View: 10205|Reply: 24
|
Daftar di mana-mana,Pembeli kereta boleh pilih plat negeri yang disukai
[Copy link]
|
|
Daftar di mana-mana - Pembeli kereta baru kini boleh pilih plat negeri yang disukai
Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
[email protected]
KUANTAN - Orang ramai kini boleh mendaftar kenderaan baru mereka dengan nombor plat mana-mana negeri yang disukai apabila sistem maklumat tanpa sempadan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula beroperasi awal tahun hadapan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan (gambar) berkata, sistem yang sedang dibangunkan tersebut akan membolehkan semua bakal pembeli kenderaan mendaftar nombor plat di mana-mana negeri yang mereka sukai.
"Dalam sistem sedia ada, pengedar kenderaan di Pahang, misalnya, terpaksa melantik wakil mereka di Selangor untuk mendaftar nombor plat di negeri itu seperti dikehendaki pembeli kerana mahukan nombor plat Selangor.
"Sistem tersebut akan dipermudahkan secara online dan pengedar tidak perlu melantik wakil untuk mendaftar kenderaan di lain-lain negeri,'' katanya selepas mengadakan dialog bersama 30 wakil swasta di negeri ini termasuk syarikat kenderaan terpakai, pengedar automotif dan para pegawai syarikat kewangan di Legend Resort Cherating di sini.
Sementara itu, Solah memberitahu, lebih 1.3 juta kereta yang sudah dijual kepada syarikat kenderaan terpakai di negara ini didapati tidak ditukar hak pemilikan sementara kepada nama syarikat terbabit sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada pemilik asal.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0411&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
|
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan ni dari dulu lagi tp baru sekarang leh buat erk... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kat Plet negeri Perlis,Tak berganjak laaa no.....
derang biasanya akan daftar Plet Penang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 t@t's post
aku minat no perlis neh... sket2 je... RAA dah sampai ke? |
|
|
|
|
|
|
|
banyak la keje aku nanti.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 t@t's post
laa...masih dlm development stage lagi ka
bila bulih start ni
aku nak register plet R...barulah Romeo |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by QAX at 11-4-2009 08:06
aku minat no perlis neh... sket2 je... RAA dah sampai ke?
kalau nak RAA tahun 2020 baru leh kot....la nih pun baru RH kalau tak silap aku.........aku duk belajar sana tahun 2002 pun paling latest masa tuh RE |
|
|
|
|
|
|
|
jd senang la skit kalo duk KL nak pkai plet ganu pun no halllll |
|
|
|
|
|
|
|
no plat kat mesia hanya bertujuan utk memberikan no daftar kenderaan...so, kalu itu tujuannya, maka adalah lebih afdal kalu dimansuhkan aje no pendaftaran ikut negeri2 dan buat satu nombor pendaftaran utk seluruh Malaysia/no pendaftaran persekutuan, kan lagi mudah.
Aku rasa tujuan no pendaftaran dibuat ikut negeri, sepatutnya, selain utk tujuan pendaftaran, ia juga ada kaitan dengan cukai jalan dimana cukai jalan dibayar kepada negeri atau city council dimana kenderaan tersebut didaftarkan. Barulah nampak ada makna buat pendaftaran ikut negeri. Kalu buat macam ni, barulah negeri yg ada byk kenderaan mempunyai byk wang utk menambahbaik jalanraya dinegeri berkenaan. Since kenderaan tersebut didaftarkan dinegeri berkeanaan, maka sudah tentulah sebahagain besar dari masa kenderaan tersebut berada dlm negeri berkeanaan (menggunakan jalan negeri di negeri berkenaan), dan wajarlah cukai dibayar (kalu tak sepenuhnya mungkin sebahagian drpdnya) kepada negeri berkenaan.
[ Last edited by zzcbr at 11-4-2009 15:17 ] |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 strawbenna's post
apa yg best sgt tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 maxxsa's post
aku pun teringin gak nak pakai plet perlis sebab 2 huruf je ... teringin kat RR XX tp tak tau la biler bole sampai RR tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 kroeGand's post
ko kn tggu tahun 2030 kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 zzcbr's post
perggh.. betoi gak tu.. nak kedit sektoi duaa..
btw, bagi plate number sama ngan register ic jerr.. tak yah susah2.. kawtim! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 Fast-N-Furious's post
|
|
|
|
|
|
| |
|