View: 2599|Reply: 8
|
ADIK KAWAN AKU HILANG!!
[Copy link]
|
|
adik kawan aku hilang!!! tolong!! apa aku boleh bantu dia??
ni paper hr niii....
Mimpi anak minta tolong JOHOR BAHRU: “Saya bermimpi kaki Nur Syuhadaseperti dihimpitsesuatu dan tangannya melambai-lambai seolah-olahmeminta pertolongandaripada kami.
“Saya cuba menarik tangannya tetapi gagalsebelum terdengar suaramemberitahu dia terkena ilmu hitam,” kataHamisah Abdul Rahman, 53, yangkehilangan anak bongsunya daripada empatberadik, Nur Syuhada Yahya,berusia 18 tahun sejak tiga minggu lalu.
Menurutnya, petanda buruk itu diterima selepas melakukan solat Istikharah pada malam Jumaat, dua minggu lalu.
“Saya bimbang kehilangannya yang masih tidak pulang ke rumah diBandarPulai Jaya selepas menaiki bas ke pusat beli-belah di TamanUniversiti,Skudai, kira-kira jam 3.30 petang, 16 Mac lalu.
“Malah, jantung saya bagai disentap apabila melihat wajahnya meminta pertolongan kami sekeluarga,” katanya.
Berikutan itu, katanya, dia dan suami, Yahya Bukhari, 58, sertaahlikeluarga di Muar dan Batu Pahat tidak pernah lupa melakukan solathajatsetiap hari.
“Selain berdoa semoga dia kembali ke pangkuankeluarga, kami turutmendapatkan bantuan pengamal perubatan Islamsebagai langkah alternatif.
“Berdasarkan pendapat seorangpengamal perubatan alternatif yangditemui, ilmu dikenakan terhadap NurSyuhada itu dikatakan hebathinggakan anak bongsu kami gagal mengingatikeluarga hingga kini,”katanya.
Menurutnya, anaknya seorang pendiam, jarang keluar bersama rakan, sebaliknya lebih suka duduk di rumah pada hari cuti.
“Tidak wujud sebarang perselisihan atau masalah dalam keluargakami.Semuanya dalam keadaan baik hingga dia gagal dihubungi melaluitelefonbimbit ketika kami menjemputnya pulang di kompleks beli-belah.
“Saya berjanji mengambilnya pulang sekitar jam 5.30 petang padaharikejadian tetapi dua telefon bimbit dibawanya termasuk satukepunyaansaya tidak dapat dihubungi hingga hari ini,” katanya.
Katanya, pelbagai usaha dilakukan mencari anaknya termasuk menghubungi rakannya di Melaka, namun menghampakan.
“Semua ahli keluarga berusaha mencarinya di tempat tumpuanramaitermasuk kompleks beli-belah sekitar pusat bandar raya, KotaTinggi,Melaka dan Kuala Lumpur tetapi gagal.
“Justeru, kami memintajasa baik orang ramai yang mempunyaimaklumat mengenai Nur Syuhadasupaya menghubungi talian 012-7933108 ataukakak Nur Syuhada, Norainidi talian 012-7840080 atau mana-mana balaipolis berhampiran,” katanya.
Nur Syuhada berbadan gempal, tinggi, berkulit putih, berambutpanjangdan lurus meninggalkan rumah dengan memakai baju dan seluardenim hitam.
gmbr aku letak kemudia..sbb aku tgh mintak ni..aku risau dia berat nk kasi...
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090407090221/Article/index_html |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 seroja23\ catat
perlu ada gambar.......... ni........... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 seroja23's post
nape lambat ko tepek... cepat2 le bagi gambo... hebahkan... |
|
|
|
|
|
|
|
aku kenal keluarga dia ni...
sebab org yg jaga kitorg mase kecik tu je same.
seroja.. kawan ko tu kakak dia ke abg dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan rumah, saya kebetulan tinggal di JB.. boleh berikan alamat untuk saya hubungi, saya akan cuba membantu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Tuan rumah, saya kebetulan tinggal di JB.. boleh berikan alamat untuk saya hubungi, saya akan cuba membantu.. ;Justeru, kami meminta jasa baik orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nur Syuhada supaya menghubungi talian<u> 012-7933108</u> ataukakak Nur Syuhada, <u>Norainidi talian 012-7840080</u> atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
[ Last edited by kodoklawa at 13-4-2009 07:43 ] |
|
|
|
|
|
|
|
moga Allah melindungi adik tersebut huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|