memang looking forward sangat2 ngan HP & tDH part 1 ni tapi at the same time kinda sad....lepas hbs filem ni, tinggal satu je lagi citer HP
dulu masa buku last kuar, sedih gak sbb tu buku last HP, tapi pikir ada filem dia lagi, ok la masih ada masa utk bersama2 HP and the gang...tapi sekarang filem pun dah nak hbs
betul ke aku td ada tgk iklan kan tv yg HP & TDH nie kuar 18hb nie..
n betul ke x yg penulis HP nak smbg ag cite HP sampai ke 10 episode..
kalo betul berita gembira tue..maknanya nie bkn lah yg terakhir..
eeeee....tak sabarnye nak tengok filem ne.......betul2 tak menyabo.......
tahun depan plak nak tengok transformers 3 n of coz Harry Potter Part 2.............
LONDON 11 Nov. - Filem Harry Potter siri ketujuh memulakan tayangan perdananya di London hari ini, yang dijamin akan mendapat pulangan yang besar kepada studio Warner Bros walaupun versi 3D tidak dapat disediakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Bintang muda Britain, Daniel Radcliffe, Emma Watson dan Rupert Grint, yang membawa watak Harry, Hermione dan Ron masing-masing dijangkakan akan mendapat sambutan karpet merah terhadap Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 1 yang dijadual ditayangkan di pawagam bermula 19 November ini.
Warner Bros memutuskan untuk memisahkan siri ketujuh dan terakhir dari novel J.K Rowling tentang pengembaraan Harry dan tongkat saktinya kepada dua filem selepas enam siri terdahulu filem tersebut berjaya memperolehi jualan tiket di seluruh dunia sebanyak AS$5.4 bilion (RM16.6 bilion).
"Saya berpendapat siri 3D tersebut akan menjadi kekecewaan besar kepada Warner Bros, seperti yang terjadi kepada Saw, Shrek dan Toy Story yang semakin mendapat sambutan ramai apabila dikeluarkan dalam bentuk 3D," kata Andreas Wiseman dari Screen International.
Katanya, Deathly Hallows Part 1 dijangka memperolehi hasil jualan tiket sebanyak AS$1 bilion (RM3.1 bilion) di seluruh dunia walaupun hasil jualan tersebut mungkin lebih besar lagi sekiranya dikeluarkan dalam bentuk 3D.
Namun, Warner Bros masih mempunyai peluang lagi untuk menambahkan hasil jualan tiket sekiranya Deathly Hallows Part 2 dikeluarkan dalam bentuk 3D pada Julai depan.
Dalam Deathly Hallows Part 1, Harry, Ron dan Hermione menjalankan satu misi bagi mengesan dan seterusnya memusnahkan rahsia keabadian dan kemusnahan kejahatan Lord Voldemort, Horcruxes. - REUTERS