CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7221|Reply: 9

Burung Merak & Ayam Mata Merah Dibiak Di Bukit Tinggi

[Copy link]
Post time 18-4-2009 08:15 PM | Show all posts |Read mode
Burung Merak & Ayam Mata Merah Dibiak Di Bukit Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Zoo Negara dalam usahanya membiakkan haiwan terancam akan membiakkan burung Merak Malaysia dan ayam Mata Merah di Berjaya Hill Resort, Bukit Tinggi Pahang.

Pengarahnya, Dr Mohamad Ngah berkata ini adalah projek kedua ZooNegara dalam membiak haiwan di persekitaran semula jadi di mana tiga ekor haiwan itu akan dihantar sebagai permulaan, iaitu seekor jantan dan dua ekor betina yang akan dikawal selia oleh pihak zoo.

Beliau berkata pemilihan tempat tersebut berdasarkan tiga faktor iaitu keselamatan, penempatan dan makanan.

Projek pertama Zoo Negara ialah penempatan burung Botak Putih diKuala Selangor Nature Park dan Kuala Gula Perak tahun lalu, katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Sebelum itu Mohamad melancarkan program "Udara Lebih Bersih untukZoo Yang Lebih Sihat" yang diadakan dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, di mana tahap kualiti udara di Zoo Negara akan dipantau mulai 30 Mei ini hingga ke akhir tahun ini,bagi menjamin keselamatan haiwan, pekerja dan pelawat zoo.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2009 05:53 PM | Show all posts
ade pic x ayam mata merah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2009 12:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 22-4-2009 12:33
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/0/0f/StemAyamMataMerah.jpg/260px-StemAyamMataMerah.jpg


x nak ar yang kat stem..tang real punye r..ade x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2009 02:50 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 04:22 PM | Show all posts
mmg lawa ayam nih.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2009 05:27 PM | Show all posts
nak tangkap ar ayam nie
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 07:48 PM | Show all posts
Lophura erythrophthalma (ayam mata merah ) tak cantik sangat aku lebih suka
Golden Pheasant atau Phasianus colchicus..aku ada jumpa sepasang kat Underwaterwold langkawi cantik giler...mimpi aku nak bela spesis ayam ni











youtube
http://www.youtube.com/watch?v=VEiVsyJJrt8
http://www.youtube.com/watch?v=4LB6wWk3BD8




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2009 11:54 AM | Show all posts
Ingat bukit tinggi klang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 09:59 AM | Show all posts
kat mana ada jual eh?

aku berminat nak beli..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.302478 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list