Pada 6 Jamda awal 1430 ini..dengan kalimah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
saya buka episod yang ke 37..dengan iringan doa hari Isnin........jom sama sama kita baca
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia para Nabi dan Rasul dan penghulu kami junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Di hari yang mulia serta penuh keberkatan ini, kami melahirkan kesyukuran kami kepada-Mu kerana diberi peluang untuk memartabatkan kerjaya kami.
Kami memohon restu dan kasih sayang-Mu yang berkekalan dalam menjalankan tugas dan kewajipan yang diamanahkan.
Jadikanlah kami golongan yang produktif dan berkualiti. Golongan yang berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan. Ya Allah, hindarkan kami dari sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan tugas.
Semua dijemput memeriahkan thread ini....
Nota: Rohim diakhir Bismillah tu mengandungi 100 keberkatan... 1 Allah kuniakan kepada semua umat semasa di dunia tak kira Islam atau kafir. 99 lagi tu untuk orang islam di akhirat nanti
[ Last edited by monorail at 11-5-2009 10:02 ] |