan latihan apabila penyerang tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah mereka selain melemparkan bom tangan.
Seorang pegawai atasan kerajaan, Rao Iftikhar berkata, tembakan masih berlaku pada pukul 8.45 pagi waktu tempatan (11.45 pagi waktu Malaysia).
Beberapa jam kemudian, pasukan keselamatan menahan seorang suspek yang dikatakan mempunyai hubungan dengan kumpulan penyerang tersebut.
Pegawai polis, Nisar Ali memberitahu AFP, suspek berjambang yang berpakaian tradisi 'shalwar kameez' dan membawa bom tangan itu ditangkap di sebuah kawasan perkuburan berhampiran landasan helikopter di luar kawasan akademi tersebut.
Pertempuran itu yang berlanjutan hampir lapan jam berakhir apabila komando Pakistan menggempur akademi tersebut, membunuh empat militan dan menangkap tiga yang lain.
''Operasi ini telah berakhir. Empat pengganas dibunuh dan tiga lagi ditahan,'' kata Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Kamal Shah.
Pakistan berdepan banyak serangan yang dilakukan anggota militan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Walaupun, Lahore secara umumnya merupakan bandar yang selamat daripada keganasan, tetapi kekacauan masih berlaku di situ. - Agensi
*******************************************************************************
ishh memang dahsyat betul penyerang2 tu... tak takut apa pun...
kat pakistan ni.. bila la nak aman - |
|
|
|
|
|
|
|
ANGGOTA-ANGGOTA polis mengumpulkan senjata api milik
penyerang di sebuah akademi polis di Manawan dekat Lahore semalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|