View: 12742|Reply: 3
|
KERAJAAN GANGGA NEGARA ABAD KE- 2 dan 11
[Copy link]
|
|
Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidik percaya bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026. Sebuah lagi sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung or atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.
Jabatan Muzium telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai sudut termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi.
Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Terdapat artifak arca-arca Buddha abad ke- 5 dan ke-6 Masehi di Beruas menunjukkan kewujudan Kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara berpusat di Beruas.
Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja.
Kajian lain menyatakan Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masehi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah Timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.
Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput telah dikatakan sebahagian dari jajahan Kerajaan Gangga Negara.
Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu dongengan ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.
Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di Muzium Beruas. |
|
|
|
|
|
|
|
Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalam Sanskrit, nama yang dipetik dari Ganganagar di northwest India di mana penduduk Kambuja tinggal. Kambujas merupakan puak Indo-Iranian Aryan dalam keluarga Indo-European, pada asalnya tempatan di Pamirs dan Badakshan. Terkenal sebagai pedagang Hindu, mereka membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar 2,000 tahun dahulu di lembah Mekong dan juga di Malay archipelago di Funan, Chenla, Champa, Khmer, Angkor, Langkasuka, Sailendra, Srivijaya, dll. Pakar sejarah mendapati pedagang Kambuja mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan ke Ligor (Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjung Tanah Melayu, merentasi Thailand dan Kemboja.
Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James Low pada 1849 dan satu abad kemudian, oleh HG Qlaritch-Males. Menurut Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negara wujud tetapi tidak dapat menentukan dengan pasti tapaknya.
Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah membongkar artifak, termasuk nesan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia.
Kebanyakan artifak, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas bertarik semenjak abad ke-5 dan ke-6. Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era, dan tempayan besar. Melalui artifak ini, ianya telah dijangka bahawa Pengkalan (Ipoh), Kinta Valley, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput merupakan sebahagian kerajaan Beruas.
Artifak turut mencadangkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali. Gangga Negara dinamakan menjadi Beruas selepas Islam bertapak di sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
jadi org melayu nie keturunan aryan lah ye |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 Gess's post
Mungkin juga Yahudi |
|
|
|
|
|
|
| |
|