CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11358|Reply: 80

Terminal moden di Shah Alam

[Copy link]
Post time 5-5-2009 07:54 AM | Show all posts |Read mode
Terminal moden di Shah Alam
Oleh RASMI ABDULLAH
[email protected]

ILUSTRASI terminalpengangkutan awam Shah Alam di Seksyen U1 yang akan mula dibina padapenghujung tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

SHAH ALAM 4 Mei - Bandar raya Shah Alam bakal memiliki sebuah terminal pengangkutan awam yang serba canggih dan moden bernilai lebih RM20 juta dalam masa dua tahun lagi.

Berupaya menampung sehingga 5,000 pengguna pada satu-satu masa,terminal di tapak berkeluasan 6.4 hektar di Seksyen U1 di sini itu juga bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pengguna.

Antaranya termasuk 10 tangga bergerak, lapan lif dan puluhan kios serta kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU), sekali gus bakal menjadikannya antara terminal pengangkutan awam tercanggih di negaraini dan bakal muncul sebagai mercu tanda baru bandar raya ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Noor berkata, terminal itu akan dibina dalam tiga fasa secara berperingkat-peringkat dengan fasa pertama dijangka bermula pada hujung tahun ini dan siap pada 2011.

"Apabila fasa pertama itu siap, pengguna sudah boleh menggunakan terminal ini yang berupaya menempatkan 45 buah bas pada satu masa.

"Bagi fasa kedua dan tiga yang akan meningkatkan keupayaannya bagi menampung sehingga 75 buah bas, dijangka dimulakan sebaik sahaja fasa satu siap," katanya di sini.

Mazalan memberitahu, kos pembinaan fasa satu terminal itu akan ditanggung sepenuhnya oleh MBSA dan pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri untuk meminta bantuan.

Beliau menjelaskan, terminal itu nanti akan terdiri daripada dua bangunan utama yang dipisahkan oleh Jalan Jubli Perak tetapi akan dihubungkan dengan sebuah jambatan.

"Bangunan terminal tiga tingkat ini meliputi ruang menunggu ditingkat satu, kaunter tiket dan pusat perniagaan di tingkat dua manakala tingkat tiga adalah tempat letak kenderaan dan ruang menurun dan mengambil penumpang," ujarnya.

Mazalan berkata, lokasi di U1 itu adalah strategik kerana ia berdekatan dengan Stadium Shah Alam, stesen komuter Batu Tiga, beberapa institusi pengajian tinggi seperti politeknik, Universiti Industri Selangor (Unisel) dan kawasan perumahan.

[ Last edited by  Syd at 5-5-2009 07:55 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2009 07:58 AM | Show all posts
hehe

ni gambar pelan..berapa tahun lepas nih?

kalau 10 tahun lepas, aku pcaya laa

laa nih..mana ada hutan pokok tu semua..

latest, kat tapak yang dah diwartakan jadik terminal nih, ada kondo mewah tgh gigih dibangunkan..dah la jalan tu sekangkang kera...lagi sesak dibuatnye...orang nak lalu...itu jam gak lori segala nak kuar masuk..

ni kalau terminal nih buat...harus laa dua tahun jalan kat situ terus tutup kot...

ada unisel ke kat sini..kalau ptpl, msu sewaktu dgn nye ada lah...

unisel tu kat section 7 shah alam kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 5-5-2009 07:58
hehe

ni gambar pelan..berapa tahun lepas nih?

kalau 10 tahun lepas, aku pcaya laa

laa nih..mana ada hutan pokok tu semua..

latest, kat tapak yang dah diwartakan jadik terminal nih, ad ...


haah.kat sec.7..tak terbayang baby mana diorang nak letak bangunan ni kat tengah2 shah alam.mcm dah takde ruang je.sumer termpat rasanye dah 'full booked'..syd,ke bangunan ni nak wat dkt  bangunan brunsfield tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 08:44 AM | Show all posts

Balas #3 babydoll\ catat

kat brunsfield tu dah naik building tuk MSU...dekat mane projek terminal bas ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 09:26 AM | Show all posts
kat mane terminal ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 09:42 AM | Show all posts
ntah2 kat sberang jalan dpn brunsfield tuh...cam kosong lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-5-2009 09:45 AM | Show all posts
ni dekat ngan office aku je nih
bangunan nih

hmm..
mcm nih
kalau korang lalu federal highway...
dari kl ke shah alam kan
then ada satu bus stop lepas tol tu kan..

terminal bas yang nak buat nih..
dekat bekas tapak balai polis batu 3 yang lama..
ala..tpt yang selalu banjir tu

bekas balai polis tu...
kan skrg tpt budak2 giat mara belajar..
pastu...ada restoran sebijik..
pastu ada petronas..

kat situ laaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 09:52 AM | Show all posts
ooo situ ek.mungkin gak tu...kira nanti dia bg tinggi sket kot. jenuh bus station banjir je. dulu aku pon penah lalu situ skali....banjir lak.pastu tobat tak masuk dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2009 09:56 AM | Show all posts



ikut jalan To Jalan Batu Tiga Lama
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 10:07 AM | Show all posts
o...kat situ ke. tp cam xnampak ape2 pon
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by nanie at 5-5-2009 10:07 AM
o...kat situ ke. tp cam xnampak ape2 pon


kalo dah nampak apa2 cane nak wat terminal nanti......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 10:11 AM | Show all posts

Reply #10 nanie's post

laaa

itu bukan peta khas tuk terminal ni ke apa
itu just peta general tuk batu tiga
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 10:25 AM | Show all posts

Reply #12 Syd's post

map tu mmg xnampak ape pon la Syd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 10:27 AM | Show all posts

Reply #13 nanie's post

kekdah nye..
awat aku nampak?

sat..aku upload kat imageshack
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 10:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 10:37 AM | Show all posts
ahah....nanie tak nampak peta tu rupenye. ingatkan dia tau tempat tu katne tp tak nampak pembangunan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2009 10:41 AM | Show all posts

Reply #16 kaeiri's post

leh jadi dua2 tu gak...sbb slalo ulang alik klang - kl mmg xpasan pon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 10:44 AM | Show all posts

Reply #17 nanie's post

nanie
kalau lalu lalang

dari kelang ke kl

masuk je batu tiga, toleh kiri

nampak laaa...balai polis lama yang mcm bangunan tak siap..dalam semak
pastu ada restoran (sedap tau..murah plak..lunch hour selalu p sana)
pastu ada petronas..

terminal yang nak buat tu..
kat ngan area sebelum restoran dan kawasan berhadapan dgn nye..
ala..dekat dengan jambatan
yang menghubungkan dua2 belah arah kat federah highway tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 10:49 AM | Show all posts

Balas #18 Syd\ catat

restoran tu bukak mlm tak?? weekend pon mesti bukak kan.leh cuba ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 10:57 AM | Show all posts

Reply #18 Syd's post

kang alik keje nanie tgk. kire dr arah kl toleh kanan la ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.467637 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list