CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2989|Reply: 1

ITALY Catastrophe: Keretapi meletop, 15 maut!!

[Copy link]
Post time 1-7-2009 06:57 AM | Show all posts |Read mode
15 maut kereta api meletup



PEMANDANGAN dari udara lokasi kereta api meletup
di Viareggio, Itali kelmarin.


ROM - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh apabila sebuah kereta api barang 14 gerabak meletup di Viareggio, barat Itali, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pegawai tempatan, Antonio Garufi berkata, seorang kanak-kanak merupakan antara yang maut dalam nahas itu yang turut mencederakan lebih 50 orang, 26 daripada mereka parah.

Kebanyakan mangsa cedera kerana melecur.

Ketua Agensi Pertahanan Awam Itali, Guido Bertolaso berkata, dua kanak-kanak pula melecur teruk.

Kereta api itu membawa muatan gas petroleum cecair (LPG) apabila ia tergelincir dari landasan dan meletup ketika melalui sebuah penempatan penduduk berhampiran sebuah stesen kereta api di bandar pesisir pantai Viareggio.

Letupan berlaku kira-kira pukul 11.45 malam waktu tempatan kelmarin.

Ketika kejadian, empat gerabak tangki LPG itu terbalik.

Kemalangan berlaku ketika kereta api tersebut sedang dalam perjalanan dari bandar La Spezia di utara Itali menuju ke bandar Pisa, tengah negara itu.

Garufi pula memberitahu, stesen berkenaan dan beberapa bangunan berhampiran terbakar dan memaksa pihak berkuasa memindahkan 300 penduduk sekitarnya.

"Saya dikejutkan dengan bunyi letupan kuat dan bergegas keluar dan mendapati api menjulang manakala beberapa mayat rentung bergelimpangan," kata seorang saksi.

Agensi berita ANSA melaporkan para penyiasat sedang menyiasat sama ada kemalangan itu berpunca daripada satu gandar gerabak itu yang patah menyebabkannya tergelincir dari landasan. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2009 06:58 AM | Show all posts
Tangki kereta api meletup



Anggota bomba dan pasukan penyelamat bergegas ke tempat
kejadian selepas dua kereta api yang dipenuhi muatan gas
tergelincir dari landasan dan meletup di utara bandar Viareggio, semalam. - Reuters


VIAREGGIO, Itali 30 Jun - Sekurang-kurangnya 16 maut dan 50 yang lain cedera apabila dua tangki kereta api yang dipenuhi muatan gas meletup selepas tergelincir dari landasan di utara bandar Viareggio, di sini malam tadi.

Menurut laporan pusat koordinasi bomba di Rom, letupan berlaku apabila satu daripada 14 gerabak yang membawa gas petroleum cair (LPG) dari utara bandar La Spezia ke Pisa itu tergelincir dari landasan kira-kira 20 kilometer dari barat laut Pisa.

Menurut laporan itu, 35 yang cedera berada dalam keadaan kritikal dengan kebanyakan daripada mereka melecur di sebahagian besar badan.

Pusat itu melaporkan, kejadian tersebut yang berlaku sebelum tengah malam tadi turut mengakibatkan rumah-rumah di sekitar 300 meter radius dari landasan terbakar.

''Gerabak itu terbalik di atas landasan menyebabkan LPG tersebar ke rumah-rumah berhampiran sebelum meletup.

''Dua bangunan kecil runtuh akibat letupan yang kuat dan kami khuatir mungkin ada mangsa terperangkap di bawah runtuhan,'' kata komander bomba di lokasi, Antonio Gambardella melalui telefon kepada AFP.

Katanya, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun berjaya dikeluarkan dari runtuhan pada kira-kira pukul 9.30 pagi ini waktu Malaysia.

Kawasan kejadian, katanya terpaksa dikosongkan bagi menghadapi kemungkinan berlaku letupan susulan.

Gambardella berkata, seramai 300 anggota bomba dari daerah-daerah berhampiran telah dikerahkan ke tempat kejadian.

''Salah satu tugas yang perlu dilakukan anggota bomba terutamanya dari unit khas kimia adalah memastikan gerabak-gerabak lain tidak dijilat api kerana ia boleh mengakibatkan letupan,'' ujarnya. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 1.500578 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list