|
Lelaki balik dari Haadyai alami simptom virus H1N1 dikuarantin
IPOH: Seorang lelaki berusia 51 tahun yang baru pulang dari Haadyai, Thailand dikuarantin di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam kerana ada simptom serangan virus Influenza A (H1N1).
Lelaki itu yang pada mulanya mendapat rawatan di Hospital Taiping, kelmarin dan dipindahkan ke HRPB jam 12.40 tengah hari semalam bagi memeriksa punca sebenar penyakit.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata pemeriksaan awal mendapati, lelaki itu mengalami simptom 'Acute Gastero Enteritis' iaitu demam, muntah, cirit-birit, selesema dan batuk berterusan sejak 12 Mei lalu.
"Beliau mendapatkan rawatan di Hospital Taiping, tetapi dipindahkan ke HRPB kerana peralatan di sini lebih lengkap untuk ujian lanjut," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Dr Mah berkata, sampel darah lelaki itu dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur, semalam dan keputusannya dijangka diketahui esok.
Kelmarin, Thailand mengesahkan dua kes pertama influenza A sekali gus menjadi negara pertama di Asia Tenggara.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan semalam menyenaraikan 28 hospital rujukan di seluruh negara untuk rawatan kes Influenza A.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, dalam kenyataannya berkata sehingga jam 8 pagi semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan tiga negara baru terjejas dengan H1N1 iaitu Thailand (dua kes), Finland (dua kes) dan Cuba (satu kes), menjadikan semuanya 33 negara
Katanya, 5,287 kes disahkan oleh ujian makmal dengan pertambahan sebanyak 498 kes, manakala jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 61 kes.
揝ehingga kini, tiada kes H1N1 dikesan di Malaysia, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 norazain\ catat
itu la.. ngan meningitis lagik.. huhuhu
bebaru ni ada baca kat blog kawan porem (bukan porem cari), anaknya kena kawasaki diseases. tak tau lagik camne keadaan anak2nya..
info mengenai kawasaki disease -> http://en.wikipedia.org/wiki/Kawasaki_disease |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 norazain\ catat
mungkin ambik dr nama doktor tu. nama doktor yang describe penyakit tu Dr. Tomisaku Kawasaki
tp mengenangkan ianya salu menyerang kanak2.. takut den |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 savvy_optra's post
haii,sebi.. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat teman duduk kat kl...
tp takut jugak la...
harap2 bukan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 miss_gegirl's post
teman pun kat kl gak skrg ni..
tp mintak2 la m'sia dijauhkan bala Allah..
Amin.. :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
hapuskan aje khinzir kat mesia ni...
menyusahkan orang je... |
|
|
|
|
|
|
|
teman udah sebulan sengah dah tak berapa sehat....
payah beno nak segor cam dulu balik...
batuk ni payah beno nak baik |
|
|
|
|
|
|
|
rilek eryn. baru syak je. semalam teman lalu depan wad tu. |
|
|
|
|
|
|
|
eryn, karang kita suruh dia kontek za hehehe... dairek ke jabatan berkaitan. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 in2eryn\ catat
perghhh seram gak aku............. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 aku_komeng\ catat
tu le pasai...gi le buang khinzir tu jauh2 dari mesia..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 aku_komeng\ catat
kene bisa patok dek ulor kot nde tuh |
|
|
|
|
|
|
|
kl kn bisa patuk ulor lebih derita dr inipun teman tak kesah komeng oiii..ayu oii |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|